Interview IPG TESL II

Assalamualaikum semua. Thanks admin sebab approve confession saya sebelum ni. Confession tersebut, tak lain tak bukan hanyalah untuk share experience interview saja. Boleh rujuk link ini ya, (https://iiumc.com/interview-ipg-tesl/).

Sebelum saya memberi respon kepada beberapa komentar, ingin saya menulis beberapa perkara lagi.

Waktu interview IPG hari pertama, sila datang tepat pada masa. Jika lambat sekalipun, jangan risau. Boleh berurusan dengan pihak IPG. Pihak IPG sememangnya mudah untuk berurusan. Saya amat menghormati budi bicara pihak yang menguruskan calon guru sepanjang tempoh temuduga dijalankan, walaupun saya hanyalah memerhati. Andai terlepas sesi temuduga sekalipun, cuba sahaja hubungi. Seperti yang saya katakan, budi bicara pihak IPG amat saya hormati dan pantas dipuji.

Waktu interview IPG hari kedua, pastikan segala borang asal yang diminta, dibawa bersama ya. Walaupun salinan dokumen telah disahkan, penemuduga akan semak sekali lagi dan sekiranya tiada dokumen asal bersama, anda boleh bawa pada hari yang lain, atas budi bicara. Bertuah sekiranya hari anda hadir untuk temuduga itu, bukan hari terakhir temuduga dijalankan di kampus tersebut. Dokumen ini disemak oleh para penemuduga yang menguruskan temuduga berkumpulan. Ini berdasarkan pengalaman saya ya.

Amali ataupun temuduga secara individu, lebih kepada cuba untuk melihat sejauh mana pemahaman anda dalam Bahasa Inggeris. Saya tak bagus di sesi ini. Kalau pasal speaking pula, both sessions pun kena speaking. Kalau taknak speaking? Minta excuse. Ada rakan calon guru saya mohon untuk berbahasa Melayu. Dibenarkan walaupun kurang dipersetujui penemuduga lelaki.

Fluent atau tak, penemuduga tak kisah sangat. Tapi cubalah bertutur dengan jelas and show your efforts. Jangan senyap tanpa kata, sebolehnya. Tips saya tiada lain, cubalah menjadi seorang yang bersahaja dan berlaku jujurlah ketika menjawab segala pertanyaan.

Kemudian, kalau semasa sesi temuduga anda memakai baju kurung misalnya, waktu ujian fizikal, pakailah baju sukan. Bawa baju ya? Dan kasut sukan sekali. Buatlah sehabis baik kerana mungkin saja, andalah guru terbaik yang dinanti-nantikan anak bangsa di masa hadapan.

Selesai.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk komen anda semua di ruangan komen confession saya sebelum ini. Terima kasih untuk nasihat-nasihat yang memberangsangkan. Saya baca nasihat serta komen anda semua dalam keadaan yang paling tenang. Di sini, saya turut ingin memberi respon serta penjelasan kepada beberapa komen.

1. Dooh : By the way, “dooh” bermaksud “sangat” dalam loghat Klate. Bukan bod*h. Bukan bukan. Bukan juga selain daripada itu. Terharu dooh means terharu sangat. Tak terfikir pula nak eja “dooh” as “do’oh”. Cara sebut dia sebenarnya “dok oh”. Maaf ya. Ternyata membawa kepada banyak maksud yang boleh disalah tafsir. Ini benar-benar khilaf saya.

2. Mindset : Terima kasih atas pesanan untuk ubah mindset. Baiki mindset. Entahlah nak respon apa. So far saya hanya dapat hadam yang saya akan mendalami English, dan dalam masa yang sama, belajar skil mengajar. Sebab selama ini saya belajar ilmu English untuk saya saja, tapi kali ini, saya akan belajar ilmu English, kemahiran mengajar dan cara menguruskan pelajar yang berkesan untuk manfaat anak bangsa. Inilah apa yang saya letak di mindset saya.

Part kena terima kenyataan untuk belajar English tu, sebab pada pendapat saya, saya perlu sentiasa tahu, saya ini bakal pelajar Tesl. Kalau dulu saya belajar English pada waktu lapang yang tiada tekanan, sekarang saya perlu sentiasa ingat yang saya akan belajar English full time. Dan sebarang tekanan, haruslah saya kuat untuk hadapinya nanti. Thank you nevertheless.

English saya kurang bagus ya dan saya tak pandai mana English. Speaking agak smooth, tapi tak terlalu smooth. Kalau ada 5 level, saya anggap saya di level 2 saja. Thanks teacher yang tekankan mengenai classroom mangement, pedagogy in teaching and content knowledge dekat komen. Sejujurnya saya lebih risaukan perkara itu apabila saya dapat tahu saya terpilih ke IPG. Untuk mulakan langkah ke sana bukan mudah ya. Bukan elaun dan bukan juga jaminan kerjaya yang menyebabkan saya ingin ke sana. Kerana mungkin saja, saya tak mampu berjuang hingga ke akhirnya. Mungkin saja, pengajian saya terhenti di pertengahan jalan.

3. Ujian kecergasan fizikal : “Cuma bagi aku, beep test la susah sikit walaupun group test aku tu, aku antara harapan. Aku lepas level minimum and hampir ke maximum level tau. Tapi aku surrender.” Ya, ayat ni macam ada nada bangga. Tak, sebenarnya memang aku bangga pun. Aku buat yang terbaik pun sebab aku antara harapan. Kalau tak, takdelah aku buat sehabis baik. Hampir ke maximum level sebab aku dah level 3. Tapi takdelah satu atau dua beep lagi, aku akan capai maximum level. Ya, beep test ni mungkin senang bagi orang lain, tapi bukan bagi aku. Haha.

4. Fis : Fis tu apa? Saja tak nak tulis penuh. Maaf kalau curious.

5. Attitude : Tak nampak attitude untuk jadi guru kan. Saya saja pilih penulisan sebegitu. Sebenarnya untuk tarik pembaca sebaya. Saya lupa, di sini pembacanya pelbagai usia. Waktu saya menulis confession tersebut, saya lebih kepada mewakilkan diri saya sebagai seorang budak lepasan spm saja, yang sedang berkongsi pengalaman kepada rakan sebaya. Bukan sebagai teacher. Bukan sebagai bakal pelajar IPG. Saya belum pun mendaftar. Sebab tu saya ada tanya, ” ke aku tak layak? ”

6. Risau dengan bakal pendidik yang mempunyai gaya penulisan seperti saya : First of all, mohon jangan pukul rata. Tapi tahniah sebab risau sekiranya anak bangsa dapat cikgu macam saya. Tapi jangan terlalu risau ya. Mana ada cikgu berusia 18 tahun. Saya yakin, dunia pendidikan tak akan lahirkan guru seperti “saya”.

Saya berniat untuk tinggalkan saja segala persoalan dan salah faham pada awalnya. Saya ini tak hebat ya. Dapat lepas temuduga itu pun, saya tak rasa saya hebat. Sebab saya sedar, ianya datang dengan tanggungjawab. Dah cuba tak rojakkan penulisan. Harap jelas. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Oh, paloi tu sebab haritu ada baca news, dia pakai perkataan paloi. And, dia tulis sekali maksudnya apa. Haha.

Tindakan saya memang paloi kekadang. Saya juga manusia biasa. Dan saya amat menghormati komen yang membina dengan bahasa tulisan yang cukup menyenangkan. Saya doakan dunia juga menyantuni anda dengan hormat.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *