Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-haji-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/tips-haji-iii/).
Untuk part IV, (https://iiumc.com/tips-haji-iv/).
Untuk part V, (https://iiumc.com/tips-haji-v/).
Assalamualaikum. Selamat hari raya semua pembaca. Sepanjang syawal ni, nampak ramai betul cerita tentang ipar duai, mak ayah mentua bagai. So, Gohan macam biasa, nak cerita pasal haji. Hal2 lain, aku malas ambil port. Hehe. Harapnya ni dah episod akhir la penulisan aku. Dah macam siri apa dah tak berkesudahan. Macamlah ada ramai orang follow baca, haha. Lantaklah wei.
Ok, sebelum pergi jauh, aku nak remind untuk bakal2 haji, kita ni dah masuk bulan syawal. Bulan syawal ni part of bulan2 haji (bulan haji ada 3, syawal, zulkaedah, zulhijjah). So, bakal haji sebaiknya start jaga adab2/larangan2 yang tak patut dilakukan oleh mereka2 yang nak pergi haji. Aku rasa bab ni ramai ambil mudah. Tunggu kat mekah/madinah nanti la baru nak berubah bagai kan. Hahaha. Jangan macam tu. Better korang google dan list down kan siap2.
Sebagai contoh, larangan menikahkan/terbabit dalam hal2 pernikahan. Kalau korang jenis2 makcik bawang suka kenen orang sana sini, ha.. dah kena stop dah aktiviti tu. Sebab ni semua boleh termasuk dalam urusan2 perkahwinan. Kalau bujang jenis suka tengok lelaki sana sini, or usha minah sana sini, dah bolehlah stop jugalah. Takut benda2 ni terbawa2 sampai ke sana. Mungkin rasa macam ‘ala, sembang2 usik2 je, bukan apa pun’. Tapi percayalah, sampai sana nanti. Kalau dah jenis spesis makcik2-concern-lebih ni, memang pantang jumpa jemaah haji yang bujang, ada je yang nak di kenen bagai.
Macam aku, bila ada makcik2 promote anak dorang, anak jiran, anak sedara apa segala, cepat2 aku jawab ‘makcik, kita tengah menunaikan haji dan dalam bulan haji, kena jaga larangan2 haji ni’. Malas aku nak layan. Hahahahaha. So, kalau korang kebetulan ada rezeki pergi haji time2 bujang macam aku, masa bulan syawal ni sure pergi beraya rumah saudara mara n akan ada soalan2 cepu mas ni kan. So, korang boleh jawab guna skema jawapan aku yang di atas. Hehe.
Okay. Balik pada topik yang aku nak cerita kali ni, tentang tips2 semasa di arafah.
Gang muassasah macam aku akan bertolak sehari awal ke arafah. Jadi, Orang Tabung haji (TH) akan bagi taklimat tentang pergerakan n apa yang patut di bawa. Banyak kali orang TH akan remind untuk bawa 1 bag (bag tarik 5kg TH bagi) je + beg sling TH, masa taklimat tu nanti. Bukan main positif semua orang nak bawa bag tarik tu. Tapi, nanti hari kejadian, ha… percayalah, lebih dari separuh bawa beg tarik, paper bag, bag makanan lagi, dan macam2 barang extra macam tongkat, kerusi untuk solat dan lain2.
Aku serius suggest untuk yang muda2 dan sihat, tolonglah ikut nasihat TH ni sebab if tak ikut, penuh membuak2 la barang di khemah kat mina nanti. Khemah tak terasa sempit kat arafah sebab duduk kejap je. Tapi, serius, kat mina nanti, pasal beg ni boleh bergaduh tau. So, tolonglah jadi light traveller untuk 2-3 hari di arafah dan mina. Please please please. Demi kebahgian bersama. Takyah bawa baju banyak2 sebab cuaca sangat panas. Basuh je di sana nanti. 2jam sidai, dah kering.
Yang orang2 tua tu aku faham, kerusi, tongkat dan segala keperluan tu, memang tak dapat dielak. Jadi, bawa tau. Paling penting bawa kerusi yang boleh transform jadi tongkat. Power benda ni. Nanti takyah jalan jauh2 time melontar di mina. Duduk je di travelator, benda tu pun gerak. Jimat tenaga sikit. Yang muda2 n sihat ni, jalanlah. Jangan banyak songeh pula.
1. pergerakan ke arafah
Kita akan naik bas bersama mahram kita. TH akan bagi kad nombor (setiap nombor ada 2 keping kad), dan akan beri pada kita dan mahram. Mana gang bujang (pergi tanpa mahram) , nanti dapat kad tu dengan siapa2 lelaki/perempuan lain gang bujang juga. Jangan risau. Bukan forever alone pun. Haha. Kad nombor ni kena simpan elok2 tau sebab akan digunakan untuk naik bas dari arafah ke muzdalifah, muzdalifah ke mina, mina ke mekah. So, ye, banyak kali kita guna kad nombor ni tau. So, sila simpan elok2 dalam beg sling yang TH bagi tu. Ni untuk mudahkan kita naik bas mana nanti.
2. Sampai arafah
Actually, arafah ni lapang sangat, tapi subhanallah. Panas betul. Masa aku pergi, suhu hampir 50deg tau. Kita akan dapat list nama dan khemah kita nombor berapa masa kita di mekah lagi. so, kita memang dah tahu khemah kita nombor berapa.tinggal cari je. Bila kita masuk je khemah kita tu. Anggap jelah seluruh rakyat khemah seramai hampir 200 orang tu adalah keluarga baru kita. Lemparkan senyuman sehabis baik saat kita langkah2 cari plot kita.
Khemah arafah ni besar macam 4-6 kali ganda khemah kenduri kahwin yang putih tu. TH dah siap2 bahagikan kawasan dalam khemah kepada beberapa plot untuk beberapa group. Plot ni dibahagi dengan tali je. Dorang label juga dengan nombor plot dan list nama. So, masuk je khemah, cari plot korang. Rasa nak lukis je bagi senang faham. Tapi tak boleh upload lukisan la plak. Adoiyai.
Ok. kebetulan plot aku hujung bucu kemah paling dalam. Kebelakang gitu. Jadi, dari pintu masuk utama khemah, aku kena la lalu plot2 group lain. Again, macam aku nasihat awal2 tadi. Sambil lalu tu, lemparkan senyuman, lambai2 sikit ala2 princess dayana. Gituuu. Barulah orang2 tak sentap bila korang nak tumpang lalu. Penat atau panas macam mana pun, kena senyum. Semua orang sama penat, sama panas ok. depan orang2 tua, jalan tunduk2 sikit. baru anak melayu sejati di tanah arab. Hehehe.
Anyway, khemah di arafah nanti ada aircond tau. Jemaah malaysia je dapat khemah aircond tau. Kan main bangga lagi. Aircond ni macam aircond besar yang dekat event2 tu. Setiap khemah ada dalam 3-4 biji terletak di hujung khemah. Jadi, nasib aku ‘baik’ sebab plot aku ada mesin aircond ni. Masalahnya, siang tu panas amat. Jadi berlakulah perebutan aircond di antara jemaah. Bila aku hala kan aircond ke kanan, nanti jemaah di kiri mengadu kepanasan. Bila aku hala ke kiri, jemaah tengah pula datang menyerang.
Last2 aku malas nak ambil port tentang perebutan aircond ni, aku pun keluar dari khemah. Duduk lepak luar khemah. Panas pun panas lah. Asalkan hati tak jadi panas. gituuu. bukan mudah nak happy kan semua orang kan.
3. Tandas di arafah
Kawasan Tandas di arafah ni tak lah kritikal mana. Macam tipikal tandas2 di sesetengah kampung yang ditutup oleh atap zink sebagai dinding penghadang. Tapi ada sesetengah maktab yang tandas dia langsung tak berpenghadang. Jadi, bahagian paip2 wudhu’ tu terbuka. Jadi, harap sangat jaga aurat.
Better ambil wudu’ guna air botol yang spray2 tu di dalam khemah je. Tak perlulah nak bersilat kat paip wudu’ di tandas. If masuk jamban/wc (aku nak tulis tandas tapi nanti orang keliru pula, so,aku straight to THe point je la) semata-mata untuk ambil wudu’, macam zalim pula kat orang yang beratur untuk betul2 menunaikan hajat tu.
Oh ye, kebetulan masa haji tahun lepas, korang ingat tak ada berlaku ribut yang dahsyat di arafah? Fuh, if tanya aku, maktab aku yang hujung sekali. So, memang terasa ribut tu dahsyat betul. Habis dinding khemah aku terbuka dan melayang2. Masuk habis pasir bagai dalam kawasan khemah. Menangis2 jemaah haji dalam khemah.time ni semua dah takut, aku pun mesej mak ayah aku minta ampun apa bagai. Kot2 lah umur tak panjang kan. Tu je yang aku fikir.
Aku ambil bekalan air mineral yang berkotak2, aku timpa atas kain dinding khemah yang dah terbuka sampai ke bumbung akibat angin kencang. Dengan botol2 sekali melayang, punya kuatlah angin ribut nye. Last2 aku cuba susun lagi botol2 tu dan dengan aku sekali duduk atas botol2 mineral water tu hahahah. sementara jemaah haji lain solat taubat, solat mohon dimudahkan urusan haji apa segala. Almaklumlah, orang2 perempuan ni ada masa tuhan bagi cuti, tu je aku boleh sumbangkan. Nak solat, tak dapat. Masih teringat aku tangisan semua orang masa tu. Dengan khemah dapur habis roboh, sampai makanan pun melayang ,tak dapat diselamatkan.
Mujur maktab aku antara maktab yang sampai awal, jadi awal2 lagi dah dapat dinner. Maktab yang lambat sampai, memang tak dapat lah dinner sebab semua dah selamat diterbangkan ribut. Tandas pun tak terlepas dari mangsa ribut. Habis dinding atap zink penghadang tu pun diterbangkan ribut. Lepas beberapa minit ribut berlangsung, ada jemaah haji yang umum agar semua duduk dalam khemah dan jangan keluar kerana takut jadi apa2. Mana tau terpijak paku yang tercabut dari dinding zink tandas ke .sebab memang ada jemaah yang terpijak pun. Agak chaos juga lah time ribut tu sebab kita ni bukan biasa kena ribut masa kat malaysia kan.
Petugas2 arab (budak2 yaman dan lain2) pun habis lenyap time tu. Dorang pun pergi cari perlindungan tau. Lepas habis ribut dalam sejam macam tu, orang2 TH pun edar2 mee segera, kot2 ada yang tak sempat makan dinner. Tapi most jemaah dah tidur dalam tangisan. Yang tak menahan, ada dari kalangan jemaah yang siap boleh buat live FB masa ribut tu.adoi, aku bukanlah nak judge, tapi aku serahkan pada pembaca semua untuk memikirkan lojik nye perlakuan tersebut di saat genting macam ni.
Anyway, time2 ribut ni, terus kerajaan arab off semua eletrik. Bergelap la kita. Aircond yang menjadi rebutan siang tadi pun menjadi hiasan je. Padan muka kitorang semua. Hahahaha. Dan hikmahnya dari ribut tu, kain belakang khemah dekat plot aku pun terbuka sampai ke atas. apalagi, jadilah pintu untuk plot aku. dah tak payah aku masuk dari pintu utama (kat depan) yang kena lalu plot plot orang lain. hahaha.
4. Cari port doa
KAt arafah ni antara waktu2 yang makbul untuk berdoa. So,doalah banyak2. Masa ni aku nampak ramai suami isteri duduk sama2.Berdoa.Dorang duduk luar khemah. Bentang sejadah, pilih port mana2 yang best , yang redup sikit ke. Duduklah berdoa. Tapi, nasihat aku, time pilih port ni. Pilihlah yang bukan dekat dengan pintu masuk khemah perempuan. Kang bila pintu tu terselak ke, dah nampak aurat orang2 perempuan yang sedang berehat dalam khemah tu.
Orang2 lelaki terutama para suami sekalian, silalah sensitif sikit bab2 aurat ni. Dalam khemah ni, bukan ada isteri korang je. Isteri orang lain pun ada. Tak yah lah asyik nak menjengah cari isteri. Serius aku rasa nak lepuk je bab ni. Kalau orang2 tua macam 70an tak reti guna handphone tu, aku fahamlah. Ini yang muda pun sama perangai dia.
Dah tahu penghadang tandas dah tercabut diterbangkan angin, tak payahlah asyik nak jengah2 bahagian tandas perempuan. Tunduk kan pandangan tu. Aku tahu tandas lelaki perempuan memang sebelah2 je. Tapi, masa ni la kuasa ‘ menundukkan pandangan’ patut orang2 lelaki gunakan. Sebab tu aku cakap, dari sebelum pergi haji lagi kena berubah (dalam tips2 aku sebelum ni), sebab bukannya sampai sana kita tekan button ‘ on soleh’ , terus kita jadi muslim yang soleh bagai.
5. Aktiviti tambah pahala di arafah
Di setiap khemah, ada disediakan kipas yang macam kat mamak tu. Kipas yang boleh keluar air tu. Supaya udara kat dalam khemah lembab sikit, jadi taklah terasa bahang memanjang kan. So, antara projek pahala yang kita boleh buat ialah mengisi air dalam tong2 air kipas tu. Sebenarnya, ini kerja budak2 arab yaman yang diupah oleh kerajaan saudi untuk buat. Tapi, dorang pun sikit. Khemah pula banyak. Jadi, tak rugi pun kita buat sendiri benda ni. Simple je pun.
Time ni, orang2 semua penat sebab kepanasan (plus kesejukan malam tidur dalam khemah). Jadi, kebanyakan orang2 tua akan rehat dalam khemah sambil berdoa. Bila ramai2 tu, makin bahang lah kan. Jadi, orang2 muda ni kita kalau boleh proactive sikit. Bantu mana yang patut. Nampak orang2 khemah belum dapat makanan, kita maklumkan atau carikan makanan. Nampak tong air kipas tu dah kosong sebab non stop berpusing dari pagi , kita tambah2kanlah air dalam tu. Kerja simple je,insyallah if betul2 ikhlas besar pahalanya. Banyak manfaat nya juga..
Oh ye, cakap pasal budak2 arab ni. Dorang ni mostly arab yang berkulit hitam (macam somalia, yaman dll). Dorang kerja di arafah ni sebab time cuti sekolah kan. Dorang ni rajin juga nak berbual2 dalam bahasa arab dengan jemaah. So, kalau rasa boring, boleh lah borak2 dengan dorang ni tentang pengalaman kerja dorang. Nanti dorang minta duit rm1 dari kita. Yang ni, ikut suka koranglah nak bagi ke tak. Aku cakap ‘ ma ‘ind nuqud ‘ (saya takde duit) sebab aku memang takde bawa duit malaysia. Kalau korang pandai cakap arab ammiyah lagi bagus. Boleh membawang isu semasa dengan budak2 ni . Tapi hati2 , jangan sampai mengumpat n membuang masa.
Oklah. Aku stop dulu sampai cerita arafah je. Cerita mina dan madinah aku sambung lain kali. Kepada jemaah haji yang dah nak bertolak (tengah syawal ni), jom sama2 kita doakan yang terbaik buat mereka.
Selamat hari raya. Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan dan elakkan pembaziran. Maaf zahir dan batin (kot kot la ada terkasar bahasa dan menjentik hati korang) hahahaha. Selamat berpuasa enam. Sesiapa bakal haji yang dah nak pergi haji tu, cepat2 ganti puasa siap2 sebelum ke sana tau!
– Gohan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit