Kehidupan Suri Rumah

Saya berhenti kerja sebab anak,4 tahun lepas suami saya suruh berhenti kerja sebab dia tidak percayakan pengasuh,suami cakap dia mampu menyara keperluan rumah.

Bila sudah berhenti berkerja saya tiada sumber kewangan lagi,saya cuma mengharapkan duit yang suami saya berikan,keadaan terkawal semua cantik kami beli rumah,yang agak sempurna dan selesa rezeki anak,suami saya beli super bike,pada awal nya saya tidak bersetuju sebab tambah hutang tetapi suami saya berikan alasan dia masih mampu,kewangan masih stabil sebab suami saya berkerja di Singapore.

Hutang-hutang makin bertambah dengan ada rumah motor kereta ptptn suami isteri,insurance,dan susu anak pampers dan keperluan lain.
Dan kos-kos hutang yang lain hampir rm5500 sebulan tetapi pendapatan suami saya masih lagi mampu.

Ditakdirkan Allah awal tahun 2016 ekonomi makin merundun walaupun currency Singapore makin bertambah tetapi gaji suami makin turun disebabkan satu company terpaksa ditutup,staff-staff makin bertambah sebab 1 company tutup staff company lama dibawa masuk ke company suami,jadi kelebihan gaji mereka seperti ot elaun ditarik balik

Suami hanya dapat basic sahaja,masih cukup lagi membayar hutang bulanan,tetapi dah tak ada banyak baki hanya cukup membayar hutang sahaja dan keperluan asas.

Kos sara hidup makin tinggi anak makin membesar dan sudah bersekolah,kami dah mula bergaduh sebab banyak benda yang tak cukup,barang kemas saya pun dah jual untuk buat modal berniaga online tetapi tidak berjaya,saya sangat sedih iktiar saya tidak berjaya,saya semakin mendesak suami untuk keluar berkerja tetapi suami masih risau kan anak kami,anak kami baru berusia 4 tahun seorang sahaja.

Simpanan kami sudah habis masa beli rumah dahulu.
Saya agak stress sekarang sebab keperluan peribadi saya tidak lagi mampu untuk membeli seperti pencuci muka makeup pakaian.Saya banyak lebihkan dulu pada anak dan perbelanjaan suami untuk keluar berkerja,minyak makin mahal auto pass.

Saya pun masih lagi merayu pada suami untuk keluar berkerja bagi meringankan beban dia,sebab saya tengok kawan-kawan yang dulu sama-sama tidak berkerja sudah berkerja semula tetapi kebanyakan mereka berkerja disingapore.
Kewangan mereka makin bertambah baik cuma anak-anak dibawa jagaan pengasuh.Kenapa mereka percayakan pengasuh tetapi suami saya tidak percaya.

Saya sentiasa berdoa semoga masalah saya ini boleh selesai.
Bukan mudah bergelar sebagai suri rumah banyak benda yang perlu kita pendamkan terutama kehendak untuk diri sendiri.
Lagi-lagi saya melihat kawan-kawan seangkatan saya makin berjaya dan senang yang saya masih macam ni lagi tidak ada apa-apa perubahan.
Saya semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan.Sebab malu saya tak mampu seperti mereka.
Ini reality kehidupan saya sekarang.
Sekarang suami tak mampu lagi untuk memberikan duit saku pada saya untuk saya beli barang peribadi saya,pakaian saya anak pun dah lama tidak berganti.

– Vialia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit