Sekolah Yang Memeningkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Ni kali pertama aku hantar confession setelah menjadi pembaca setia dia Page ni. Apa yang aku nak sampai di harap akan ada yang ambil iktibar.

Aku salah seorang kakitangan di sekolah menengah, di negeri Selangor, sekolah ni bersempadan dengan NS. Ada beberapa perkara yang aku cuba sampaikan, harap korang tak pening dengan ayat yang tak teratur.

Pentadbir,

Ok kalau nak tau apa itu pentadbir, dikira dari Pengetua dan penolong – penolong kanan. Nak dijadikan cerita pengetua baru masuk (sekolah ni setiap 2 atau 3 tahun pengetua akan bertukar).

Dan pelbagai arahan baru di beri, pendek kata dia nak kan pembaharuan 100% dilaksanakan dalam sekelip mata. Mana nak buat, sedangkan arahan pengetua yang terdahulu pun banyak kekangan, kalau nak jalankan projek kena lah ada dana. Sebab kita ni sekolah bukan tempat bisnes.

Pengetua baru pun bukan tau cari dana, nak juga harapkan orang-orang bawah cari dana. Pengetua ni pulak jenis berdendam, tak kira la cikgu ke, kerani ke, murid ke, siapa buat slack dengan dia, memang sampai tersungkur orang tu dia jatuhkan. Kalau murid mana yang ada jawatan, semua di lucutkan, kalau murid tu ada dalam kelas dia, sampai sudah dia takkan pandang.

Kalau guru mana yang dia dendam di pindahkan. Tak kira la guru tersebut pernah berbakti dan menjadi aset paling berharga dalam sekolah, yang penting, dia takkan berjumpa lagi dengan guru tersebut. Yang menjadikan keadaan bertambah panas, bila mana semua pentadbir sekepala.

Pengetua juga jenis yang suka memotong kata orang, bayangkan dalam mesyuarat , bila orang bercakap dia akan memotong cakap, sehinggakan objektif tak tercapai, masa pula semakin panjang.

Ibu bapa pun mana yang berurusan dengannya juga memberi maklum balas yang sama sekiranya berurusan dengan Pengetua. Sekaligus mereka meluahkan kerisauan dengan pentadbiran sekolah akan memberi kesan dalam objektif pembelajaran anak-anak mereka.

Penolong kanan 1,

Arahan sering berubah-ubah dan sering mempengaruhi pengetua dalam membuat keputusan. Kiranya dia ni macam mastermind, mana yang dok lawan dari segi pandangan, memang akan jadi mangsa.

Penolong kanan 2,

Dia ni pun mastermind juga, husband dia pun selalu amik tender kat sekolah ni, asal ada projek dapat la ke husband dia.

Guru-guru yang rajin dok kipas pentadbir, siap dapat Anugerah Pekerja Cemerlang, walhal knowledge ke laut, ajar murid pun banyak tak kena silibus. Banyak skip silibus. Yang jadi mangsa tentulah murid. Guru-guru ni la yang disimpan, yang di jaga molek-molek.

Guru-guru biasa, yang tak melawan dan tak mengupas ni la yang jadi mangsa, diberi macam-macam tugasan yang mendahului tugasan mengajar mereka. Yang berdekasi tapi disebabkan sikap pentadbir macam ni, menyebabkan suasana tidak balance.

Kantin sekolah,

Harga mahal, tak setimpal dengan apa yang dihidangkan. Murid Sekolah ni bukannya kaya-kaya, kebanyakannya anak orang sederhana dan susah. Bila kita komplen dia kata kan harga barang mahal, walhal harga makanan di sekolah lain lebih berpatutan. Sekolah di bandar pula tu, harga makan murah, banyak dan sedap.

Saya pun pernah bertugas di beberapa buah sekolah, tak pernah jumpa pentadbir seteruk ini, paling pun kita akan berdebat, berbincang, dan semasa perbincangan tersebut adakala berselisih pendapat, tapi akhirnya kita akan kembali kepada objektif dan Target yang kita mahu, mendidik pelajar dengan lebih berkesan di samping menjalan tugas sampingan dengan lancar.

Perbezaan pendapat di ketepikan tanpa ada rasa dendam pada diri masing-masing.

Aku harap aku akan sentiasa tabah dengan suasana ni sentiasa.

– Elizabeth (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *