Praktikal di Bank

Salam, hai..

Baru2 ni aku ada baca confession pasal budak praktikal kat bank tu. Aku terpanggil jgk nak confess sesuatu yang berkaitan setelah baca komen2 org pasal ‘jenayah’ yang confessor buat dalam bank tersebut iaitu tiru tandatangan head officer setelah dipujuk rayu, atau mungkin jugak separuh paksa oleh insan yang tak guna.

Ada yg cakap, budak tu bodoh la..takder akal la..

Even colleague aku pun bising masa baca confession tu. Aku dengar dia cakap budak ni lemau, siapa suruh buat jugak bila dah sah2 benda tu salah..? Bila aku dengar dia menggumam sengsorang, aku pun tumpang baca apa yg dia baca dan akhirnya aku paham kenapa.

Percaya atau tidak, aku langsung tak terkejut dgn apa budak tu buat. Bagi org lain yg normal, akan cakap ‘takder akal ke
.? Otak letak mana..? Takleh pikir ke mana baik mana buruk..?’

Tapi kita kena pikir, setiap orang berbeza. Tak semua orang berpikiran sama, berpengalaman sama. Aku paham la otak budak tu sampai mana, sebab aku pun penah lalui fasa ‘lurus’, atau org kata lurus bendul.

Aku praktikal kt bank jgk 3 tahun lepas. Diskriminasi, bias, ada je dlm bank tu.. Memang ada je yg baik, murah hati bila mintak ajar, layan kita mcm adik2 tapi boleh kira dgn jari.

Yg lain…sama ada seperti ‘A’, atau hanya baik bila mintak tolong kita je. Habis je kerja dia kita buat.. tak layan dah.

Ok kita skip terus ke hal yg berkaitan jenayah budak tu buat, tiru tandatangan. Aku dulu penah jugak terbuat silap.. Mgkin tak la seteruk budak ni smpai kena warning letter ke pihak kolej, tapi agak teruk lah sampai kena lecture dalam bilik bos sejam lebih dan kena pulau sesetengah teller lebih kurg seminggu.

Dulu masa mula masuk aku lgsg takder pengalaman kerja. Integriti ke etika ke semua aku tak tahu..

Hari ke-3 aku praktikal situ, ada pegawai sorang ni, Encik Najmi, officer taw, bukan kerani.. Dia officer bahagian marketing, ajak aku makan sama masa time lunch. Aku pun apalagi ikut la.. kita baru lg kan tengah takder kawan.. haha. Dia belanja lunch. Mmg baik gila. Dah sudah tu dia ajak aku teman dia marketing kt luar, mintak aku tolong promote kt event pasal loan kereta local.

Aku ckp la aku tak tahu, tak reti, takut nanti salah bg info kt org. Dia ckp tak apa, dia akan train aku. Aku ada tanya jgk tak apa ke aku ikut dia keluar ni? Dia ckp boleh je takder masalah. Budak praktikal lama pun ada join dia masuk event jgk dulu. Aku pun, sbb pikir dia tu pegawai, bukan kerani biasa, dan nampak baik, aku pun iiiikuuut…

Dari lepas zohor sampai pukul 4 aku kat luar dgn dia, kenal2kan loan kereta ni kt org yg lalu lalang dlm event. Mostly aku diri sebelah Encik Najmi je tengok cara dia promote macamana. Ada la sikit2 aku promote jgk tapi part explain panjang2 aku tak berani.

Sampai hampir pukul 5 baru pegawai tu hantar aku balik bank nk ambik beg utk balik. Masa aku masuk tu, muka tak bersalah la sbb tak tahu kita buat salah, siap aku tegur2 lagi teller yg belum balik. Diorg semua pandang aku semacam, ada yang jeling ada yang ternganga sambil cekak pinggang macam something wrong je kat aku ni.

‘Habis la kau dik,minggu pertama je dah buat hal. Esok kau hadap la bos puas2’

Salah sorang sound aku dengan tak tengok aku langsung. Dari situ aku dah agak, mungkin sebab aku pergi keluar ikut Encik Najmi!

Esok memang aku kena kaw2 dgn bos. Pagi2 je bos dah bersuara dlm briefing depan semua orang, habis briefing kena masuk bilik dia, lecture la pasal etika semua ni. Kena marah yang aku ni sedap2 je ponteng, bila aku cakap aku sebenarnya ikut Encik Najmi buat marketing, dia tak percaya. Tambah2 lagi Encik Najmi tak masuk office pagi tu, memang selagi tu nampak aku menipu.

Bila petang tu Encik Najmi ada baru la bos percaya apa yg keluar dari mulut Encik Najmi sendiri. Dah tu aku kena marah lagi aku yang lain kali apa2 kena lapor kat superior dulu kalau nak buat sesuatu, report bos atau asst bos, tak kira nak ikut pergi event ke apa. Sejam lebih lagi aku kat dalam bilik bos tu.

Keluar2 memang kena brainwashed habis. Seminggu aku kena pulau dengan orang2 bank. Sejak daripada tu semua benda aku report. Aku nak pergi lunch kat mana pun aku cakap kat semua orang siap offer nak belikan skali.. Haha.

Lagi, pasal loan rumah.. ada kerani mintak aku call kan nak confirm apabenda entah. Aku call la, bini customer yang angkat, aku pun cakap pokpekpokpek pasal loan tu.. bini customer pulak tak tahu menahu pasal loan rumah, sampai dia datang bank la tanya aku details loan suami dia.

Aku pun, masa tu pulak orang lain tengah rehat, nak call teller, officer semua aku pulak tak ada nombor diorg.. Kat kad diorg semua nombor pejabat. Aku pun bagi la customer apa yg ada. Siap bukak fail depan dia apa semua. Habis je dia pun balik dengan wajah berang.

Bila akak teller balik dari makan, aku cerita balik apa aku buat.. terus kena cubit aku kat situ dengan dia. ‘Kita apa2 hal tak boleh bagitahu orang ketiga pasal loan, takut2 loan tu dibuat cara rahsia.’

Kena marah lagi aku. Sampai naik meeting, pegawai yang incharge department aku duduk tu kena lecture dengan asst bos yang dia kena ajar aku betul2. Aku ni lurus bendul, mentah, jangan biar aku handle sorang. Lebih kurang macam tu lah.

Dan masa sebulan pertama memang aku main ikut je apa kerani2 dan pegawai2 suruh buat.. termasuk la tirukan tandatangan customer yang tertinggal mukasurat agreement. Aku pulak pernah nampak akak teller tirukan sign orang, siap utk kad kredit lagi dia pergi sign kan, aku pun buat la..

Jadi aku rasa, budak confessor tu pun pikir macam tu jugak.. ‘because everybody here is doing it so I do it too’…

Lagipun kita praktikal je masa tu. Siapa lagi kita nak ikut kalau bukan senior2 bank? Tambah pulak ‘A’ tu pegawai kan..? Siap cakap tiru2 tandatangan ni normal, so budak2 pun percaya la. Kalau aku jadi dia masa tu pun tak mustahil aku akan buat jugak sepertimana aku buat untuk agreement yang customer tertinggal tu…

Cuma silap budak tu, dah takdir dia, tandatangan yg dia tiru tu tandatangan officer besar yang dia langsung tak tahu menahu pada mulanya.. memang jahanam lah masa depan nak kerja situ.. jenayah hebat.

Tapi last2 rezeki murah jugak kan dia kat tempat lain.. Tu mungkin balasan dia yg jujur dan murni hatinya..

Jangan terkejut la, pengalaman2 sebegini la yang mematangkan kita.. bodoh boleh belajar, mentah boleh matang.. macam aku dulu lurus bendul jgk, dan sekarang kebodohan2 yg lalu tu la membentuk diri aku yang sekarang.

Sekarang semua orang cakap ‘bagus la kau ni…’ ‘bijak la kau ni tangani masalah’… dan sebagainya. Kebanyakan apa yg diorg puji tu la apa yg aku bodoh dulu2.

Tapi sekarang, tengok..aku kerja berpangkat dalam audit firm, kawan2 aku kebanyakannya semua kalangan koperat2 VVIP, orang2 yang cerewet.. kalau aku masih mentah memang tak akan dapat aku kenal dengan orang2 hebat.

Jadi untuk semua, aku nak pesan orang bodoh tak selamanya bodoh.. to me, confessor ni pandai cuma mentah dalam bidang pekerjaan.. mungkin jenis yg tak penah keluar rumah ke kan.. just like me, I learnt everything the hardest way bila aku start kenal dunia luar..

Dan yang hardest tu lah sampai sekarang jadi pengajaran yang paling berkesan.

To confessor, keep going ok. Kekalkan hati yang cekal dan bermaruah, sentiasa belajar dari pengalaman dan perbaiki. Jangan la kau ulang pulak kan. InsyaAllah, kau akan jadi orang berguna dan berwibawa. Dan semua insan2 lain yg bakal hadap praktikal, rilek2 je.. prepare je apa yg patut, grooming penampilan skit2, banyakkan search atau baca blog orang pasal pengalaman praktikal, pantang larang etika semua ni supaya lebih bersedia..

Lain2, serah kat Allah supaya dipermudah ketika on the job training.. salah silap ketika praktikal tu biasa la.. semua org pernah laluinya… chaiyok & happy eid ~

– Hakak Vogue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit