Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.
Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.
Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.
Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.
Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.
Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.
Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.
– Mrs. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Saudari, biarkan apa yang mereka kata saudari mengukit, berkira , bodoh dan apa apa. Tanya mereka adakah mereka akan buat srbaliknyan. Tak tanggung tak tahu. Kita boleh bertanggung jawab atas suami n mak mertua n keluarga kita buka sa mpai ipar duai. Itu sudah lb.h sampai ambik jesempatan nk bli
Im so happy sebab puan tak mahu rujuk semula pada suami. Masa post pertama tu awal2 saya dah komen kerana menyedari bahawa suami puan sebenarnya dayus (maaf, kalau tersinggung). Apabila puan berkata puan sudah byk kali pujuk suami untuk tinggal asing kerana mereka menggunakan puan, malangnya suami puan tak nak meninggalkan rumah tersebut, saya menyedari bahawa suami puan seperti mementingkan diri. Suami puan seperti tidak mengendah penderitaan puan. Ya, betul, syurga suami terletak bawah tapak kaki ibunya namun begitu bukanlah berdosa dan tak ada masalah pun kalau tinggal rumah berasingan (asalkan jangan lebihkan isteri dan mengabaikan ibu). Suami tidak akan menjadi derhaka selagi apa yg suami buat itu bukan larangan Allah SWT. Apa yg kita lihat sekarang ni, yg menanggung dan menjaga ibu bekas suami puan ialah puan, dan bukannya suami puan. Sepatutnya, sekiranya suami puan mahu puan tinggal di rumah tersebut, suami puan lah yg perlu berkorban untuk keluarganya, bukannya puan. Maaf, puan seperti ketua keluarga pula di rumah tersebut kerana menanggung hampir kesemuanya sedangkan itu bukanlah tanggungjawab puan. Saya faham bahawa bekas suami puan tidak mampu untuk menanggung kerana gajinya tidak seberapa namun begitu, itu adalah tanggungjawab besar suami untuk bersikap tegas dan menasihati keluarganya supaya jangan melepaskan beban dkt puan. Puan bayangkan, keluarga mentua suka mengambil kesempatan atas puan, menyuruh puan membayar segala jenis bil, menanggung anak beranak dalam rumah tersebut dan membeli barang2 mahal, malangnya apabila mengadu dekat suami, suami masih keberatan utk tinggal berasingan. Ok fine la kalau suami nak tinggal tapi kalau nak stay, suami la yg kena tanggung tu semua kan? Ini masalahnya, suami nak stay tapi suami masih bergantung dekat puan untuk menanggung keluarga suami sendiri. Suami sendiri tak mampu untuk berkorban demi keluarganya. Itu bukannya tanggungjawab puan, itu tanggungjawab suami. Suami kenalah mencari jalan bernas untuk memberi ketenteraman demi keluarganya sendiri. Suami yg baik sepatutnya meringankan beban dan memahami penderitaan puan. Bukannya menambah beban dan derita! Daripada menanggung keluarga mentua, lebih baik kita berhabis duit untuk mak ayah dan keluarga kita sendiri yg membesarkan kita sejak kecil. Keluarga mentua bukan membesarkan puan. Especially dgn cara mereka layan awak, they dont deserve a penny from you. If only they treated you nicely, it’s okay to help them. But sekarang ni bukannya tolong dah, ni macam keluarga mentua tu dah anggap awak macam atm machine dan sesedap hati diorg je nak dera awak mentally and physically! Mereka tak menghargai puan langsung. Kakak ipar pula dah mengugut puan, the best you could do is to file a police report. Puan bagus sebab dah tukar nombor semua. That is a wise decision. Secondly, puan kalau berjalan jgn berseorangan. Always berteman. Dekat rumah pun make sure ada kawan/family yg temankan puan. Jangan berseorangan. Anyways, all the best sis! Semoga dijodohkan dengan lelaki yg baik + family yg baik juga. Semoga Allah melindungi manusia yg teraniaya. :)
Better if dia pindah kerja takut abg ipar/ kakak ipar dia trace dia. Cos they’re psycho maniac. I bet they can do anything
Farhana Mahmood boleh gak, if company dia ada byk cawangan and allowed to do so then its good.
Iskandar D’zulkornain Basiruddin
Mohd Elmie Fitri sambungan…siapa yg nk hubungan mak dn anak terputus..hebatnya dia sanggup angkay kaki atas sebab suami dan ibunya
Drpd cerita Mrs.A ni, aku rasa ramai yg kena ambil pengajaran. Bukan komen melulu ikut nafsu.
Ape yg Mrs.A luahkan ni nmpak yg dia sangat tabah, dan keputusan yg dibuat sbnrnya sgt tepat. Kalu ikut lafaz taklik (ikut negeri masing²), rasanya kes ni awal² dh jatuh jadi talak Khuluk. Cumanya Mrs.A masih bertahan (sangat bagus). Tiga tahun tu lama kot..
*Aku pon bukan tau sgt pasal ni sbb aku pon xkawen lagi. Cuma baca dn dengr drpd lafaz² taklik yg abg + abg² ipar aku baca je.. Huhu
Ciq Nurul
Asslmmualaikum adik…hanya Allah yg bisa membantu kita x kira waktu senang mahupun susah Dia ttp ada.Doa adalh senjata yg terbaik .Dekatkn diri padaNya d setiap waktu..InsyaAllah adik akan lbih tenang meghadapi dugaan n ujian ini.Biarlh apa yg mrk buat pd adik n doakn mrk akan insaf n menyedari akan kesilapn mrk ..Tukar no hp jln trbaik..bye2 kat mereka yg melukakn n menyakitkn hatimu…Semuga adik temui kebahagiaan yg lain bersama Mr .Right..
Teringin btl nk jmpa mak n adk bradik ipar akak tu.. Nk tgk sikit muka depa mcmna.. Tebal berapa inci yg tak reti malu tu.. Huhu
Geram juga la dgn family suami awak, patut dr awal lg tida perlu duduk kat rumah family…huhu… tapiiiiiiii knapa bayangan kak hasanah mngganggu aku.. hmmmmm
Sokong 200%..berdikari lg bagus
..
Sambung Nur Ashikin
Wahh bru baca pg td sinetron ke apa neh hehe
kesian la weii
Kann kesian sgt kt dia baik la dia move on
Nur Azrin Jafri
Yang dok komen suh rujuk semula tu, tak patut cerai laa bagai.. U r not in her shoes, enuff said. Cuba hadam betul2 penulisan sis ni. Dia dah ckup punya sabar bleh tahan smpai 3 tahun ngan keluarga ex dia. Kalo org lain ni aku x tau le, jgn ckp 3 thn maybe 3 bulan dah cabut kot.. Yang dok ngata sis ni aku nak tau gak laa, korg sanggup ke sara bewak idop ngan anak2 bewak tu skali ngan hasil titik pelu ko selama 3 tahun? Letak diri ko dlam kasut wanita or isteri ye bkn laki or suami. 1st of all bkn tanggungjawab seorg isteri tanggung 1 family suami bahkan itu adalah tanggungjawab laki tu sendiri bukan bini dia. Dah tu dari a to z perbelanjaan dtg dari ko, keluarga ex tak kluar 1 sen pon. Sanggup?? Sembang kencang laa korg.. Kalo aku mmg x sanggup laa, kalo tlg sesikit tu bleh laa. Ngan adik beradik kite sendri pon kdg2 berkira ni plak org lain.. Cheitt.
Neway buat mrs. A, we r supporting ur decision. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Apa2 pon bertabah ye sis. There will be rainbows after thunderstorms :)
Btol 2 elly..
???
Btol tu…. Ape ke patot suro rujuk balik… Kalau dia rujuk balik, mmg lagi worst la dia kena, sbb dari penceritaan, kakak ipar n mak mertua dia ni ada unsur2 dendam.
200% agree ly . kalau sabar saja x ckup . kena sabar yang ikhlas lagi redha . sabar yang dlm keterpaksaan akan lama lama mendatangkan keburukan . Bertabah sis . in you case , to me you are making the right decision.
Yup. Kite doakan yg terbaik je laa buat sis ni n ex husband dia jgk.. X lupe jgk doa kan bewak tu sefamily moga2 berubah laa perangai menjadi org yg bergune ?
Mohon sis tabah..im proud with u decision..
sy mengikuti cerita sis…sis seorg yg sabar dan tabah..smoga sis trus kuat untuk hadapi dugaan dan ujian ini… juga doakn smga bekas klurga mertua sis berubah…inshaallah..
Nadhirah Abu Bakar
Ain Amira episod dua haha
Adoi lemah betul nak baca pjg2 ni ?
Sikit jeni eee melampau haha
Haha da baca, hidup mcm tak tenang dah pompuan ni kena kaco gitu
Aku nk bawak kau g kedai mas
Allah beratnya dugaan akak ni. Sabar ye kak, ada hikmah disebalik semua ni. Sy doakan akak akan dpt someone yg jauh lebih baik dr bekas suami. Inshaa Allah..
Akak tahniah selalu tahajud! Dktkan diri dengan Allah. Maaf cakap tapi akak kena hati2 lebih. bimbang kalau sampai suatu tahap akak kena sihir ke ,guna2 ke. Orang buta duit x mustahil bt semua Ni.
Akma Rina
Tahniah akak! Don’t worry tak yah pandang belakang dah. Mulakan hidup baru dgn hati gembira. sya doakn ex kak ipar akak tu berhenti ganggu dan tak apa2kan akak lagi. Aminn.
sis…. kalau sye kat tempat awak pn sye xrse sye kuat…3tahun adlah tempoh yg lame… sye bg tempoh 3 bulan je kot… da mengamuk…. xpe la, yg ckp awK nak mengungkit tu mungkin sifat dorg lebih kurang je ngan kakak ipar awak tu…. abaikan je…. utk penceraian tu, yg sye bleh ckp ” bercerai utk xnk pisahkan anak dan emak”… tu terhebat…. btol pape pn suami ttp kena taat pada ibu dia…walau ibu dia jahat mcmne skali pn….. tpi kat sini bkn sye mgalakkn penceraian…cme sye tabik awak sggup korban kan perasaan syg..berbanding tgk suami nnt masuk.neraka…
Pack your bags,baggage luggage or whatever , go and travel! See the world! -that’s it
yg x bestnya knp nk tgu smpi 3thn menderita..tabahlh,ni smua ujian ALLAH..tp klu aku,mmg kne KATANA family ipar dia,especially kak ipar dia yg siap bg ugutn lg
Abaikan semua komen negatif…xperlu nak ambik port pun.sy kagum dgn kesabaran awk..bina hidup baru..Allah ada..minta pada Dia apa yg terbaik 4 yor future..
Tahniah….awak tekad membuat keputusan….utk cari bahagia dan melepaskan penderitaan..
memang takyaa rujuk balik .. tah tah laki sis tu pun memang gunakan sis jee sebab tu selama 3 tahun dia biar jee .. dayus .. sis mulakan hidup baru .. insyaAllah ada hikmah ..
Alias Firdaus sambungan arituu .. jahat gilaa keluargaa mertua diaa ..
Siti Aisyah
Amyza Azman
Bulan ramdhan ni…jom kita doa smoga keluarga bekas suami sis ni dapat hidayah… Smoga Allah singkap semua hijab kejahatan yg mereka da lakukan terhadap manusia sekeliling mereka..semoga mereka diberi kesempatan utk bertaubat…buat sis yg menulis..anda sangat kuat…saya sgt bangga dengan kekuatan dan ketabahan sis melaluinya selama 3 tahun… Ada hikmah yg Allah nak bg… Tindakan anda ialah tindakan yg saya tunggu dari awal baca smpai ke akhir cerita ni.. saya doakan Allah murahkan rezki sis..berjumpa dengan lelaki yg boleh melindungi sis.. selagi kluarga masih perangai sama xguna rujuk.. sedih berseorgan tp ingat Allah ada… Have ur own ‘me’ time..pergi enjoy jalan2.. skrg masa utk sis sorg ja..abaikan yg lain…
Assalammualaikum Mrs A,
Setuju 100% apa yg saudari buat. JGN bersedih atau kesal sbb sis mntk cerai. Sbb dalam agama, memang Allah bg jalan keluarnya dgn penceraian. Takde istilah yg org kata mnta cerai bergegar Arash Allah, tu Hadith PALSU je sis.
Yg paling penting, niat sis tu baik. Allah tahu. Pindah lah jauh2. Kalau boleh tukar tmpt kerja, tukar. Jgn lihat walaupun Bumbung rumah dia. Hapus dan lupuskan segala2 nya, lupakan semuanya dari kenangan.
Saya doakan moga sis dapat suami dan ipar duai yg baik2.aamiin.
DAN JGN ULANG lagi kesilapan sis membantu 100% org lain. Biarlah mereka bertanggungjawab dan jgn jdkan mereka org dayus.
sambungan hari tu Nadiah HaronEja NadhirahNazmin ZulailiAishah KhamarruzamanSheila MohamadSyahirah IzhanSyafiqah Abdul RaniHanim Redzuan
baca last word dia tu. Aku setuju. Itu yg mak ayah selalu ckp.
“Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.”
May Allah ease everything sis .. U’re strong inside and always remember Allah Maha Adil. Dia dh tetapkan segala jalan cerita hidup kita. Pecaya pada qada & qadar, selalu sujud mengadu pada Dia, Dia sgt2 tahu dan paham apa yg ada di hati sis. Mungkin dgn ujian nie kita peroleh syurga.. In sha Allah.. Sbb apa sis, harga sebuah syurga tu mahal sis.. Kita perlu lalui perit sebelum dpt berehat dan bersenang lenang di sana nanti.. In sha Allah.. Kami doakan yg terbaik utk sis ☺️ abaikan kata2 negatif .. Anggap sebagai penguat utk diri sis nanti.
Yg dok komen bukan2 tu mungkin setaraf ipar duai sis A tu… kroni abaikan je. Hehehe… kita beri komen yg memeberangsang dan membantu bukan melingkup dan memeningkan kepala org lagi… doa byak2… sbb kat dunia ni semua cash blaka… huhu…
Nurul Husna Hassan ni sambungan kedua
Sedih baca
ya Allah ??? they love each other tapi hm ?
kalau reason sebab khuatir suami derhaka terhadap ibu adalah tidak releven dan tidak kuat sebagai hujah untuk tuntut cerai..tapi kalau gagal sebagai pemimpin dalam keluarga sememangnya releven dan blh dibuat hujah..tapi mohon perhatikan secara lebih halus berdasarkan pengalaman masing2..mungkin sahaja si suami telah cuba sedaya upaya menunjukkan kebaikkan isteri kepada keluarga dalam tempoh 3 tahun namun gagal atau blh saja berlaku dilemma pada lelaki dalam membuat keputusan..kalau saya sendiri dalam dilemma yang ini mak dan sokong pulak adik or abg kemudian yang ipar pulak hati nk kene jaga, tu belum ujian jarum lagi..fuhh..berdenyut otak jiwa dan raga dalam hati lelaki isteri ku baik, jadi aku sayang, ibu yang lahirkan aku bergini pula menyokong pada pihak yang salah blh shj si ibu itu juga dicucuk smpi x nmpk kebaikkan menentu sebab rasa bagi tmpt tinggal tu dh cukup hebat untuk ringankan beban anak2 konon ..tmbh pula si lelaki tiada asas ilmu tntg anak derhaka plus tak yakin dgn ilmu yang ada..apa yang harus dia dilakukan?..dan pada masa yang sama lafaz cerai juga dilafazkan tanpa berfikir dengan matang..
bila diteliti mengikut pada kiraan masa sebenarnya 3 tahun adalah tempoh yang pendek bagi seorang lelaki untuk menjadi matang dalam perkhawinan..kesemua fakta ini diambil keterangan dari mereka yang dh berkhawin dan mungkin pernah melalui incident yang sama berdasarkan penceritaan dan agakkan saya dan ada yang lebih buruk..
memohon cerai adalah satu tindakan yang diambil oleh mana2 pasangan muda sebagai jalan mudah untuk selesaikan masalah..
jadi sebenarnya tak perlu untuk jadi tabah dulu sebaliknya tabah sama-sama..
setiap rumah tangga ada ujian masing2..sebab tu klau yang x ad agama silap blh hilang nyawa..fikirlah..orang semua nk khawin muda saudari yang dah selamat dari banyak cabang fitnah senang2 keluar kembali ke lembah fitnah..bahaya..sangat bahaya..jangan menyesal..
Marisa Azhar ni sambungan
Memang patut la, klu sy cabut lari jgk. Mana tahan
Nah sambung Nur Fathiah Amran Zulika Aqilah
==”
Sedih weh.. Kenapa seohyun buat muka cmtu ==”
sengal fathiah.. akak dia buat aq xtau nak kta apa. mmpu buat muka ja. lol
Oh i see melati… Ok faham ? amik last advice tu seohyun : bljr rajin2, cari duit sendiri… So kalo jd apa2 ko bleh survive! Yeahh ?
tu pesan mak aq tu
Masitah Hashim, Faie Zawani Sambungan
Sis btul2 seorg yg tbh. No one can be like u … smoga bertmu seorg yg lbih baik bleh memhami mlindungi sis dunia akhirt …. amin …. salam ramadhan
Kak, akak bukannya gagal bersabar. Akak dah berjaya pertahankan hak akak dan maruah akak. Alhamdulillah akak tak terus menerus membiarkan diri akak dipijak. Saya doakan yang terbaik untuk akak. Tak ramai yang mampu jadi setabah akak.
Najiha Insyirah Ahmad
Yg lps biarkn lps. Crita sis da buka mata semua org. Moge khidupan sis brtambah baik. Jika ad jodoh pasti tuhan aturkan krana dia yg maha menentukn. Chaiyok2 buka buku baru.
Dewi NorJannah yang ni aku nk tau smlm.. terjawab pun..
Hahah . Tuan empunya kes yg lebih mengetahui perihal kesnya . ?
Yeah.. she do the right thing.. demi jaga hubungan suami dan keluarga
Semoga Allah memberikan yang terbaik kepadamu. Orang yg tidak mengalami tidak mungkin dapat memahami. Semoga Puan kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Semoga ada cahaya bahagia untuk Puan di masa hadapan. InshaaAllah
bagus adik…buat kputusan yg bijak….truskan hdup ini wlaupn apa trjadi….slagi allah bg kta kudrat….akak doakan kamu sntiasa kuat….
Siti Sarah Ahmad Sst
NoRa AkMar neh smbgn dia weh
Tq dear
Smoga Mrs. A makin kuat semangat utk hr2 yg akan dtg