Pesan Akak Untuk Orang Muda

Assalamualaikum..

Salam perkenalan..akak bukan student UIA, tapi tergerak nak buat luahan berkenaan nasihat untuk orang muda zaman laa ni.Untuk makluman, akak umur nak masuk 30 tahun, berkerjaya, unmarried.

1)Belajar benda yang kita minat

Akak banyak perhatikan, orang muda zaman laa ni suka mengikut trend termasuklah bab2 further study. Jangan begitu adik2.
Masa kamu muda hanya sekali. Macam akak, sampai sekarang akak menyesal tak pilih kursus yang benar2 akak minat.
Akak banyak ikut cakap2 orang.
Last2 kerja yang kurang berkaitan dengan kursus yang diambil.Maybe ada hikmah semua ni.
Nasihat akak, adik2 pilih kursus yang betul2 adik minat selagi tidak melanggar batas2 agama.
Pilih kursus pelajaran yang kita tahu akan bawa manfaat kepada kita, dunia akhirat seterusnya kita boleh menyumbang kembali pada masyarakat.

1) Kurangkan dengar lagu2 lagha

Bab ni akak nak tegur sebab lagu2 zaman sekarang banyak melalaikan. Akak juga pernah terbaca satu artikel,(correct me if i’m wrong) lagu2 lagha ini akan menyebabkan kita susah nak terima nasihat, syaitan bermaharajalela dalam badan(terutama hati). So, ibadat kita akan kurang khusyuk terutama solat.
Kita nak bangun solat malam pon susah apatah lagi nak mengaji Al -Quran.

Elakkan dengar lagu2 yang melalaikan.
Sebaiknya banyakkan dengar surah2.
Untuk permulaan memang susah.
Akak faham..akak pernah muda, so akak cadangkan dengar surah bacaan imam dari Mekah tu..search je kat utube.
Mishary Bin Rasyid xsilap nama dia.
Tenang dan merdu bacaan dia.
Dengarkan surah almulk sebelum tido.
Boleh menangis kalau hayati betul2 makna dia dan kekuasaanNya.

Selain itu, banyakkan mengaji, paling koman pon akak cadangkan satu hari satu muka surat, buat masa selepas maghrib dan selepas subuh..adik2 akan rasa satu perasaan yang tenang dan damai..Allahu..akak xbole imagine perasaan tu macm mana..adik2 kena cuba.<br>

3)Jaga solat

Serius masa akak muda, akak paling menyesal sebab akak xjaga solat dengan betul(sekarang still merangkak baiki , doakan akak).
Untuk makluman, ayah akak amaaatt tegas dalam hal2 solat.
Sehari lima waktu tu, semuaaaa anak dia, wajib buat laporan da buat or tak.haha gitu.
Akak rasa itu anugerah paling besar Allah s.w.t bagi pada keluarga akak.Mempunyai ketua keluarga yang mementingkan solat membuatkan keluarga akan dirahmatiNya..percayalah..keluarga akan rasa tenteram dan aman.

Sebab itu,akak nak pesan, adik2 dari muda start jaga solat.Lelaki dan perempuan sama kepentingannya.
Sebab kelak adik2 akan memacu keluarga , anak2.
Solat awal waktu, dan adik2 akan lihat perubahan hidup adik2 .
Ingat, orang yang perbaiki solat sedang perbaiki hidup dia, insyaAllah akan dipermudahkan segalanya.

4)Jaga pergaulan , jaga hati

Pergaulan adalah perkara yang hari-hari kita hadap.Di sini akak nak tekankan pergaulan sesama kawan.

Akak nak cerita, semasa akak muda, akak boleh bertahan chat selama berjam2 dengan bukan muhrim.Akak rasa seronok,
sebab ada yang bagi perhatian, sama2 buat lawak xberapa cerdik, sangat keanak-anakan, manja2..Allahu..rasa menyesal sangat.Adik2 jangan begitu.
Banyak kesan buruk dari baik.

First kita rasa hati kita ceria sebab ada kawan berlainan jantina, bole berkongsi cerita, tetapi sebernanya syaitan da mula cucuk jarum.Tell me kalau kita sentiasa ingat bukan muhrim apa hukumnya eventhough kawan.
Haram kan..So akak nak pesan please stop it.Stop perlahan2..akak tahu bukan mudah..Mulakan cari kawan2 sama2 jantina, untuk elakkan fitnah dan demi jaga hati.InsyaAllah Allah akan jaga kita.

Okay, sekian sahaja coretan akak ini.
Akhir kata akak nak pesan, jaga iman, jaga maruah keluarga dan jaga diri.
InsyaAllah adik2 semua akan dilindungiNya sentiasa.

– Akak unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit