Tiada Rasa Nikmat Rehat

Nama aku Maya. Berusia awal 20 an. Harini aku mencari masa untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati.

Aku memang dikenali sebagai orang yang “busy”. Sejak dari zaman sekolah sehingga sekarang, aku memang penuhi waktu aku dengan pelbagai perkara.

Aku memegang pelbagai jawatan dan memasuki beberapa pertandingan semasa zaman persekolahan.

Aku tak tinggalkan pelajaran. Aku cuba seimbangkan. Situasi yang sama juga semasa zaman diploma.

Perjalanan aku dipenuhi dengan beberapa program dan jawatan yang aku sandang. Meeting sana sini sampai aku rasa memang tiada masa free sehinggalah aku degree.

Dalam masa yang sama aku berkecimpung dalam dunia bisnes dari zaman sekolah. Aku mula menjadi dropship dan agent.

Selepas 3 tahun, aku beranikan diri untuk buat bisnes aku sendiri. Jadi, memang “busy” aku berlipat kali ganda dari sebelum ni. Aku tiada masa “me” time lagi.

Waktu aku dipenuhi dengan class bisnes, class agama, uruskan itu, uruskan ini sampai aku tak rasa dah nikmat rehat tu macam mana.

Aku rasa bertahun dah aku tak layan movie. Memang tak ada masa nak tengok. Badan aku memang penat, tapi jiwa aku tetap kuat.

Hari hari aku give up tapi hari hari jugak aku teruskan. Aku pelik dengan diri aku. Dah tahu penat tapi still nak buat jugak.

Pernah sekali tu aku terjatuh. Kaki aku terpaksa simen. Aku bergerak menggunakan kerusi roda.

Struggle aku waktu tu, Allah saja tahu. Aku nak uruskan diri sendiri pun aku tak mampu. Hari hari aku menangis.

Aku memang give up teruk sebab aku kena settlekan assignment luar and uruskan bisnes dengan keadaan berkerusi roda.

Aku cakap saja nak give up tapi sampai sekarang masih jugak survive. Mana datang kekuatan tu pun aku taktahu.

Zaman diploma dulu aku pernah merasa bekerja office hour, uruskan bisnes aku, uruskan persatuan, program dan study. Balik kerja aku uruskan bisnes dan persatuan. Tengah malam aku study.

Time ni entah apa yang buat aku kuat pun aku tak tahu. Kadang aku pelik dengan diri aku. Semua benda aku nak cuba, sedang apa yang aku nak kejar pun aku taktahu.

Aku tak tahu kenapa aku perlu kerja keras sangat sebab memang family aku dah sediakan yang terbaik untuk kehidupan aku.

Aku cuma nak berdikari. Aku nak title wanita bekerjaya. Aku tak nak susahkan family aku after aku dah hidup sendiri. Aku masih nak cari kerja juga after habis degree ni even aku dah ada bisnes sekalipun.

Aku juga takde masa nak cari jodoh. Kawan aku suruh aku kahwin cepat supaya pasangan aku boleh ketuk kepala aku hari hari supaya jangan busy sangat.

Masalahnya aku calon pun tak ada, nak kahwin macam mana. Aku sejenis yang jaga batas. Aku memang takde kawan rapat lelaki.

Even couple pun aku tak pernah. Bukan tak laku tapi aku nak mencari yang betul betul ada niat ke alam perkahwinan saja.

Aku banyak berurusan dengan lelaki atas dasar kerja sahaja. Aku masih muda untuk berumah tangga. Aku takde simpanan banyak lagi and belum ada aset.

Ilmu alam perkahwinan, ilmu parenting pun tak banyak mana. Nak bina rumah tangga macam mana? Kita mesti nak yang terbaik untuk bakal anak anak kita.

Jadi kita harus jadi yang terbaik dan mencari pasangan yang terbaik. Lambat tak apa, asalkan “persediaan” tu ada.

Busy aku sampai kadang aku tak sempat nak makan, me time dan semua benda fun memang aku tak sempat nak buat. WhatsApp pun aku tak sempat nak reply. Perlu ambil masa beberapa hari.

Kawan kawan aku kadang marah aku sebab tak join diaorang masa zaman boleh belajar face to face dulu.

Age kitaorang ni ibarat nya tengah enjoy zaman study lepak sana sini tapi bukan aku. Every weekend confirm aku ada program dekat U.

Kalau tak ada program, ada meeting. Aku tak pernah lekat dekat bilik pun. Nak tidur baru lah jumpa jalan pulang kolej. Itupun kadang pukul 2,3 pagi baru balik kolej uruskan preparation program.

Sekarang ni waktu PKP pun aku paksa untuk busy. Aku tak boleh kosongkan jadual aku sebab bila kosong, aku pun rasa kosong. Aku rasa useless.

Otak aku masih ligat fikirkan bermacam macam perkara even pergerakan fizikal terbatas time PKP ni. Tapi sejak PKP ni mental aku dah tak kuat macam selalu.

Aku pretend kuat hari hari, tapi sebenarnya aku tak kuat mana pun. Sekurang kurangnya dulu boleh lagi jalan jalan tengok suasana luar, at least dapat tengok sekejap pantai pun okay dah untuk release tension,

Tapi sekarang hadap laptop 24 jam uruskan itu ini. Memang drop dah tahap kesihatan mental ni.

Aku start enjin kereta, lepastu aku matikan. Aku nak keluar tapi aku takde arah tujuan. Dengan virus yang senang merebak sekarang, aku takde pilihan melainkan hanya duduk diam diam.

Bukanlah tidak bersyukur dapat duduk rumah, cuma perlukan sedikit ruang ketenangan. Takpelah, kita doa sahajalah semoga semuanya berbalik kepada asal.

Aku tengok kawan kawan aku enjoy dengan life dia. Banyak masa layan movie and me time untuk diri sendiri. Kadang aku rasa nak patah balik masa tu. Tapi aku dah berjuang sejauh ni.

Tahap stress aku sekarang ni sampai aku nak berhenti bisnes nak berhenti belajar nak berhenti buat semuanya.

Tapi tulah, aku cakap saja macamtu, tapi aku tetap go on jugak sebab aku tak reti nak rehat tapi aku penat. Aku dah hilang rasa dengan kenikmatan rehat tu sebab bila aku rehat aku rasa kosong.

Normal ke aku?

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *