Hadiah Istimewa Di Hari Istimewa

Assalamualaikum admin, terima kasih. Aku bukan pelajar uia, aku bekas pelajar di sebuah uni di Melaka. Sekadar nak kongsi kisah :) Terdetik nak kongsi kisah ni sebab selalu nampak orang travel pergi tempat best-best hehe seronok tengok.
.
.
Kisahnya begini dalam tak sedar, tahun ni dah 2 tahun berlalu iaitu aku bersama umi abah telah mengerjakan umrah ramadhan yang wallahi tak akan aku lupakan sepanjang hidup. Ada sebab kenapa kami pilih untuk mengerjakan umrah dahulu berbanding untuk melancong ke negara lain seumur hidup aku.
.
.
Sepanjang 20 tahun aku tak pernah pun ke negara luar, even singapore yang dekat ni pun. Selalu lalu stulang laut tu tengok dari jauh ja. Takpun tengok signboard Woodlands tu dah cukup haha. Nak dijadikan cerita masa umur 20 tahun ni, satu keluarga pakat nak pergi bercuti lah ni, nak keluar negara lah konon-konon. So bermula lah kisah liku-liku nak pergi ke negara X bersaksikan rakan-rakan terdekat.
.
.
Masa tu aku tengah belajar, sem depan nak latihan industri. Jadi satu hari ni ingat nak pergi buat passport lah. (Baru 1st time nak buat, al maklumlah tak pernah ke luar negara) Aku tak ada kenderaan masa ni, jadinya aku minta kawan aku ni bawa kan, kebetulan dia free masa tu. Dah siap nak pergi lah ni, tiba-tiba sepupu aku telefon, nangis-nangis katanya dompet dia hilang masa naik bas, taktahu nak buat apa, takut nak bagitahu mak nya semua (sepupu aku ni baru sangat masuk universiti masa ni). Jadinya aku dan kawan aku yang dah siap ni terus pergi dan bantu sepupu aku cari dan uruskan kehilangan dompet dia. Seharian juga, tapi alhamdulillah esoknya dapat berita dah jumpa, syukur. Jadinya tak dapatlah buat passport huhu.
.
.
Proses nak buat passport dibawa keesokan hari. Lepas habis kelas petang tu, aku pergi ke Pejabat Pendaftaran Melaka dengan kawan-kawan, dekat pukul 5 juga pergi sana. Lastly, dah sampai kaunter, mereka maklumkan yang dah tutup huhu tapi mereka bagi cadangan untuk ke UTC melaka sebab urusan disana tutup pukul 10. Alhamdulillah ada alternatif lain, walaupun perjalanan agak makan masa. Proses tertunda lagi..
.
.
Aku ingat lagi, masa kami nak kesana ada singgah beberapa tempat lain dan nak ke UTC tu dah hampir maghrib. Dalam perjalanan tu, suddenly dekat satu jalan yang lurus je ni (aku kurang pasti dekat mana) tiba-tiba ada kereta keluar dari persimpangan seolah tak nampak pun kereta kami ni, kawan aku yang memandu masatu elak dalam masa yang sama di depan pun ada kereta mengarah ke arah kami. Ya Allah! Masa tu semua dalam kereta dah terdiam dan tunggu bunyi kereta menghempas je, aku dah tutup telinga dan tunduk. Tapi alhamdulillah kereta kami lepas di celahan dua kenderaan berkenaan. Kawan aku yang memandu ni terus berhenti tepi jalan dan menangis ketakutan terus tak boleh bawa kereta langsung. Kami decide untuk tukar pemandu kepada kawan aku yang lain even tak tahu bawa manual pun tetiba haritu tahu bawa manual, sampailah ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah terima kasih Allah.
.
.
Walaupun ambil masa yang agak lama untuk proses passport di UTC ni, tapi alhamdulillah selesai juga. Cerita ni semua aku tak maklumkan pun pada umi abah bimbang hati mereka risau. Tapi umi call aku malam tu, entahlah ya naluri ibu kot, tanya aku ok tak semua, dan katanya mereka dah dua tiga hari tak berkesempatan nak pergi uruskan proses ke negara X dan passport semua, tiba-tiba urusan kerja jadi banyak sangat yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Allahu, dalam hati aku, apa yang Engkau nak tunjuk ni ya Allah.
.
.
Lepas letak telefon dengan umi.. Aku terdiam dan fikir. Aku taip mesej pada umi dengan ayat.. ‘Agaknya Allah nak kita pergi buat umrah dulu kot umi..’
.
.
Seminggu lepastu umi mesej katanya abah setuju untuk buat umrah ketika Ramadhan, sekaligus hadiah sempena harijadiku bulan jun masa tu. Menitik air mata aku masa dikhabarkan berita ni (masa tu dekat library uni aku depan pc aku ingat lagi) Alhamdulillah semua urusan untuk berangkat ke umrah dipermudah walaupun masatu ada masalah sekatan visa, tapi ada juga rezeki buat kami. Kursus umrah pun dapat kami hadiri beberapa kali sampailah beberapa hari sebelum tarikh nak pergi. Termasuk urusan cuti 2 minggu ketika latihan industri untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah semua Allah mudahkan.. Tambah lagi nak buat umrah masa Ramadhan, memang cita-cita aku nak sambut Ramadhan di Rumah Allah.
.
.
Disini aku sekadar berkongsi pengalaman aku, cerita kita masing-masing tak sama. Ada yang dah pergi beberapa kali ada dan yang teringin nak pergi. Apa yang aku tahu bila dah pergi, hati memang rindu nak pergi lagi. Semua ada bahagian tersendiri. Allah dah tetapkan. Cuma nak pesan, kita boleh nak travel sana sini cuma niatkan dalam hati ni satu hari nanti nak pergi Rumah Allah, melawat makam nabi, insya Allah pasti Allah mudahkan. Tak lengkap kan kalau kita mampu travel ke serata dunia tapi tak mampu ke Mekkah :’)
.
.
Andai kau punya wang dan peluang, biarlah Rumah Allah yang menjadi tempat pertama yang engkau lawati. Pasti, selepas itu andai kau tawan seluruh dunia, tak akan pernah sama perasaan ketika berada di rumah Allah. Semoga Allah mudahkan urusan kalian untuk kesana nanti. Allahumma ameen..

– HNT

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit