Multi-Tasking

Assalamualaikum semua. Sekadar nak meluah rasa hati. Kalau dapat membebel memang lega sikit rasa. Nama aku Anor berumur 20 an. 2 tahun yang lalu aku buat keputusan cari kerja dekat bandar sebab konon2 nak berdikari. Jadi sekarang tinggal la aku dekat bandar besar ni seorang diri tak ada kawan apatah lagi keluarga. Nasib aku baik dalam seminggu datang terus dah dapat kerja.

Alhamdulillah dapat kerja yang aku kira bagus, bos yang baik, staf yang bagus, kira memang idaman la dapat tempat best mcm ni. Semua bejalan lancar okay je walau pon sorang2. Sampai la setahun lepas bila company tetiba drop to the bottom dengan dahsyatnya. Gaji dah start lambat, epf sangkut, hutang supplier, stok terhenti. Staff sorang2 dah mula angkat kaki sebab diorang rasa company dah tak boleh menjamin masa depan diorang.

Disini lah titik mula aku dibebani dengan kerja bertambah bukan sikit tapi double triple kerja. Mula2 staff sama level aku berhenti dan sah2 la aku kena cover kerja dia. Okay ini tak pa sebab memang skop kerja kitaorang sama. Bulan seterusnya staff bahagian lain berhenti.

Disebabkan stok banyak yang terhenti jadi customer pon dah berkurangan. Oleh sebab itu boss dengan baik hatinya minta aku cover kerja staff tersebut dengan alasan aku tak busy dah tak da customer sangat. Aku okay lagi sebab betul la kerja tak ada sangat nak layan customer dan lagi kerja ni boss bahagi dua orang buat.

Next bila manager marketing berhenti. Segala urusan tulis menulis, karang mengarang, kempen mengempen, promosi, pamplet katalog dan sebagainya dilonggokkan atas bahu aku pulak. Ini dah lari skop kerja aku. Bahu aku dah senget sebelah. Setan dah bisik suruh aku mengamuk jangan buat semua kerja ni.Tapi aku tetap buat sebab aku kenang boss yang baik tu. Terasa menyesal pulak. Benda dah jadi so aku carry on je.

Sebulan lepas, staff admin nak cuti bersalin. Skop kerja aku dengan admin ni ada hubung kait sikit la. Yup. AKU KENA AMBIL ALIH SEMENTARA TUGAS2 BELIAU. Sadis hidup aku. Aku kena balas email. Aku kena cek online order. Aku jawab pertanyaan customer. Aku tulis memo. Aku kena deal dengan cawangan2. Wow serba bolehnya aku. Menangis dalam hati. Rela dalam terpaksa.

Dan pertengahan Disember ni, sorang staff bahagian import export nak pergi umrah. Boss dah cakap awal dah, nanti sebelum cuti you (staff tersebut) ajar anor macam mana buat kerja. Woaaa. Memang lari bidang habis. Dari kerani biasa cum marketing cum admin dan sekarang cum import export pulak. All in one. Menangis tepi bucu meja.

Mesti korang hairan kenapa bos semua nak tolak bagi aku. Entah la nak. Aku pon tak tahu. Kadang2 aku fikir bos ambil kesempatan sebab aku ikut je cakap dia dan lagi aku sejenis susah cakap TIDAK. Buat apa dia ambil staf lain kalau aku boleh buat semua. Kerja 4 orang dengan kadar gaji satu orang. Betapa untungnya dia. Betapa ruginya aku. Mari lah berhuhu.

Kadang2 aku cuba fikir positif. Bos percaya kan aku mungkin sebab bagi kerja penting untuk aku urus. Okay apa aku boleh belajar benda baru, pengalaman baru, masuk bidang baru. (Pujuk hati je). Kenapa aku tak berhenti je kerja. Sebab sekarang susah nak dapat kerja. Lagipon kerja sekarang aku dapat hostel. Dah jimat banyak dekat sini. Sewa dan pengangkutan dah jimat.

Entah sampai bila aku nak kerja dalam suasana macam ni. Dengan company tak stabil, kewangan tak stabil dengan emosi aku sekali tak stabil. Aku ada komitmen. Ptptn, belanja untuk mak lagi. Kalau berhenti mungkin kah aku dapat kerja sepantas dulu. Ya ya aku tau rezeki ada di mana2, rezeki tak pernah salah alamat, kalau dah rezeki, rezeki Allah dah tetapkan, macam2 lah kata2 pujangga yang selalu orang2 dendangkan tu.

Aku cuma belum ada kekuatan nak melangkah. Harap2 akan tiba lah hari kaki aku dah cukup gagah untuk buat pecutan 100m ke arah masa depan yang lebih baik. Terima kasih kalau ada yang baik hati baca sampai habis aku doakan korang murah rezeki selalu.

– Anor

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *