Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum akhirnya aku menaip juga disini. Selalunya aku baca saja.

Cerita aku ini sedikit panjang, aku simpan sebagai pengajaran hidup dan kenangan yang indah walaupun hanya sementara.

Aku berumur 30 tahun, bekerja di sebuah bank, jawatan rahsia. Aku sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi belum dikurniakan anak.

Selepas aku berkahwin, aku tinggal bersama keluarga mertuaku di Kajang sementara rumah yang kami beli untuk siap. Aku berulang pergi kerja di Kuala Lumpur dengan menaiki MRT. Pergi kerja, hari masih lagi gelap, balik kerja pun hari sudah gelap.

Hidupku sibuk, suamiku juga sibuk. Hari-hariku hanya pergi kerja, balik kerja dan tidur, sambung sehingga hari Jumaat. Kami suami isteri jarang berbual kerana masing-masing sudah penat. Itulah hikmah kami belum ada anak. Terlalu sibuk.

Alhamdulilah suamiku jenis yang memahami aku, dia tidak pernah melenting atau mengarah aku untuk masak makan malam atau buat kerja rumah. Kami selalu makan dulu di luar sebelum sampai ke rumah. Kemas rumah pada Sabtu Ahad.

Ada suatu ketika, kami diuji dengan stress sehingga mental health terganggu. Sebagai isteri, aku tak boleh melihat suamiku stress, muram, dingin sebab beri kesan pada emosi aku juga. Setiap apa yang dia inginkan untuk buat dia gembira, aku sentiasa support.

Dia kata nak release stress dengan main game, aku support dia beli PS5, Nintendo Switch, setup PC game, tambah lagi main game di handphone. Dia juga support aku. Cara aku release stress dengan makan makanan yang sedap dan shopping.

Dia selalu izinkan aku order Grabfood dan Foodpanda. Aku suka scroll Shopee dan Tik Tok Shop. Macam-macam aku beli. Pada kami, “ah penat aku kerja, lantaklah duit habis asalkan aku happy.”

Tapi tidak… Stress tetap stress. Itu cuma sementara. Kami cuba positif, hidup harus diteruskan, kena juga bertahan demi membayar semua komitmen loan rumah dan kereta. Sebenarnya ada banyak simtom2 masalah mental yang mula ada dalam diri aku.

Hari demi hari aku nampak perubahan dalam hubungan kami. Suamiku sibuk dengan game dan tiktok dan aku pula sudah mula marah-marah. Semua benda jadi tak kena.

Aku tak boleh duduk diam, fikiranku rasa terganggu, aku rasa semak tengok barang bersepah dan sebagainya. Aku jadi tak selesa dengan setiap perkara.

Aku duduk dengan keluarga mertua, aku ada rasa macam tiada privacy dan sentiasa bertudung menjaga aurat. Suamiku kembali muram, tak banyak bercakap, kami hanya dengan handphone kami masing-masing.

Pada waktu itu, aku perasan juga, kami semakin menjauh dengan Tuhan. Solat lambat-lambat, kadang tertinggal solat sebab tertidur, baca Quran jarang sekali, doa pun kelam kabut.

Hari demi hari, aku ada rasa kosong dalam diri. Kadang aku berjalan pergi kerja, balik kerja, aku rasa murung, selalu termenung dan tak bersemangat.

Aku rasa sedih, aku rasa alone, Aku mula tertanya-tanya hidupku sekarang. “Aku rasa aku dah penat dengan semua ni”.

Aku seorang yang sangat rajin dan bertanggungjawab, tapi pada saat itu, aku burnout dengan kerja aku, kehidupan aku. Silap aku pada waktu itu satu je, aku menjauh dengan Tuhan. Aku tak minta pada Dia. Aku tak berdoa.

Aku kerap salahkan suami aku sebab abaikan aku, biarkan aku rasa macamtu. Siapa tengok cerita Korea, hidup aku dah macam heroin cerita My Liberation Notes dan Summer Strike.

Hehe, tapi betullah. Aku tengok cerita tu sebab macam tulah hidup aku cuma aku dah kahwin, diorang single.

Waktu tu, aku ada rasa nak ada kawan untuk aku meluah. Kawan-kawan aku semua dah kahwin.. ada anak.. betullah, semakin kita dewasa, kita semakin alone.

One day, aku tak taulah mungkin Allah mahu uji aku, suddenly phone aku kerap keluar iklan apps cari kawan. Kawan katanya. Jadi aku pun download. Dekat sinilah silap aku.

Iklan, Tolonglah guys di luar sana, janganlah terjebak main dating apps, apps cari kawan, ramai orang tak betul dalam tu. Lagi-lagi yang dah kahwin, tolonglah. Jaga diri.

Singkatkan cerita, aku buat kawan dari apps tu. Kami ada group dalam apps tu. Aku tahu aku dah kahwin, aku tak chat personal dengan siapa-siapa. Aku selalu join group tu berborak tanya khabar. Ada campur lelaki dan perempuan.

Diorang tak pernah tahu aku siapa, tak pernah tengok muka aku, tak pernah dengar suara aku, aku cuma chat je. Aku tak kesah berkawan dengan siapa pun, aku hormat every background.

Tapi diorang semua berborak online tapi diorang kenal aku. Kadang diorang main gitar, nyanyi sama-sama. Aku dengar je. Kadang diorang bertukar pendapat.

Perasaan aku better, aku tak rasa sorang-sorang lagi. But lama kelamaan, member group tu semua dah keluar, hanya tinggal aku with a guy.

With this one guy, kami selalu borak pasal kehidupan. Dah kami dua je tinggal. Lagipun group tu dia lah adminnya. Sejak dari hari tu, dia cerita semua pasal diri dia dekat aku.

Dia muda tiga tahun dari aku. Asalnya aku anggap dia macam adik-adik je, cuma pemikiran dia, cara dia bercakap, kematangan dia buat aku lupa dia tu adik. Rasa dia lagi tua dari aku. Dia banyak nasihat aku pasal kehidupan. Kami bertukar-tukar cerita, saling nasihat.

He came from a broken family. Tapi sebagai seorang anak sulung, dia menjadi seorang lelaki yang sangat strong, bertanggungjawab, sangat komited, rajin, bersungguh-sungguh.

Aku hafal semua nama ahli keluarga dia, kisah hidup dia, ex dia, kisah silam dia, dia selalu share gambar-gambar kenangan hidup dia sambil bercerita dekat aku pasal hidup dia. Aku appreciate dia sebab dia percaya aku untuk cerita semua kisah dia.

Dan dia appreciate aku sebab aku sudi mendengar kisah dia. Dia kata dia datang apps tu sebab dia ada anxiety and depression. Samalah macam aku. Aku cuma nak hilangkan rasa alone dan murung.

Sejak dari situ, setiap hari kami chat, tanya khabar dan sebagainya. Soalan dia hari-hari, “are you okay?”, “dah makan belum?”, “makan apa? nanti makan ye”, “kerja okay tak?”. We care about each other.

Sebenarnya pada waktu tu, aku sudah mula ada perasaan dekat dia. Ntahlah. Rasa happy bila dia text. Silap aku dekat situ kerana terlalu rapat.

Pernah satu hari apps tu crash, dia cari aku di FB untuk text aku, dari situ dia nampak gambar aku.

One day, dia text aku bagitahu dia sebenarnya tersimpan perasaan dekat aku. Dia cuba untuk deny perasaan tu sebab aku dah kahwin, dia juga sebenarnya pernah ada rasa nak stop text aku. Dia tahu perasaan ni salah.

Aku juga meluahkan perkara yang sama, aku juga ada perasaan yang sama dekat dia. Setulusnya perasaan tu datang.

Dialah tempat aku meluah, tempat aku bercerita, dia ambil berat pasal diri aku, perasaan aku, we rely on each other, we both love each other, we feel happy but I know, this is massively wrong.

Apa yang ajaibnya tentang dia, aku merasa tenang, dia hormat aku, tak pernah minta untuk call aku, ajak jumpa, vc ke, tak pernah sekali pun. Dia cuma mahu hati aku dan kasih sayang.

Dan we feel connected to each other. Walaupun tanpa aku bagitahu dia apa yang aku rasa, dia tahu apa yang aku rasa.

Kalau aku kecik hati dengan dia tanpa aku bagitahu, dia automatically will explain. Kadang kami berfikir perkara yang sama, teringin makan makanan yang sama.

Setiap kali aku tiba-tiba teringatkan dia, dia mesti akan text. “Macam tahu tahu je” itu je yang selalu kami rasa bila bersama.

Bila aku bersama dengan dia, aku mula perbaiki solat aku, aku bercerita pada Allah tentang dia, aku selalu doakan dia, sebab aku takde tempat untuk aku bercerita pasal dia, semuanya aku cerita pada Allah. Allah knows everything.

Kami teruskan berhubungan dalam text tanpa suamiku tahu, sehingga 8 bulan.

Silapnya aku, meletakkan seluruh hati aku pada dia sehingga kebahagiaan aku terletak pada dia. Aku jadi sensitif dan overthinking tentang banyak perkara. Aku selalu fikirkan pasal dia. Aku insecure.

Dia juga pernah bagitahu aku untuk kahwin dengan aku jika ada takdir kami, macam-macam perkara kami plan bila hidup bersama nanti.

Dia kata dia sanggup tunggu aku kalau Allah memang takdirkan kami, sebab terlalu banyak connection antara aku dengan dia.

Tapi pada 3 bulan terakhir, dia sibuk menguruskan hal keluarga dan business. Pada waktu tu, aku kerap berkecil hati dengan dia sebab dia sudah kurang masa dengan aku.

Sama juga dengan suami aku, keduanya sudah mula sibuk dengan hal masing-masing dan aku tetap merasa keseorangan lagi.

Setiap kali aku kecewa menunggu, aku selalu pendam dalam hati. Setiap kali aku rasa sorang-sorang, aku jadi marah. Aku murung semula.

Lama-lama, hubungan ni sudah menjadi toxic. Dia juga mula marah-marah aku, setiap kali aku beritahu perasaan aku, kenapa dia biar aku menunggu, dia sudah tak validate lagi perasaan aku macam dulu,

Dia biarkan aku merasa bersalah dengan apa yang aku rasa, dia buat aku rasa aku tidak faham yang dia sibuk. Dia tak lagi berusaha lagi untuk jelaskan aku untuk tenangkan aku.

Dari situ, aku sudah mula rasa aku disisihkan, tidak dihargai lagi. Selama ini aku sentiasa bersama dengan dia. Aku hargai dia.

Aku banyak termenung makan hati. Aku sudah mula rasa hubungan ini takkan kekal lama, lagipun aku melakukan perkara yang salah, instinct aku kuat mengatakan hubungan ni akan berakhir.

Pada malam itu aku buat solat taubat, memohon ampun pada Allah. Aku tekad, aku nak akhiri hubungan ni walaupun aku sayang. Aku tinggalkan perkara ini demi kebaikan aku, dia dan tinggalkan larangan Allah, aku redha.

Aku text dia buat kali yang terakhir jawapannya tetap sama, dia buatkan aku rasa bersalah dengan apa yang aku rasa. Jadi tekad aku katakan, aku lepaskan dia.

Semoga dia berjaya dengan cita-citanya. Walaupun dia masih tidak mahu putuskan tapi aku tetap dengan keputusan aku. Aku terus buang nombornya tapi aku sebenarnya masih hafal.

Sudah lama aku tak contact dia. Sebenarnya hari ini hari lahirnya. Selamat Hari Lahir, semoga Allah melindunginya dan keluarga. Semoga sentiasa sihat, gembira di samping keluarga dan yang tersayang. Jangan tinggal solat.

Terima kasih sebab pernah hadir dalam diri memberi kegembiraan. Dia mengajar aku tentang sesuatu,

“Positivity will beat negativity”

“Love yourself”

“Do the right things”

“In everything we do, always be the good one”

Banyak sangatlah, sebenarnya cerita nya panjang tapi aku ringkaskan. Lepas aku putus, aku berdoa pada Tuhan untuk berikan aku kekuatan.

Day by day suami aku tiba-tiba berubah, mungkin suami aku mula sedar,

Dia selalu tak ada dengan aku, dia sudah nampak something wrong, dia sudah tak main game lagi, dia ajak aku keluar, jalan-jalan, bawa aku makan sedap, aku gembira…

Tak apalah, dalam hidup ini, yang paling penting buat apa yang Allah redha. Tinggalkan apa yang Allah larang. Tapi aku masih menghargai dan mendoakan orang yang pernah buat aku bahagia.

Semoga awak sentiasa berada di dalam lindungan Allah.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *