Cabaran Jadi Ibubapa

Assalamualaikum

Apa yg aku nak confess ini agak panjang…pointnya di hujung cerita.

Betullah orang kata, pelajaran boleh membantu menaiktaraf hidup sesebuah keluarga.. dan ini aku dapat lihat daripada keluarga sebelah ayah aku.

Arwah atuk aku dulu seorang petani… dia pernah melalui zaman susah penjajah. Arwah atuk aku bekas tukang masak penjajah…masa tu, orang2 kampung dikerah untuk membuat landasan keretapi. Nak makan susah… jadinya, arwah atuk jenis yang beringat sblm kena atau susah. Dia selalu pesan… antaranya, simpan stok makanan..supaya waktu darurat, kita tak melarat.

Arwah atuk seorang yg serba boleh.. dia buat padi, pelihara ayam itik, kambing lembu…ada macam2 kebun..buah2 dan sayur. Semua diusaha sendiri. Arwah atuk juga masuk hutan dan buat ubat.. dia juga ke sungai menjala ikan. Boleh kata di rumah arwah atuk…serba serbi peralatan ada di situ.

Arwah atuk tak pandai membaca… pernah waktu kecil dulu aku bertanya, dia sendiri mengaku sambil tersengih dia tak pandai membaca.. dulu kalau balik cuti di kampung mesti dalam seminggu dua. Next cuti sekolah…aku tanya lagi, arwah atuk dah boleh baca surat khabar ke…dia pun minta surat khabar untuk dibaca. wahh kagum aku. Dah boleh baca… masa tu surat khabar jawi. aku tolong cek bacaannya…arwah atuk ni memang cepat belajar.

Arwah atuk lah yg biaya arwah ayah aku belajar sampai universiti.. termasuk makcik aku. Zaman dulu dapat masuk universiti itu perkara yg dikongsi satu kampung…orang kampung datang bagi duit..mereka cuba menolong mana yg mampu. Bagi mereka satu saham menolong orang mencari ilmu. Walaupun arwah atuk tak berpelajaran…tapi dia tau mana betul dan mana salah. Mana dunia mana akhirat. Dia tahu kepentingan belajar agama…lalu arwah ayah aku belajar agama sampai ke universiti..

Ok..sekarang masuk part arwah ayah aku. Dia juga pernah melalui zaman susah… dia berjalan hampir 10 km utk ke sekolah. Baginya ilmu itu penting. Akhirnya arwah ayah aku berjaya menjadi seorang guru kemudiannya pensyarah. Arwah ayah aku juga bantu makcik aku ke universiti dan juga sepupu2 nya. Arwah ayah menjadi contoh kepada keluarga sebelah ayah. Korang boleh agak macam mana arwah ayah aku didik kami adik beradik. Memang agak tegas dan berdisiplin…

Masuk part aku pulak… walaupun arwah ayah kira dah senang, tapi kami tak dimanjakan. kami adik beradik diajar supaya merasa susah dan berdikari. guna barang sampai rosak…baru boleh beli baru. Atau kalau nak sesuatu, simpan duit sendiri. Makan kena habis apa yg mak masak..Pernah juga aku berjalan sampai 5 km ke sekolah…tapi tu pun waktu arwah ayah tak sempat ambil, mak aku pula tak pandai bawa kereta.tak selalu jalan kaki macam arwah ayah

Walaupun arwah ayah tegas…tapi aku tau ia tak sesusah zaman arwah ayah dan arwah atuk. Aku juga pelik…aku ni jenis tak mengidam nak makan kfc ke pizza hut ke walaupon ada iklan di tv.masa tu, itu makanan orang kaya2. Rupanya arwah ayah bekalkan kami dgn cukup kasih sayang…kami makan dan pakai cukup. Makanan yg mak aku masak lebih diminati kami adik beradik.. sihat dan sedap. arwah ayah juga penuhi keinginan kami adik beradik..bawa keluar makan sebulan sekali. Dan juga bawa berkelah sebulan sekali atau masa cuti sekolah..itu sudah cukup. Kami berhibur tanpa mengeluarkan belanja lebih..

Rupanya apa yg arwah ayah ajar ini, hanyalah asas ilmu kehidupan. Ilmu survival. Redha, menerima ketentuan, mengurus nafsu, adjusting yourself to current situation. Daripada merungut kesusahan atau terlebih berjoli. Iya betul terjadi selepas arwah ayah meninggal,masa tu kami anak2 msh bersekolah, ibu sendirian membesarkan kami adik beradik. Kerana berkat asuhan ayah, kami adik beradik tidak melarat dan berpecah belah walaupun hidup susah tanpa sumber pendapatan dan tempat pergantungan…

Ok now masuk part aku yg dah berkahwin dan ada anak ni… walaupun aku dan suami kedua2 lepasan universiti..drpd segi gaji boleh kata tak susah dan tak senang. Tapi aku dah pesan kat suami…kita kena ajar anak berdikari. Hidup kita takkan selalu senang. Nasib anak di masa hadapan kita tak tau macam mana..

Aku lihat di sekeliling aku, ramai juga lepasan universiti. Tapi bila dah bekerja, kecundang dgn nafsu, hutang keliling pinggang, anak2 terlampau dependent dgn orang tua, jadi malas belajar dan bekerja. lulusan universiti tapi tidak mahir, nak baiki kepala paip tak pandai, nak baiki mentol pun tak pandai. Nak masak pun mengharap orang tua. Ini mungkin kerana terlampau dimanjai sehingga tidak pandai mengurus diri. Walaupun lulusan universiti..

Pokok pangkalnya…bagaimana mengendalikan diri sendiri… asuhan kepada sikap. Rajin berusaha, jujur dan amanah, sabar dan redha, positive thinking, reward sebenar bila kita dah mati, all those kena blend supaya yg terbit drpd diri kita adalah nilai2 yg baik.

Setiap ibu bapa nakkan yg terbaik utk anak… duit, material, kelengkapan diri semata2 takkan mampu penuhi kelompongan jiwa anak2.. harta akan hilang dan mereput, tapi yg kekal di ingatan macam mana kasihnya ayah mendukung waktu kaki kita sakit, bagaimana ayah menyuap kita minum air, bagaimana ibu mengenakan baju yg dijahit utk kita dan tersenyum, bagaimana ibu mengurut perut kita waktu kita sakit. Yg plg penting…bagaimana ingatan itu semua kita mendoakan mereka di alam sana..

Duit ada, masa tiada.
Masa ada, duit tiada.

Duit ada, kesihatan tiada.
Kesihatan ada, duit tiada.

Kita takkan mampu nak comply semua…itu semua rezeki yg telah ditakdirkan. utk bahagia kita tidak perlukan syarat…

utk yg bergelar ibu dan yg bergelar bapa,
bertabahlah walaupun dlm kemiskinan, bertabahlah walaupun dlm kesedihan,
bertabahlah walaupun dlm kesusahan.
You can do it

– Kak Mel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit