REPLY: Makan Hati

Hi, Nama aku Nadyra. Ofkoss la bukan nama betul. Aku nak respon luahan perasaan Puan Khaleeda, (https://iiumc.com/makan-hati-3/).

Kisah kita hampir sama, kalau Puan masih teruskan dengan bersabar, saya sebaliknya. Saya memilih untuk berpisah.

Berkahwin hampir 5 tahun sudah cukup masak dengan perangai suami sendiri. 2 tahun pertama perkahwinan, dia terumbang ambing dengan pekerjaan.

Pekerjaan sebelum kahwin berhenti atas alasan family dia tak bagi kami berjauhan.

Tanpa sebarang perbincangan, tiba2 dia muncul depan rumah family aku dan hanya berkata, dah berhenti keja. nak cari kerja dekat sini.

Tahun ketiga, kerja dah ok sikit. Ada kwsp socso dan sebagainya, tapi bermacam macam masalah muncul. Satu persatu.

Sebelom dapat gaji, menjanjikan bulan bintang. Oh abang akan bayar tu ni. ganti balik duit yang digunakan sebelum ni.

Tapi selepas dah gaji. Aku masih menanggung sewa rumah, api air, makan hatta duit untuk balik kampung dia. Gaji dia? Kereta. Aquarium.

Hampa mesti fikir kan? Takkan tak bagi langsung. Bagi aih, RM200/RM300. Ikot duit dia lebih berapa. Lepastu hujung bulan mintak balik .

Tahun keempat, Aku still peluang dekat dia sampai lah aku dapat tau aku mengandung. Aku selalu suruh dia simpan duit. Fikir masa depan anak yang bakal lahir ni.

Mulut dok ya ya. Baik. Akan simpan. Sampai aku beranak. Aku yang keluarkan semua. Dari baju baby sampai bayar bil hospital.

Nasib baik baju baby, aku beli sikit-sikit masa perut aku 7 bulan. Dan aku dah jangka benda ni akan berlaku.

Tahun kelima, anak aku pun dah setahun sekarang ni. Aku pun dah failkan penceraian. Even dia takmau sekali pun, aku tetap nak.

Family dia? Anak mintak duit, bagi saja, RM300/RM400. Aku pernah bagitau mak dia pasal ni. Tapi sama ja. Takdak beza langsung.

Ingatkan ada anak, nak berubah la. Still sama macam dulu. Mungkin dia ingat dia bujang lagi. Dia cuma cakap masa aku bagitau aku dah ke pejabat agama tu, sebab gaji dia kecik ke?

Aku ada lebihan untuk diri aku lepas tolak pampers susu anak, sewa rumah bil api air, kereta hanya ada RM350 untuk sebulan. Itu belum beli makanan lagi. Padahal gaji dia RM1500 dan dia masih kata rendahnya gaji dia..

Aku dah bersabar hampir 5 tahun. Dan aku takkan bersabar dan menunggu untuk dia berubah (mungkin). Kadang-kadang kita kena beranikan diri untuk kebahagiaan diri kita.

Mungkin orang akan fikir, dah bertahan 5 tahun, kenapa tak bertahan sikit lagi, mana tau pelangi muncul selepas hujan. Doakan aku dengan anak aku ya.

Yang terluka,

– Nadyra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *