Aku dan Tanah Suci

Assalamualaikum semua…kat sini xde ape pon nk confess tapi nak cerita tentang Umrah. Alhamdulillah aku berkesempatan dan dijemput Allah kesana beberapa tahun lepas. Aku memang teringin nk pegi lagi. Just nak share my experience ke sana dan kesan jangka panjang kat diri aku. Sebenarnya aku hanyalah sebagai pengganti ayah sebab last minit x dapat pegi atas urusan kerja. So mak offer kat aku untuk temankan dia kesana. The thing is aku cuma diberitahu 2 minggu sebelum tarikh berangkat. Tambahan pula aku dan mak not in good terms. Biasala isu anak beranak. Lagi la aku mcm reluctant nk kesana berdua dengan mak.

Back then, aku memang seorang yang kurang patuh pada agama. Even sekarang ni pon aku masih cuba memperbaiki diri. Masa dapat offer umrah tu, aku jadi macam takut. More like budak jahat kena panggil masuk principal office. I was not ready at all. Tapi mak yakinkan aku yang dia boleh assist dan ajar aku dalam ibadah umrah ni. Hati berbelah bagi sebab kena apply cuti bagai, kerja tinggal etc (rasa hubudduniya sangat bila teringat). Fast forward, aku pon pegi la dengan mak. Nak jadikan cerita, aku kena tahan dekat imigresen sebab black list. Masa tu TH xde reminder mcm sekarang ni utk cek clearance. Bayangkan flight nk berlepas lagi setengah jam dan aku kena tahan dengan mak kat pejabat imigresen. Masa tu malu x payah cakap. Satu pejabat usha aku dan aku seakan dapat baca makna pandangan diaorang masa tu. Aku pusing tengok mak. Dia cuba jumpa semua pegawai yang ada untuk dapat pelepasan. She’s my HERO and after that we were all cleared. Sempat la masuk flight. Sepanjang perjalanan, aku senyap je sebab aku rasa bersalah dengan mak. Tetiba semua perbuatan aku kat mak flashback dalam otak. Dalam hati, belum pon sampai tanah suci, Allah dah tunjuk kat aku bagaimana patutnya seorang anak kepada ibu. Kejadian ni jugak buat aku yakin, walau apa pon terjadi, kalau Allah berkehendakan aku jadi tetamu kat tanah suci masa tu, nothing impossible for HIM.

Mesti korang akan dapat tag nama yang ada gambar passport tu kan bila kesana. Masa kat Masjid Nabawi, aku spend masa solat sunat dan bertadarus dengan mak satu pagi tu. Lepas mengaji, aku belek-belek tag nama. Dalam hati aku cakap buruknya gambar aku. Sudahlah bulat, muka putih, dah macam-macam lagi terlintas kat fikiran aku. Aku memang ada isu tentang penampilan diri. For girls, who dosen’t kan? So aku cuma letak dalam poket jubah sebab segan nk pakai. Just 5 minutes after, tag tu hilang. Aku cari bagai nak gila keliling. Baru 2 hari aku kat sini dan tanda pengenalan aku dah hilang. Memang lah ade passport tapi kan mudah kalau ade tag. Kat sini aku diajar bahawa be thankful for whatever you look like. Embrace je kelebihan dan kekurangan. Nampak mcm insignificant event to tell tapi tinggalkan kesan dalam diri aku.

Aku cakapkan yang aku hamba yang kurang patuh. Aku ambil ringan isu solat walau aku sangatlah ditekan dari bangku sekolah yang SOLAT ITU TIANG AGAMA. Mana tak nya, aku bekas pelajar sekolah agama. Tapi tu semua x dapat nak jadikan aku lebih tawadhu’. Sekadar teori bukan praktis. So since aku dapat peluang ke tanah suci, aku harap Allah dapat gerakkan hati aku untuk lebih patuh dan secara spesifiknya bantu aku untuk buang rasa malas untuk solat. Ada sekali tu, aku terpaksa pergi buat ibadah umrah seorang diri since mak x berapa sihat. Aku join satu family ni untuk pergi niat ihram naik bas. Aku nervous sebab lone ranger je. Masa kat masjid nk niat ihram tu, aku sempat solat sunat. Betul2 minta untuk diringankan solat dan buang rasa malas. Rasa sunyi sebab xde siapa ko kenal. Feel like kau sedang berperang dengan diri sendiri. Sepanjang aku buat umrah tu, aku x boleh benti nangis. X sure kenapa. Ade rasa sesuatu yang x reti la aku nk cerita. Lepas umrah, aku balik bilik. Mak risau sebab aku senyap dan asik termenung, takut ade ape2 jadi masa aku buat umrah sorang2 tadi. Tetiba aku bangun peluk mak sambung nangis sampai aku penat dan tertidur. Sampai sekarang aku x dapat nk explain especially kt mak ape yg berlaku. Rentetan peristiwa tu, sampai sekarang aku rasa takut nk tinggal solat dan kesan yang paling hebat bila jiwa akan tenang, masalah kurang dan rezeki bertambah. Cliche’ kan? Tapi memang itu la yang aku rasai sekarang.

Seriously aku rindu nak jejak kesana lagi. Masa kat sana, aku harap dapat pergi buat haji atau umrah dengan bakal suami. Tapi sampai sekarang aku belum kawen. So impian tertunda. Harap korang semua doakan semoga impian aku tercapai la ye. Thanks in advance…hehehe. Walaupon trip umrah aku berlaku ala2 accidentally tapi it’s the most remembered and treasured journey dalam hidup aku. Semoga bertemu lagi….di Tanah Suci…

– hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit