Pedofilia : Kisah Mangsa Pedofilia ( Part 2 )

Assalammualaikum admin, terima kasih approve luahan saya ini.

Ini kisah sambungannya.

Aku menjadi musykil dan pelik. Sehinggalah ketika aku berusia 16 tahun. Barulah aku tahu kenapa abang aku tidak mendatangi aku lagi. Rupanya di mendapat mangsa baru. Anak saudaraku sendiri!

Saat anak saudara aku meluahkan kepada aku. Berjurai airmata aku dan remuk hati aku dan aku benar2 tak sangka dia juga di'rosakkan' seperti aku. Malahan lebih teruk lagi. Kali ini abang aku yang seorang lagi memperlakukannya sedemikian rupa! Tergamak mereka!

Dia diperlakukan berkali2. Allahu! Rasa dunia ini begitu gelap dan kejam. Mereka yang sepatutnya melindungi kami. Telah merosakkan masa depan kami!

Aku terlalu memikirkan diri aku sehingga aku terlepas pandang yang anak saudaraku ini juga akhirnya menjadi mangsa. Aku tak berdaya melindunginya dari kebinatangan itu!

Akhirnya kami bermensyuarat dan memutuskan untuk bersemuka dan memberi amaran keras tentang perbuatan mereka yang kejam itu. Sekiranya mereka tak berubah, kami akan membuat laporan polis dan memberitahu seluruh ahli keluarga tentang kerja terkutuk mereka itu dengan kadar segera tak kiralah apa yang bakal jadi pun saat itu.

Mereka terus meminta maaf dan merayu supaya semua kejadian itu dirahsiakan. Aku kata aku akan sentiasa perhatikan tindak tanduk mereka. Sekiranya terjadi lagi sekali, pada aku atau anak saudara aku atau pada siapa pun. Aku tidak teragak2 untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Dan.. setelah bertahun2 kini, mereka tak menggangu kami lagi. Namun, segala yang berlaku masih meninggalkan kesan trauma kepada aku. Aku juga pernah hampir mahu 'bunuh diri' dan makan 'pil penenang', dan dirujuk kepada pakar psikiatri kerana tertekan. Aku juga pernah menjadi 'tak waras' selama berbulan lamanya. Tetapi aku tak pernah menceritakan apa yang buat aku tertekan sebenarnya kepada sesiapa sehingga akunjadi sebegitu.

Setelah aku berginjak dewasa sedikit, kesan dari peristiwa ini juga menyebabkan aku seringkali putus dalam percintaan dan juga tunang kerana memikirkan tentang 'maruah' kerana setelah aku selidiki, mereka begitu mahukan orang yang tidak ada 'kisah silam'. Mereka tidak mahu orang seperti 'aku'.

Padahal bukanlah aku mahu jadi sebegini. Semuanya kerana aku terlalu naif dan terlalu percaya. Akhirnya aku sendiri dihancurkan.

Meskipun jauh di sudut hati aku mahu dan ingin bernikah, mempunyai keluarga dan anak2 namun bila aku fikirkan tentang diri aku semula. Aku tahu lelaki yang mana akan terima aku yang 'rosak' ini. Aku sudah rasakan aku hanya merosakkan zuriat aku. Aku tidak mahu mereka terkena 'kaffarah' masa silam aku. Sadis.

Akhirnya aku memilih untuk bersendiri selamanya. Aku percaya memang ramai lelaki yang baik di luar sana tetapi mereka bukan untuk aku.

Kepada ex aku semuanya, aku doakan kalian berjumpa jodoh yang sepadan dengan kalian. Semoga kalian bahagia dan aku sentiasa mendoakan kebaikan kalian bersama pasangan dunia dan akhirat. Aamiin.

Buat semua pembaca luahan ini, Pada lelaki LINDUNGI lah perempuan. JANGAN ROSAKKAN mereka. Jagalah masyarakat kita. Jagalah komuniti kita sebagai ISLAM. Tolong jaga mereka demi masa depan generasi seterusnya.

Pada perempuan, jagalah maruah diri sebaik2nya. Kita sudah tidak selamat biarpun di dalam rumah kita sendiri. Semoga Allah melindungi kita semua.

Pada semua mangsa pedofilia seperti aku, teruskan kehidupan. Kuatkan semangat. Jangan bunuh diri. Jangan buat perkara yang merosakkan diri sendiri ke arah yang tidak sepatutnya. Hidup ini satu anugerah. Ramai yang sudah mati minta hidup lagi. Jadi bersyukurlah masih punya kehidupan. Kita punya 'kisah silam' tapi tak bermakna kita takde masa depan.

Semoga cerita aku menjadi iktibar buat kita semua. Jagalah keluarga masing2. Kita semua mampu mengubahnya. Aamiin.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Takde istilah kaffarah pun untuk orang seperti kamu. Kamu juga berhak bahagia seperti orang lain. Moga Allah s.w.t memudahkan urusan jodoh kamu agar kamu bahagia kelak. Aammiinn..

  2. pegang ayat awk tu sendiri kita ada masa silam tp tak bermakna takde masa depan. ada jodoh kawen je. kita move on yg lepas biar letak belakang jgn ditoleh lg. kifarah bukan kat awak.. kat generasi perosak tu. bina bahagia awk sendiri. berat mata memandang berat lg bahu memikul. simpan rahsia ni tak perlu nak bgtau sesapa.. cukup Allah tahu. semoga awk ketemu bahagia dan dikurangi dr diuji yg berat2 lg .. semoga idup awk dipermudahkan.

  3. Kes2 mcm ni report shj kepada pihak berkuasa…takut nk bgtau mak ayah awal2 tu..bg tau cikgu2..pihak sekolah bhgn kaunseling akn bntu seterusnya…jgn diam!!krn diam..akn ada mangsa2 baru lg…

  4. apa2 pown jgn down..go on..tak kira jahat atau rosak macam mana pown kita..boleh dibersihkan..org boleh terima…allah boleh terima…jgn kita menjatuhkan diri kita..setiap manusia pernah melakukan kesilapan..saya pown pernah..allah maha pengampun..selagi allah izinkan kita hidup..hidup lah kitaseprti biasa..jgn sia2kan kehidupan..banyakkan amalan…

  5. apa2 pown jgn down..go on..tak kira jahat atau rosak macam mana pown kita..boleh dibersihkan..org boleh terima…allah boleh terima…jgn kita menjatuhkan diri kita..setiap manusia pernah melakukan kesilapan..saya pown pernah..allah maha pengampun..selagi allah izinkan kita hidup..hidup lah kitaseprti biasa..jgn sia2kan kehidupan..banyakkan amalan…

  6. apa2 pown jgn down..go on..tak kira jahat atau rosak macam mana pown kita..boleh dibersihkan..org boleh terima…allah boleh terima…jgn kita menjatuhkan diri kita..setiap manusia pernah melakukan kesilapan..saya pown pernah..allah maha pengampun..selagi allah izinkan kita hidup..hidup lah kitaseprti biasa..jgn sia2kan kehidupan..banyakkan amalan…

  7. “Aku tidak mahu mereka terkena ‘kaffarah’ masa silam aku”. Seriously? – , – You did no wrong. Go lodge a police report, he deserves his ‘kaffarah’. Not you la. Try to be brave, speak up. If you don’t, this problem won’t stop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *