Mertua & Adik-beradik Ipar Melampau – Alhamdulillah & Terima Kasih

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.

Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,236 Comments

  1. Kuatkan hati sis..rasa geram pun ada ni..kenapa la ade org xtau malu mcm tu..memalukan je..xnk usaha..mengharapkan kt org je..menyusahkan je..ish2…sabar sis..apa yg sis buat tu smuanya terbaik tu sis..jgn pk org lain..pk diri sis je skrg ni

  2. Mrs. A, Never forget that walking away from something UNHEALTHY is BRAVE..Even if you stumble a little on your way out of the door…best wishes for ur new life

  3. Kesiannya awk. Sedih baca kisah ni. Tabahlah awk. Mengadu pada Allah. Semoga Allah bukakan hati keluarga mertua awk untuk sedar baiknya hati awk. Semoga Allah berikan kebahagiaan untuk awk dunia dan akhirat.

  4. Bekas family mertua sis mmg mental la!! Dah cerai kOt..pe masalh dieorg??? Good job sis..jauhkn diri dari family tu..tp sy yakin ex husband sis seorg yg baik..dlm setandan pisang x semuanya busuk kn..tp apakan daya dia milik ibunya higga akhir hayat…moga sis sentiasa tabah & bertemu dgn insan yg terbaik tuk sis :-)

  5. Salam sis. Yang banyak kata sis bodoh mintak cerai dari ex husben tu, dorg ni byk layan dram tibi3 suku. Byak layan novel. Yg ni realiti. Sis yang merasa. Kalau sy kat tpt sis pon. Tak tahu la kuat ke x. Im proud u r such a strong girl. Harap sis dipertemukan dgn seseorg yg boleh protect dan jaga sis. Bukan jenis ambil kesempatan. Salam ramadhan sis.

  6. Btl..ade mentua yg mcm tu…nk mmkn hasik titikpeluh menantu aje..mcm suami sy yg skrg…arwah isteri dia yg dulu tlh meninggal..bila dia kawin dgn sy,keluarga mentuanya x suka sbb risau suami sy xkn bg lg duit belanja pd keluarga mereka..adk ipar dia yg dulu siap htr msg maki2 sy dn ckp sbb sylah ibunya menangis tiap mlm.smpaikn ank suami pun diorg xnk bg…xtahu knp xnk bg suami kawin dgn sy sdgkn sy bekerja tetap di sektor awam…

    • Anak suami akk dorang pegang supaya suami akk akan tetap bg duit bulan2 kat dorang atas dasar memberi nafkah kat anak.. Kalau amek anak tuu nnt dorang tak dpt lah duit bulan2 lg.. Bijak dorang ni

    • Mmg la kot mcm tu diorg fikir…sbb dulu suami keje di sabah mmg gaji lumayan…tp akak suruh dia keje di semenanjung aje skrg ni..bab ank tu kitorng g umh diorg nk ambik terus x bg..siap cermin dpn kereta kena pecahkn lg..nk jumpa pun dulu jumpa kt sekolah aje.ni lepas dpt 5A diorg dh htr duk asrama plk.xtau sekolah mane

  7. Sebagai ibu.. yang itu anak, yang ini pun anak.. anak yang itu susah, anak yang ini pula senang.. si ibu mesti hendak suruh anak yang senang ini bantu adik beradik yang susah dengan tinggal dekat @ bersama2.. tapi mungkin si ibu tidak sangka tindakannya menyebabkan perkahwinan si anak yang senang itu musnah dan bercerai berai.. huhu..

  8. Penghujung ayat akak ni sgt penting. Kita perempuan, prlu ada pndidikan,ilmu, dan krjaya sndri. Bukan riak nak berlagak dgn lelaki, tpi salah stunya, mcmni lah. Crita si akak ni. Thanks akak, crita yg sgt hiba tpi memberi inspirasi.

    • Amik iktibar..amk boleh bayangkan apa yg dilalui oleh mgsa ini ..serik dah..mulakanlah hidup baru.Allah bersama org yg sbar..insyaAllah ada hikmah disebalik semua kejadian..

  9. Saya doakan Puan akan mendapat jodoh yg terbaik selepas ini. Bagus sekali reason puan utk bercerai dgn bekas suami; kerana ibunya. Buruk2, ibu dia seorang dan tiada penganti. Moga Allah permudahkan jalan hidup puan sebagaimana puan mudahkan hidup mereka sblm ini tanpa dibalas. Allah ada, Dia yg akan membalas dgn kebaikan.

    • Sbb nak share kat makhluk2 dunia ni laa bang oii. Kalo die x share kat fb, org lain bleh dpt x pengajaran drp cite ni? Think positive dude. Manusia skrg ni pon da mcm2 perangai pelik dah ada. So kite amek lee ikhtibar.

  10. Geram btul baca…klu kena kat aku na ni…mmg bsilat aku…aku x kira..mng ke..klh ke…tu belakang kira…agknya suami yg kena perasap…sanggup tgok bini kena belasah…yg ipar pulak…apa hak nya..nk cmpur umhtangga adk….geram…geram…..yg pasti lps nikah terus pindah …jgn duk sekali…dgn prg tua…keluaga kita…kita yg tentukn…

  11. Kali pertama baca confession puan, saya bagai tak percaya bahawa sememangnya ADA keluarga berperangai begini. Memang stress hidup bersama ibu mertua dan ipar-duai yang BEBAL macam tu. Tapi, apa yg pasti, puan seperti mana manusia lain, telah diuji kekuatan jiwa dan kesabaran puan oleh Allah swt. Lain orang lainlah bentuk dan tahap ujianNya. Dan saya amat yakin bahawa puan telah MELEPASI ujian ini dengan jayanya. Soal sama ada puan LULUS atau GAGAL ujian ini, hanya Allah swt selayaknya menilai, bukan kita. Dan hanya Dia yang tahu hikmah ujian ini ditimpakan kepada puan, bukan orang lain. Yakinlah dengan keputusan yang telah puan ambil. Walaupun bercerai itu adalah satu jalan yang halal namun dibenci Allah, namun puan telah menggunakan jalan ini (bercerai) pada masa dan asbab yang betul. Seandainya puan masih meneruskan hubungan dengan suami dan berpindah keluar, ATAU puan rujuk semula dengan suami dan berpindah rumah, dan mengambil langkah2 menjauhkan diri dengan mertua serta ipar-duai, kebahagiaan sebenar pasti tidak akan tercapai. Bayangkan sebuah perkahwinan dengan sebelah keluarga yang berperangai buruk macam ni, nak berkekalan bahagia seumur hidup. Mencari kebahagian dan harmoni dalam keluarga macam ni ibarat mencari sebutir beras yang dicampakkan di atas padang bola. Suatu usaha yang sangat tidak berbaloi.
    Saya doakan puan terus tabah menghadapi hidup ini dan jadikanlah peristiwa ini suatu pengajaran dan iktibar untuk puan.
    Saya yakin bekas suami puan juga sedang merasa bersalah, dan menyesal. Namun penyesalan tidak akan merubah keadaan. Dia sepatutnya lebih awal memikirkan TINDAKAN BIJAK yang patut dia ambil bagi mengurangi tekanan yang puan hadapi, bukan sekadar melahirkan penyesalan dan berjanji akan memperbaiki keadaan. Biarkanlah dia. Inilah hukuman yang dia harus hadapi atas kegagalannya berfungsi sebagai suami yang bertanggungjawab kepada puan dan sebagai anak yang baik kepada ibunya. Dia dibesarkan di dalam keluarga yang tidak menjadikan agama sebagai amalan, dan tidak menjadikan kemuliaan akhlak sebagai panduan hidup. Dan perkara ini sudah amat terlambat untuk diperbaiki. Nilai moral keluarga ini telah jauh tersasar. Semoga puan ditemukan dengan sinar kebahagiaan di masa hadapan.

  12. Akak memang kuat . Tak mudah untuk menjadi kuat macam ni. Mulianya hati akak kerana tidak sanggup memisahkan anak dan ibunya. Akak faham agama. Kalau mereka yang tak mengerti, Akan mengambil jalan yang satu lg tanpa berfikir panjang. Allah ☺

    Besar ujian Allah bagi pada akak. Namun besar mana pun , Allah tahu akak mampu. Ya akak mampu untuk hadapi. sebab akak sangat Kuat . Tak mudah untuk hadapi semua ini kan ?

    Moga Allah sentiasa kuatkan hati akak. Sentiasa. Tabah melalui hari2 yang mendatang. Seriously, sy admire kesabaran akak

  13. Mmg perit unt buat keputusan bercerai…tp klau itu yg terbaik apa salahnya..
    Saya pernah berdoa di Pdg Arafah….jika berpisah itu terbaik unt hidup dan mati saya Engkau permudahkanlah…..lps balik haji 8 bln…..saya berpisah….n still single till now..terasa kebahagiaan….

  14. Saya follow kisah pertama sis nie..allahu..sedih sgt.mcm2 dugaan dy bersama birasnya..ex suami baik..tpi berbelah bagi antra ibu kandung dgn istri..apapon,bagi saya..tindakan sis nie betoi.mmg mntk cerai tue bnda halal yg Allah plg benci,tpi..kita berkahwin bkn suami saja..’berkahwen,mengenali,sekufu” dgn keluarga mentua.berkali2 dipijak2.dimaki hamun sampai pukul.boleh nilai sendri biras bagaimna..berpisah demi kebaikan kedua2 pihak.

  15. Alhamdulillah… story akak bg inspirasi pd sy utk sy lepaskan perkara yg sama.. terima kasih membuka mata sy utk memberikan keputusan terbaik dalam hidup sy. Kisah kita sama akak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *