Reunion Warga Emas

Terima kasih admin sudi menyiarkan perkongsian makcik disini.

Lets start, sebagai warga emas zaman it kami juga terjebak dengan wabak watsup grup dan disusuli dengan reunion. Sudah pasti join banyak grup dari grup sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama, grup universiti, grup opismate hingga grup komuniti kampong. Banyaknya join grup sebagai platfom berjumpa semula kawan2 yg terpisah lebih 40thn dan juga sbg menghargai usaha kawan yg mengesan dan mengumpul ahli.
Maka bermulalah episod berbual, bertanya berita, update aktiviti semasa serta mengepos tip serta tazkirah. Dalam sehari lebih 5k gambar yg perlu dibersihkan dari stor henpon almaklum bagi salam pun dihiasi dengan pelbagai gambar termasuk membuang tazkirah yg berulang2 serta delete gambar aktiviti kawan2 yg tidak berkaitan. Aduhai…dh jadi satu kerja lah, nak tegur takut sensitip.
Mulanya teruja juga berjumpa kawan lama, namun bila berbual banyak perkara dh obslete terutama dalam grup sekolah rendah. Dari pemerhatian makcik, perbualan jadi rancak jika berjumpa kembali dengan friends circle masa tu. The truth is kawan yg aktif berwatsup dan berReunion adalah mereka yg berjaya, grup budak elite sekolah dan yg mmg talkative. Jika sebaliknya, mereka ini tidak join grup mahu pun reunion (mungkin segan).
Oleh kerana makcik ni belong to kategori “nengut” masa sekolah rendah, maka tak terjumpa kawan yg spesyen dlm grup tsbt. Kebanyakan ahli grup adalah mereka yg berjaya samada sebagai pekerja kumpulan sokongan n teknikal, pekebun, usahawan, ketua komuniti dan AJK politik kampong manakala kawan wanita yg ada parasrupa disunting oleh org berada. Kebanyakan rakan sekolah rendah tidak masuk menengah (kdr keciciran yg tinggi thn 70an). Jadilah makcik ahli yg pasif krn tiada friends circle sekadar lihat perbualan dan bersihkan semak stor henpon. Namun tak sampai hati nak keluar grup.

Grup sekolah menengah agak rancak namun kawan2 yg kurang berjaya tidak kelihatan dalam grup mahu pun reunion. Malah jika dapat dikesan, mereka menolak. Sikap kawan grup sekolah menengah dan sekolah berasrama lebih konfiden berbekalkan pencapaian dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Namun makcik tetap rasa terkebelakang sebab friend circle tidak ramai malah yg sorang berdua ni pun jenis pemerhati saja. Bila berReunion, again mereka yg berjaya, ada gaya, konfiden, bekas pelajar elite bersama friends circle dorang saja berani hadir.

Manakala grup universiti mate dimana kami graduan thn 70an, sangat ramai yg dh jadi somebody. Dengan title dato, tan sri, profesor, JUSA segala bagai kerjaya profesional termasuk separa jutawan ofkos makcik kategori paling corut (sekadar ketua jabatan). Semasa Reunion tersangatlah segannya apa lagi kawan universiti tidak seakrab kawan sekolah. Akhir kalam makcik keluar grup, rasa mme tidak sekufu tidak setaraf. Korang peringkat anak2 belum rasa, but this is the truth about perjumpaan kembali selepas friendship yg obslete.
Tidak dinafikan banyak sisi baiknya seperti memeriahkan majlis kahwin anak2 kawan, menunaikan kebajikan terhadap kawan yg sakit, meninggal serta mendapat faedah dari kawan yg ada pengaruh dalam masyarakat mahu pun jabatan.
So confension ini hanya sebahagian pengalaman individu berjumpa berpisah meletakkan diri dan menghargai persahabatan.

Makcik pemalu

– Makcik pemalu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit