Pendidikan Ibu Bapa

Assalamualaikum

Malaysia negara yg subur, setiap keluarga ada 4-5 ahli itu biasa je kita tengok. Setiap minit ada kelahiran baru dan pasangan berkahwin. Apa yg saya nak tarik perhatian di sini adalah education kepada ibu bapa.

Ilmu keibubapaan di Malaysia ni kena cari sendiri. Itu bagi yg ada kesedaran lah. Kalau yg takde kesedaran, teran je, next time teran lagi. Masa nak berkahwin, kita ada kursus kahwin kan. Berapa persen cerita pasal tanggungjawab keibu bapaan? Lepas kahwin bunting pelamin , masa tu terkial2 nak minta advice , baca buku.

Anak umur 0-5 tahun, hanya guidance sikit sebanyak yg dapat masa check up anak di klinik atau hospital. Itu pun cuma bab kesihatan anak. Bagaimana tentang adab di tempat awam, keselamatan? Silih tahun berganti, macam2 kes kita dengar tentang anak yg kemalangan & kematian akibat ibu bapa yg kurang kesedaran. Itu pun masih tidak diambil perhatian sewajarnya..

Bila anak umur 6 tahun (tadika), 7-12 tahun (sekolah rendah), 13-17 tahun (sekolah menengah)… pihak sekolah ambil tugas, buat ceramah kesedaran ibu bapa, tapi percayalah ibu bapa di Malaysia ni paling sibuk di dunia. Boleh lihat berapa persen kehadiran? Boleh juga lihat berapa persen yg sibuk melayan anak2 lain dan tak fokus pada isi ceramah? Masa ni anak2 dah besar..tapi ibu bapa kurang kesedaran

Tengok hari ni.. bila pegi kat perpustakaan, rata2 ibu bapa just hantar anak , padahal taktau anak buat apa.. panjat sana sini, menjerit. Siapa nak bimbing anak untuk belajar membaca, simpan balik buku lepas guna, kalau bukan ibu bapa? Harta awam habis rosak..sampah bersepah, barang2 sendiri bersepah.

Bila pergi ke swimming pool, ibu bapa tak ajar anak pakai swimming attire yg betul ..mandi dulu sblm terjun kolam, jangan melompat dalam air, kencing berak suka2 hati. Ibu bapa buat tak tahu. Siapa nak bimbing anak2 kalau bukan ibu bapa?

Bila pergi ke taman permainan, budak2 calarkan.. hentak sana sini. Sampah buang merata2. Mana pergi ibu bapa untuk membimbing? Kadang2 ibu bapa yg buang sampah, pampers. Kalau ditegur, alaa tak payah kecoh2. Tapi sedarlah..ibu bapa yg tak dididik ni akhirnya menyusahkan masyarakat sendiri.

Belum lagi kita tengok kisah pelajar dibuli atau memukul guru, ibu bapa boleh biarkan anak bersikap kurang ajar dengan orang lain? Mengejek dan memperlekeh orang lain tu biasa.. dari sekecil umur 7 tahun dah pandai memaki.

Kenapa tidak diwajibkan ibu yg mengandung bersama pasangan, kena hadir siri ceramah parenting? Tiap kali mengandung tiap kali tu lah bagi kesedaran yg kita manusia ni bukan sekadar buat anak..macam mana nak wujudkan bandar yg moden dan selesa kalau manusia yg menghuninya tak ada manner? Buat bangunan berjuta2 habis duit, tapi bila dapat kat manusia yg tak ada civilised manner , kena spend lagi berjuta ringgit.. merugikan. Manusia kena dididik. Orang tua juga kena dididik.

Pelajaran kita setakat sekolah. Lepas tu terpulang kat individu masing2. Lepas umur 17 tahun…dah tak ada siapa menegur, mengajar. Pandai2 sendiri lah. So macam mana parent/new parent nak dapat ilmu dan kesedaran? Kes demi kes dah banyak menggemparkan negara. Sampai bila kita baru nak buka mata dan ambil langkah secara kolektif?

Bukan usaha individu, tapi usaha bersama. Supaya masyarakat dan negara kita ini membangun fizikalnya seiring dgn pembangunan rohaniah dan insaniah. Maaf jika rasa confession saya ini kasar dan menyentap.. we need positive parent, yg nampak future and reason, why we have to educate parents. Sebab kita sayangkan negara dan generasi kita.

– Raihan, mother of 3

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *