Jagalah Maruahmu Wahai Wanita

Assalamualaikum pada semua reader. Terima kasih banyak-banyak pada admin andai confession saya ni disiarkan.

Saya seorang isteri dan ibu yang bekerja. Meskipun kerja saya nampak macam mudah, itu pandangan sebelah sisi sahaja. Hakikatnya saya letih, lesu. Dah perpuluh kali juga saya terfikir untuk resign meskipun masih takde rezeki ke tempat kerja lain. Balik rumah pula kena fikir hal rumah pula. Penyudahnya saya mudah terlena selepas isyak. Layanan untuk suami pun semakin kurang.

Awal tahun tempohari saya telah menghantar notis atas dasar emosi yang tidak stabil. Dengan saya mengandung anak ke-3, kerja saya sebenarnya banyak tapi ketua seolah tak ambil peduli. Belum lagi kes sekeliling yang buat emosi saya tak stabil.

Tapi, saya seorang yang pandai mengawal emosi dan stress, orang nampak saya rileks sahaja. Hakikatnya, jiwa saya rabak, tahap kalau nampak tilam saya nak tidur je tak nak bangun-bangun dah. Tapi, esoknya, saya tetap dengan rutin harian. Emosi tak stabil dah terbang jauh bila tidur dan ia kembali semula bila tiba dinihari.

Dalam tempoh saya hamil, suami sempat melayan whataps perempuan lain. Saya contact perempuan tersebut dan tanya kenapa berbual mesra dengan suami saya. Perempuan tu mengaku yang dia tahu. Saya masih boleh cool lagi sebab memang saya jenis macam tu. Redha. Tapi, saya ada text perempuan tersebut yang saya takkan maafkan dia andai dia contact suami saya. Hakikatnya, mereka masih berhubung. Hati saya bagai disiat dan kami suami isteri bergaduh. Masa tu saya hamil 8 bulan.

Saya tanya kenapa? Kenapa buat saya macam ni? Saya tak pernah susahkan suami. Semua perkara saya cuba usahakan sendiri hatta pergi check-up bulanan, mingguan. Pergi balik kerja pun saya gagah drive sendiri. Suami kekadar menjawab takde apa-apa dan meminta maaf. Kehidupan kami kembali ke asal. Saya seorang yang cepat memaafkan dan tak suka ungkit perkara lepas.

Kecewa saya bertambah bila saat saya berpantang, suami kantoi ber whatapps lagi dengan seorang perempuan lain. Isi kandungan dari perempuan tu bersayang-sayang. Tapi, tiada balasan mesej dari suami. Saya marah. Cukup marah.

Saya selidik siapa perempuan takde maruah tu. Rupanya dia kekasih lama suami saya. Kisah tahun 2006. Alah kenal sekejap je pun dah boleh sampai tak boleh lupa dah ke? Poyo je perempuan tu kan. Saya meluat. Lebih meluat dan geli geleman bila ingat balik ayat perempuan tu bersayang-sayang. Lebih meluat perempuan tu isteri orang sudah ada anak 2. Takdir dia dapat pula suami panas baran, jenis naik tangan sebab tu agaknya perempuan tu teringat balik cinta dia dulu iaitu suami saya.

Sebab tu perempuan dan lelaki tak boleh berkawan baik. Contoh nyata inilah. Mulalah yang perempuan meluahkan perasaan, suami dia suka pukul dialah, sedih dengan hidup dialah. Yang lelaki pula hanya memberi nasihat, sabarlah.. Tau ajelah perempuan ni tak boleh ada lelaki yang caring pada dia, mulalah dia terperasan yang lelaki tu sayang dia.. Ptuihh.. Baru kenal kejap takkan dah sayang macam nak rak.

Sebagai isteri, saya pertahankan hak saya. Saya terus terang kat perempuan tu yang saya sangat marah pada dia. Perempuan takde maruah je akan text suami orang macam tu. Sayang?? Ptuiihh.. geli geleman.

Waktu tu, sakitnya hati saya Allah je yang tahu. Selepas sehari, saya tanya suami mengenai perempuan tu. Dia diam saja. Lebih menyakitkan hati bila perempuan tu bagitau yang suami saya yang mencari dia.

Saat itu juga saya packing baju untuk pulang ke kampung. Remuk hati saya dengan juraian air mata yang di tahan seharian. Saya penat-penat jaga baby siang malam, tidur pun sejam dua. Dengan makan pantang saya masak sendiri, kadang-kadang makan lambat sebab masak lambat bila baby meragam. Dia boleh contact perempuan lain.

Sakit hati ketika berpantang ni dua kali ganda sakitnya. Sakit sangat -sangat sampai saya telan sepapan paracetamol. Seolah terdengar bisikan suruh saya makan untuk ketenangan. Mujur takde apa berlaku pada saya. Saya masih boleh menjaga baby yang meragam. Saya masih mampu berjaga tanpa tidur. Purata saya tidur sehari mungkin 2-3 jam sahaja.

Selama hampir 8 tahun berkahwin, macam-macam jenis perempuan yang saya hadap contact suami saya. Pada saya, selagi dia tak melayan lebih-lebih, saya baik- baik saja tapi saya siap-siap dah warninglah.

Meskipun saya sekarang sudah habis tempoh berpantang, malah saya sudah bekerja semula selepas tamat tempoh 60 hari, saya akui emosi saya masih tidak stabil. Perasaan sakit hati ni akan datang tiba-tiba. Kalau ia datang saya akan rasa sakit hati sangat, marah sangat-sangat dan saya boleh menangis tak semena. Saat menaip ni pun saya menangis.

Lebih pilu bila suami buat salah sikit, akan wujud perasaan marah sangat-sangat dalam hati saya. Hatta andai dia tertinggi suara pun akan wujud perasaan benci yang meluap-luap padanya hingga saya tak nak tengok langsung wajahnya. Saya akan berdiam je sehingga dia pujuk.

Tambah pula saya memang mudah sakit hati sekarang. Rasa benci yang entah dari mana. Sebab tu saya memutuskan untuk tidak sertai mana-mana group. Saya nak sendirian.

Alhamdulillah, saya takde masalah dengan baby saya. Pada saya, dialah segalanya. Sesuai dengan namanya, Azri yang bermaksud kekuatanku. Sayang saya pada baby tidak dapat digambarkan sebab ini adalah baby terakhir saya. Takkan ada baby lagi nanti. Sebab tu saya jaga baby ni sebaik mungkin.

Nasihat saya pada semua reader :

1) Kepada para isteri, jaga suami baik- baik sebab hatinya boleh terbahagi-bahagi. Meskipun dia sayang pada kita, tapi dalam pada masa yang sama dia boleh sayang pada 2, 3 orang yang lain. Selagi dia tak melakukan maksiat, segalanya masih sempurna dari segi nafkah zahir batin, selagi sayang dia masih pada kita dan anak-anak jagalah dia sebaiknya. Saya bersyukur diberi ujian sebegini sebab saya rasa saya lebih menghargainya. Saya rasa saya lebih mudah tersenyum berbanding dulu sebab saya tahu saya kuat.

2) Kepada para suami, jagalah isterimu sebaiknya sebab hati perempuan ni fragile. Tapi, bila dah berderai, kau takkan dapat kesempurnaan hatinya balik. Tak akan. Jagalah hati isteri yang dalam tempoh berpantang sebaiknya. Lihatlah kesan pada saya, entah bila akan baik. Jangan memberi harapan pada kaum perempuan, jangan terlalu caring pada mereka melainkan isteri dan anak-anakmu sahaja.

3) Kepada perempuan spesis begitu, jagalah maruah korang. Jaga adab, sebab bila kau text suami orang macam tu, kau seorang yang biadap! Betapa terlukanya hati seorang isteri yang juga seorang perempuan seperti kau. Saya tahu dia jadi begini sebab dapat suami yang panas baran, kaki maki, kaki pukul. Cuba kalau dia dapat suami dari syurga, mau dia simpan ketat-ketat suami dia tu.

Nasihat pada dia, please move on. Takkan baru jumpa sekejap cinta pertama tu dah tak boleh lupa dah. Kalau kau ingat, buat apa kau sambung hubungan yang dah putus dengan bf kau dulu. Sekarang, kau nak celoteh pasal hati pula? Sudah -sudah lah tu. Sudah ditakdirkan suami saya tu adalah suami saya. Jangan kau usik dia lagi.

Akhir kata, doakan saya mampu mengawal hati saya. Baru saya tahu sakit meroyan tu macamana. Doakan juga kebahagiaan kami hingga ke jannah. Kerja saya dah lah stress.

Dari,

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *