Bergembira Di Waktu Pagi

Assalamualaikum kepada semua pembaca iiumc, so ini adalah kali pertama aku berkongsi cerita disini maka sebelum itu aku ingin memohon maaf andai apa yang aku kongsikan ada menyinggung, menyakiti mana-mana pihak mahupun pembaca. aku hanya ingin kongsikan tentang berpagian-pagian atau erti kata lain tidak tidur selepas subuh. umur aku baru 20 yes masih muda masih boleh tidur lama-lama takde siapa nak marah! baiklah tidur lepas subuh ni bagi sesetengah orang ialah suatu nikmat untuk menqada’kan balik tidur yang semalam tapi bagi sesetengah orang pula tidur selepas subuh hanya melemahkan badan dan otak serta melambatkan rezeki.

aku akui dan pengalaman aku sendiri, dulu masa sekolah menengah dalam lingkungan 16-17 tahun aku memang seorang yang kuat tidur lepas subuh, dah matahari terik baru lah nak bangkit, itu pun kalau dah kena kejut marah-marah kalau tidak terlajak sampai zohor la alamatnya. jadi selepas aku habis je spm aku duduk rumah dan tak kerja, so banyak masa terluang itulah ada lah sikit-sikit spend masa dengar ilmu agama, ceramah agama and so on. daripada situ lah datangnya kesedaran bila aku dengar betapa Allah anggap hambaNya itu sombong kerana tidur selepas subuh walhal itulah waktu Dia ingin memberikan rezekiNya. since that, aku slow-slow ubah dan latih diri untuk tidak tidur lagi selepas subuh dan alhamdulillah lah sekarang tabiat tu dapat aku hentikan.

then bila dah masuk tingkatan enam, aku duduk asrama dan satu dorm juga dengan semua tingkatan enam. then almost every weekend minggu tak balik, sabtu ahad en dah subuh pe lagi tidur lah kan. dan member2 aku ni pula jenis lepas subuh tidur balik dan selalu aku lah yang sorang2 je tercongok tak tahu nak buat apa nak borak dengan siapa hahaha. selalunya lepas subuh aku akan study sampai la around pukul 10-11 , bukan setakat study je, basuh baju, sidai baju, kemas2 and sebagainya. kelebihan basuh baju and sidai baju pagi2 ni tulah tak berebut, mesin basuh takyah beratur ampaian pulak clean n clear, kain cepat kering (kot panas) dan bila dah tengah hari turn aku lah pulak tidur, diaorang pula yang bangun nak basuh baju sidai baju study dan segalanya. daripada sini boleh simpulkan bila bangun awal pagi macam-macam kerja kita boleh selesaikan dan kita boleh qailullah lagi tengah hari. qailullah tu tidur sebentar antara waktu sebelum zohor dan selepas zohor, dalam hadis nabi ada sebut. qailullah ni adalah waktu terbaik untuk recharge balik tenaga dan buat badan kita lebih aktif untuk petang dan malam.

bila tidur sampai tengah hari, kita bangun dalam keadaan lesu and trust me even kita dah tidur lama sampai tengah hari pun takkan dapat hilangkan penat, letih dan mengantuk sebab at the end waktu petang kita akan mengantuk balik dan akhirnya tidur lagi sekali. kiranya waktu siang kita ni hanya dibazirkan dengan tidur untuk menghilangkan lelah yang tiada penghujungnya. yelah aku sendiri pernah lalui semua tu, memang sedap tidur sampai tengah hari tapi rasa macam tak ada manfaat bangun dah tengah hari rasa macam dah terlambat nak buat macam-macam atau rasa bingung. lagi-lagi kalau duduk rumah , hujung minggu pulak mak ayah tak kerja, bayangkanlah bangun tengah hari tengok mak kita dah siap buat macam-macam, dah kemas rumah, dah sidai kain, dah masak makan tengah hari, then kita bangun nak buat apa? tak ada apa sebab semuanya dah tersedia dan siap segala, so kita pun rasa lah bosan tak ada benda nak buat end up tidur balik kan? aku sendiri dulu macam tu juga. huhu. kasihan kat mak ayah pagi2 dah buat kerja macam2, anak eh sodap yo terbongkang laie hihi. ingat ye kita semua bukan raja dalam rumah semua mak ayah nak buat nak siapkan, kita ni status orang gaji juga sebenarnya dalam rumah. kerjanya ialah membantu.

tipulah kalau sesekali tu tak ada terlajak tidur sebab terlalu penat, sesekali tak apa, selalu tu bahaya. tak perlu rasanya nak cakap oh anak dara je kena bangun awal buat kerja rumah and all, anak teruna boleh tidur sampai tengah hari, bukan macam tu sebab sesiapa pun baik lelaki perempuan kelak akan ada tanggungjawab juga, so kalau sekarang pun tak boleh nak kawal tidur lepas subuh macam mana pula seterusnya nanti, benda boleh ubah perlahan-lahan. berpagi-pagian ni seronok juga sebenarnya, yelah mood tengah baik kan lepas bangun tidur, tenaga ada dengan aura positif waktu pagi memang rasa semangat nak buat kerja. bayangkan jika kita dapat selesaikan macam2 tugas like kerja rumah and so on kiranya sebelum pukul 12 semua kerja selesai dan boleh rehat kaw-kaw lepas tu nak tidur pun tak apa, sebab digalakkan lagi tidur waktu qailullah tu haaa best kan!

bukan setakat tu je, awal pagi tu korang boleh lagi manfaatkan dengan solat dhuha, solat sunat isyraq biar tarik rezeki tu banyak-banyak and kuat-kuat hehe! baru lah rezeki tu mudahh je masuk, ilmu pun senang faham, apa-apa yang kita nak mudah jalannya insyaAllah…trust me guys tiada kemanisan tidur selepas subuh, langsung tiada melainkan betul2 penat ya amat tak apa lah huhu. sama sama kita ubah demi mencari redha Nya. and aku sendiri pernah tanya member aku bila nak try ubah tak tidur lepas subuh ni, jawapan dia senang je, esok-esok dah nak khawin dah khawin aku ubahlah huhu. khawin nanti bukan benda tu je nak ubah, banyaaaaak lagi hal nak kena ubah dalam diri ni huhu.

tak salah ubah benda baik awal2, buang tabiat tak manfaatl awal2 semoga masa hadapan mudah segalanya insyaAllah.. so mari lah bersama menjadi seorang yang suka berpagi-pagian seperti baginda Rasulullah SAW! sekian sahaja daripada aku, wassalam.

– jieya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit