Disihir Rakan Kerja

Aku dan suami baru berkahwin hampir 4 bulan. Dua bulan pertama, macam biasalah hidup suami isteri. Pergi balik kerja, masak.
Then satu hari, aku perasan ade perubahan pada badan aku. Rasa berdenyut dekat dengan ari2. Dalam hati harusla fikir, “eh, dah mengandung ke aku ni”?. Tapi sakit tu lama lama makin kuat pulak, pergi ke pinggang , kejap dkt belakang, kejap dekat peha. Tapi aku positivekan jugak otak ni, kot2 sebab duduk lama dekat ofis, sebab tu sakit.

Dalam masa sakit tu, banyak kali pergi jumpa doktor. Sampai pukul 4 pagi pun hado pegi klinik. Selagi aku tak hilang sakit, selagi tu aku pegi jumpa doktor. Aku sejenis yang paranoid. Macam macam ubat yang dibagi, tapi sakit masih tak hilang. Doktor kata kencing kotor, bila check air kencing clear tapi sakit masih ada. Makin kuat, berdenyut denyut.

Tapi dalam masa sakit tu, aku selalu mengigau,mimpi pelik2. Selalu menjerit masa tengah tidur, malunya la dengan laki aku. Asyik mengigau je. Mujur dia cepat tersedar. Bangun tidur asyik rasa letih, bila nak pijak kaki kat lantai rasa macam berduri giler kaki. Ada pulak lebam pada peha. Aku da rasa goyang masa tu. Bila call mak dengan mertua aku, diorang dah rasa lain macam. Banyak kali mak dengan mertua aku mintak suami aku ni pergi cari ustaz, tengok tengokkan aku. Eh tapi dia buat tak tahu je, so geram masa tu. Tuhan je tahu.

Allah bantu aku.. Niat asal nak pergi honeymoon cancel dan aku memang beria rasa nak balik kampung . Dekat kampung langsung tak sakit. Atas nasihat sorang mak cik kat kampung aku, dia suruh aku pergi berubat. Katanya ade benda lain. Lepas 600,000 kali suami aku disuruh mak, dia pun call la kawan dia, seorang pengamal perubatan islam. Kami jumpa dia, dibacakan ayat ruqyah. And POSITIVE, kami diganggu makhluk halus !!!! Hanya kerana dengki, rakan sekerja, itu sahaja yang ustaz tu bagitahu. Aku tak tanya lebih2 la,siapa, kenapa, mengapa, bagaimana. Malah yang lebih malang dekat rumah kami pun ade yang ‘menunggu”.

Oleh kerana sihir dihantar kepada suami aku, maka aku pun terkena sekali. Ibarat bom dilontar kerumah, pasti yang lain akan terpalit darah. Patutla dia buat dek, buat tak reti je bila nk pergi berubat. Apa yang aku harapakan, moga semua dugaan ni berakhir dengan baik. Jangan sesekali lalai dalam beribadah, selalu la zikir dan amalkan surah pendinding diri. Moga allah lindungi kita dari khianat manusia mahupun jin. Assalamualaikum.

– april

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit