Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.
Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.
Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.
Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.
Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.
Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.
Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.
– Mrs. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Just be careful….sbb beks abg ipar mgkn akn crik dn cdrakn melalui fzikan atau spiritual…..
maaf nak ckap ..mmg bangang sape yg letak kesalahan atas sis ni…mintk tuhan bkak la pintu hati diorng bia sedar…aku yg dgar pn kesian sngat..ptt sis jauhkan diri dr bkas suami..jgan lembut ati..kirenye tu salah dia jgak la sbb x mampu nk pthankan wife sndri…dah mcm hamba abdi dibuat dek keluaga dia..
Sis tak salah sis,tak pernah salah.
Babypinky Lurves
Muka tak malu betul akk ipar tu..nk bermewah usaha laa sndr..ni nak harap hasil penat lelah org cari rezeki
Arif Mukhriz ni sambungan dia
Novel worthy
Baca ke tak?
Bce
Depa still sayang each other. Sian nya
Sori saya silap komen
Harap tulisan ni ada sambungan lagi..jadikan sebuah novel..penulisan yang baik dan ikhlas..☺️
Ezza Ezaty Nor Najwa Ibrahim
To that extend tampar org yg tanggung mkn minum perbelanjaan tak masuk akal ko anak beranak, tu melampau. Patut sis tampar dia lg teruk! Eh, marah betul! (Saya bru je baca confession sis)
Tolong lah lapor polis perangai ipar yg melampau tu, biar masuk penjara ke apa, eh geram pulak, org mcm tu kena ajar. Buar dia tahu langit ni tinggi ke rendah.
Tp ex husband sis baik.. n dia pun dah keluar dr rumah.. hrp sis istikharah yg terbaik. Saya fhm keluarga nya memg teruk, tp adilkah kalau sis tinggalkan dia?
Tp betul gak kata sis. Xnak pisah dgn ibu dia. Hm. Saya doakan sis dpt hidup baru. InsyaAllah moga sis terus kuat.
Tp sbnrnya memg byk dah kes mcm ni.. jd utk para Suami, take note. memg mcm tu, xleh nak duk serumah. Xduk serumah pun berperang.
N kena ingt lah, jgn berpihak sgt pada family, cuba fikir n selidik siapa yg salah.
Kesian kat wife tu, dahlah kena berkorban xde keluarga di sisi, hidup dgn keluarga baru (ipar duai). Tolonglah lindungi isteri.. :'(
Najwa Shuhaimie Shafa Waty sambungan
kesian weh
Maaf ckp la…. Mgkin awak dgn bks suami dh kna mandrem dgn family dia…. Spya ikut telunjuk… Hmm kalau x, mna mungkin blh ikut semua kehendak dorang….. Sampai kn sanggup tanggung semua biawak hidup dlm rmah tu… Sdgkn bkn tggjwb awak… Baik mna pun kita, dgn akal yg waras, kita blh fikir dr awal, buat baik berpada2.. Buat jahat jgn sekali… Alhamdulillah…. Allah dh tunjukkan buktinya…. Kita buat baik mcmna pun, mereka ttp tamak… Kita plk dipersalahkan…
*mohon jgn kecam akk, ini pndpt sahaja. Cubalah ikhtiar dgn mna2 ustaz, agar kekusutan ini terungkai dn awak pulih spt sediakala.
ignore kan kata² negatif.ntah² hidup mrka pun bergantung atas ehsan org lain.bgs bercerai sbb mcm ne pun di bwa jauh.last² exsuami ttp akan balik pulg ke fmly dia.fmly parasite.serius xsggup.
enjoy khidupan skg.
xtahn siap mntk byrkan emas.mrpek.
Saya harap akak kuat. Kalau bekas keluarga ipar akak ugut akak, jangan teragak untuk report polis. I don’t know whether M’sia boleh buat restraining order, tapi kalau ada buat. I hope for your happiness and may God protect you
Betul tindakan sis. Hanya sis yg tahu mana terbaik utk diri sis kerana sis yg melalui semua itu.
Kadang-kadang mencintai tak semestinya memiliki. Dalam hal ini, sis untung masih mempunyai keluarga yg support sis dlm apa jua keadaan. Hargai mereka
sye rase awak xperlu rujuk dah dgan bekas suami… elok lah 2 awak da becerai.. sbb org prempuan kan kene lebih taat pada ibu mertua berbanding dgn ibu sendiri bila dah kahwin.. bina hidup baru dan kuatkan semangat…
Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul..semoga akak terus kuat…
Bertabahla…
Husband kakak ipar tu, astro pun x mampu ke? Nak beranak ramai2 tp suruh org lain tanggung. Mcm kucing je. Beranak bersepah2, anak bini pun bersepah2. Heii geram pulak aku! X habis2. Mental dorg ni. Kalau x mampu, buat cara x mampu. Beribu je org x de astro xde wifi dkt rumah. Dah korg x keje duk makan tdo je, what for nak ber wifi bagai? Major losers.
Kucing beranak besepah pun dia jaga ok anak dia.. At least dia usaha cri makanan utk anak2 dia ok.. Ni lgi teruk dri kucing
Tulah. Xtaw mcm ape tah. Lg teruk dr segala benda. Haih. Nasib baik puasa.
Biawak hidup …good for nothing …
Nurul Afnan
Peliknya…cemtu pon ada..
Akak, all i can say is i just want to have a lil bit of your strength. I want to be tough like you. All the best akak. May Allah shine your way and give you blessing. Amen.
Good job ..adik..
Keputusan yang bijak.
Saya baru baca….kejamnya…wlpun suami baik tp kita kena terima fmly dia skali…fmly asben mmg x ptt bt cmtu…tp caya la Sis blh bertahan selama 3 thn…kalu saya mmg x mampu berada du tempat Sis…Saya sokong apa saja yg Sis buat…Semoga Allah bg kekuatan pd Sis utk m’harungi hidup seorg diri n bahagia hingga ke akhir hayat….Aamin
Atikah Syaza Puteri Insyirah Noor Asikin Laleen Izzati Aisyah Sap smbungan cerita smlm
Dia Sgt kuat..salute..
Kn.. tbaik la akak nie..
Tak tahu kenapa sedih sgt. Kejamnya kakak ipar tu. Too much! Seriously this story really open our eyes. Women, dunt let any people take advantage on u. Niat sedekah pada awalnya ok la sikit2 but kalau dah tanggungjawab byr tu byr ni beli tu beli ni on u… it’s too much. Mrs.A, u’re strong women. Please make a police report and we pray for your happiness. Moga Allah redhai dan permudahkan perjalanan hidup selepas ini serta dimurahkan rezqi..amin.
Natasha Shahrin
Sgt sedih. Marilah kita mulakan hidup baru. Tentu ade kemanisannya suatu hr nnt
Myra Liana
Hmmmmm.. Klu dh mcm tu biar la hidup sndiri kan. Sian die.. Yg ckp die bodo die mengungkit tu mgkn jns spesis mcm family mentua die. Idop mcm biawak tau nk sng jer.. Kte kje siang mlm utk die plak.. Byk cntikkkkk
Kan… sedih bace..
Pmpn baik mcm ni x layak dpt suami dayus mcm tu. Suami ape biar isteri tggong family die? Siap akk die anak beranak pun isteri die tggong? Jns xtau malu ni susah. Mmg elok la tinggal.. Buat semak pale hotak jer
Ya Allah .. Masih ada insan sekuat awak… Sebak sy membacanya kalau sy di tempat awak… Sy xtaw lah apa akan jd… Moga Awak mendapat jodoh yg lebih baik dan bahagia hingga ke jannah…
Respect gila kt mrs A ni. Moga d permudahkn segala urusan d dunia & d akhirat.
Semoga Cik dipertemukan jodoh yang lebih baik
Amirul Asyraff ni sambungan semalam
Laki dia dayus. Tk backup dia. Tk pertahankan dia. Dah lah gaji sikit. Tk sedar diri
Sbb tu prmpn kena ad career sndiri, xblh bergntg dgn suami 100%. Kita tak mtk benda2 buruk terjadi, tapi sekurang2nya, kita ada persediaan.
Semoga terus kuat ye kak. Biarlah takde siapa yg sokong akk tapi ALLAH ada. ALLAH tahu apa yg akk rasa. Smoga keluarga bekas suami akk juga insaf & sedar dgn kesilapan dorang.
– kalau akk rasa keselamatan akk terancam, ( manela tau kan), klau kak ipar/ suami dia kcau akk lg, ugut akk, screenshot tu jgn dibuang ye kak. Blh jd bukti, akk jgk blh mintak order dr court, court blh bg perintah spya dorg x dekat dgn akk. Stay strong, qowiy kerana ALLAH .
Alhamdulillah… Kalau tindakan itu lebih baik, teruskan hidup dgn lebih bermakna… In Shaa Allah…
Bila rasa tak malu dan suka bermewah jadi lifestyle sanggup jadi parasit. Maaf terlebih emosi
Mohd Safiedin sambungan dari kes shared smlm tu
Betul tindakan sis ni. Kita penat2 cari duit diorg sedap jek nak cekau. Pastu tak hormat n tak kennag budi plk tu. Mmg betul skrg perempuan kena pandai berdikari ken atau mencari duit sdri tak bole bergantung hy pd suami. Mmg tak dinafikan ada suami yg tak reti nak bersuara pada adik beradiknye jika adik beradiknye ada buat tak betul. At least suami tak mneyalahkan sis. Tapi ada suami yg lebih membela adik beradik drpd isteri tnp usul periksa. Ye betul jgn kita menarik suami menjadianak yg derhaka. Takpe sis suami bole cari lain. In sya allah mana tau dpt yg lebih baik. Mgkin ada hikmah atas semua ni. Bertabahlah. Pasti ada sinar diakan dtg.
Tu la..masa ada xnk hargai…x bersyukur..skrg pdn muka..rasakan..ko byr la segala bnde….
Sis, mksure tgok balik kot2 ada apa2 lg yg trtgal yg boleh dituntut….
Nabilah Huda
Eeh boleh pulak ugut2 ? Aku pulak nak suruh orang cari kakak ipar tu nak tanyaa sikit depan2 Tak tau malu ke makcik ???
Kannn. Gengster ngat tu siap nk suruh laki dia cari & tumbuk sis ni. Mcm-2 perangai mnusia nii
Ada transportation ke nak cari tu ? Hahaha kereta pun sesuka hati cilokk orang punya .
Ain Fathihah Fhm Nurul Hafiza Siti Aishah
Psiko btul kakak ipar dia..muka xmalu plak tu. Iskkk..rasa nk tlg ?? pn ada ?
Tau xpa. Geram betul. Rasa nk maki2 je huu..
Sedih sgt baca kisah dia ni Nur Syafiqah
smlm dh baca harini pun sempat layan dlm training. emosi betul. rasa nak kenal jeee family dia ni huh nk tgk sikit muka tak malu cemana
kan. sy pun baca yg dari smlm tu. sedih gila kot tp mmg tak salahkan dia nak minta cerai tu. susah nak hidup ada family mertua camtu T.T kakak ipar dia tu keji betul la haih. tp 1 family pun mmg gila la. -__-
1 family mengemis kahkah skrg padan muka rasakanlah nak hidup mewah2 lagi cemana
kan kan masalahnya still tak tau malu tu. sekali dgn adik2 dia pun. halahh. tp baca komen2 kat sini, setuju jgk la org ckp suami dia dayus. sbb biar je wife dia provide semua benda utk family dia. sdgkan bkn tanggungjawab dia pun. dah la terpaksa belikan benda2 yg bkn keperluan *sis emo* :<
Nurul Shuhada NsMz ni sambungan kisah marin.
Salam puan, rasanya tak payah tunggu lama, terus saja buat laporan polis atas ugutan kakak ipar melalui mesej. Bukan apa, kalau terjadi sesuatu yang tak kita ingini macam mana?
Tabahkan hati…sis wanita yg kuat,klu bpisah jalan terbaik,sis teruskn…smpai bila nk menderita,balik lah ke pangkuan family sis,dorg yg trbaik untk support sis….klu ugutan tu sbaiknya sis buat report,sbb klu dorg buat2 lebih2,sng pihak polis nk ambl tindakn yg swjrnya…
Salah pandangan akak ni….antara tangungjawab suami terhadap kepada isteri mesti sediakan tempat yang selesa, dan di antara sebabnya jika ibu mertua tak suka dengan isterinya….itu bukan namanya derhaka.memang tangungjawabnya macam itu….
You made a wise decision for you and your husband. May you have a happy and blessed life. InsyaAllah.
As salam. Puan, saya mungkin jauh lebih muda dari puan. Apa yang mampu saya lakukan, saya akan doakan untuk kehidupan puan. Puan, ingatlah bahawa Allah takkan uji seseorang hambanya melainkan kesanggupannya dan kekuatannya untuk menanggung ujian. Ujian ni akan bawa puan menjadi seorang yang lebih beriman, insha Allah. Allah sentiasa ada. Mohon puan kuatkan diri ya
Edy Aidi
Emaknya yang tak tahu hormat akak, maka dia melanggar perintah Allah untuk menghormati orang lain….sekaligus ia tidak membawa maksud derhaka apabila suami akak bawa akak tinggal di tempat yang jauh
Padam perkataan “bekas” dalam kamus awak dan anggap mereka x pernah wujud dlm kehidupan awak.. ia akan lebih buat awak bahagia..
Moga awak diberkati Allah dunia akhirat..
Ameen..
Life goes on! Be happy sis