Berbahagialah Walau Tiada Anak

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya confession aku disiarkan. Straight to the point, di sini aku ingin buat confession tentang aku yang masih belum punya anak. Aku pasti cerita aku ini juga can be so relatable kepada mereka yang masih belum punya anak seperti aku.

Aku sangat kagum dengan mereka yang masih belum punya anak tapi masih remain positive. Ada yang 2 tahun, 3 tahun.. paling aku kagumi ada yang sampai 7-10 tahun. Aku kagum. Kalian kuat! Aku tidak tahu berapa banyak kata-kata orang di luar sana yang kalian hadam. Aku yang masih berapa tahun ni pun orang dah start cakap. Paling menyedihkan kawan yang aku anggap paling aku sayang, Aina (bukan nama sebenar) dok peril aku bila nak ada anak. Siap cakap “Ada dalam isi belum? Kalau belum kau masak. Yela si Imah (bukan nama sebenar) pregnant so dia tak larat nak masak. Nanti boleh lah aku datang makan nanti dengan anak aku”. Kami rapat bertiga. Aina, Imah dan aku. Alhamdulillah kami berdua semua dah kahwin. Aina dah ada baby, Imah pulak pregnant 3 bulan, tinggal aku yang masih lagi belum ada isi.

Aku diam je dalam group whatsapp bila Aina cakap macam tu. Kawan aku si Imah terus direct message aku tanya sama ada aku terasa ke dengan kata-kata Aina. Entah lah, demi Allah aku tak tahu aku nak rasa apa. Dia ni memang terkenal dengan mulut cakap lepas sikit. Sebelum ni pun pernah dok riki2 tanya aku dah ada isi ke belum. Bila si Imah ni pregnant, lagi lah dia galak dok mesej Imah dalam whatsapp group padahal dia boleh je direct message terus. Aku yang daripada tak kisah ni terus jadi tak selesa. Apa masalah dia sebenarnya ni? Just because aku tak pregnant so aku disuruh untuk masak? Terus tak jadi nak plan ifthorr bersama haha. (Jangan salah anggap kami tak gaduh pun. Cuma aku senyap je la dalam group tu. Pepandai dialah nak faham sendiri. Dah besar malas nak gaduh)

Aina ni alhamdulillah memang betul2 bunting pelamin. Tak sampai sebulan kahwin dah sah pregnant. Alhamdulillah rezeki dia dapat anak awal. Itu nikmat yang Allah bagi pada dia. Allah pun ada bagi nikmat pada aku selepas kahwin, cuma bukan lah dari segi cahaya mata. Dan aku sangat lah bersyukur.

Pernah dengar “tak dapat rezeki anak tapi dapat rezeki suami penyayang”? Itu rezeki aku. Alhamdulillah suami aku tersangat lah memahami dan tak perlu lah aku cakap lebih2 pasal suami aku karang ada yang condemn kata belum kahwin 10 tahun lagi. Haihh meleis sekarang..

Banyak je kes yang jadi among my friend circle, ada yang punya anak tapi suami curang. Ada yang punya anak tapi asyik gaduh je memanjang. Ada yang pregnant tapi suami pulak tak supportive. Mungkin semua ni Allah nak tunjuk kat aku bahawa nikmat yang Allah bagi pada aku tak kurang hebatnya.

Kepada yang ada rezeki mengandung/ ada anak, please be supportive pada orang yang masih belum punya anak. Tolong jangan kejam, dan tolong jangan sampai dalam hati tu ada rasa riak dan bangga sebab cepat dapat anak lepas kahwin. Anytime Allah boleh tarik semua tu. Dan aku mewakili pihak orang yang masih belum ada anak, kami tumpang bahagia untuk ada. Kalian sudah jadi ibu, dan kita tahu doa seorang ibu tu mudah makbulnya. Maka doakan lah kami agar diberi rezeki cahaya mata seperti kalian juga.

Aku tak tahu lah sama ada benda ni jadi kat Malaysia je kea tau macam mana. Kenapa kita orang Melayu terlalu sibuk nak bertanya sesuatu yang terang2 akan mengguris perasaan orang lain? Tipu lah kalau aku kata aku ni kuat sentiasa. Ada waktu tu aku rebah jugak. Cuma aku tak tunjuk je. Aku rasa tips aku ni tersangat lah cliché tapi the only cure to our heart is Quran. Mashaa Allah aku tak dapat nak explain betapa hebatnya Quran yang bertindak sebagai shifa (penyembuh) pada keladak di hati aku. Dan sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Jauhi dari sifat putus asa.

Lagi satu tips aku nak korang apply. Jangan sesekali kata “BELUM ADA REZEKI”, “TAK ADA REZEKI LAGI NAK BUAT MACAM MANA”. Please buang! Tapi cuba sebut “INSHAA ALLAH AKAN ADA REZEKI”, “REZEKI TENGAH ON THE WAY. Cuba praktik kan and korang akan surprise kesan dari sebutan ayat tersebut. Ia menunjukkan bahawa korang meletakkan seluruh takdir dan kepercayaan korang pada Allah semata. Korang bukan BELUM/TAK ADA REZEKI, tapi korang “AKAN”ADA REZEKI! PERCAYA!

Sejauh mana kita merancang, sejauh mana kita berusaha, hanya Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Aku pilih untuk bahagia walaupun masih belum punya anak, kerana terlalu fikir atau risau akan masa depan yang masih misteri itu ada lah suatu tindakan tidak redha dengan aturan Allah.

La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

– SURAYYA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit