Androphobia

Terima kasih untuk admin sekiranya sudi menyiarkan luahan hati saya ini.

Hai. Saya Maya. Berumur 24 tahun. Masih belajar di sebuah institut pengajian di Sarawak. Saya nak meluahkan rasa yang agak lama terpendam di hati *cewah* kerana tiada tempat lain untuk meluahkan.

Saya tidak pernah bercinta. Kalau nak cakap jatuh cinta tu pernah lah. Kalau bercinta macam budak budak sekarang, keluar makan, tengok wayang, selfie sweet sweet, pergi pantai apa semua dengan boyfriend tu memang tak pernah. Nak kata tak ada orang yang cuba dekat tu, ada memang ada. Bukan saya memilih, tapi entah lah.

Saya masih ingat masa form 2 dulu, lelaki ni beria sangat nak dapatkan saya, siap save semua gambar yang saya upload dekat friendster *zaman friendster* dan siap tunjuk dekat kawan kawannya bagitau saya ni girlfriend dia. Saya pula beria menafikan, dan tiap kali dia minta phone number saya, bagi memang bagi tapi lepastu saya tukar number baru, sampai lah satu hari itu dia chat saya di facebook *dah beralih ke facebook* sambil memaki saya. Tetiba. Lepastu dia block saya, belum sempat saya keluar kan ayat berbisa nak balas makian dia tadi. Jadi saya biarkan saja walaupun hati berbakul bakul sedia ayat makian balas untuk lelaki kurang siuman itu. Saya takda salah kot, tetiba chat saya terus memaki. Sah ada gegaran di otak.

Kisah kedua yang saya ingat seorang lelaki yang dah ada girlfriend, mintak tolong pada kawan saya cakap dia nak handphone number saya. Saya bodoh lagi masa tu, masih tingkatan kan, jadi saya bagi. Dia call saya terus cakap dia nak saya. Saya tanya lah macamana dengan girlfriend dia, dia balas dia sanggup putuskan girlfriend dia untuk saya. Ceh. Terus saya tukar phone number.

Kes yang sama berulang. Saya terus menolak setiap lelaki yang datang. Surat cinta lah, chat lah, confess depan depan pun ada. Walaupun saya suka lelaki tersebut pada mulanya, namun lepas dia menyukai saya balik, saya rasa macam tawar, saya terus menjauhkan diri. Tak tau kenapa. Saya cuma suka berteman biasa walaupun saya juga menyukai lelaki tersebut.

Pernah sekali, SEKALI, saya keluar dengan seorang lelaki ni, setelah berkali kali ajakannya saya tolak, dia tetap mencuba, jadi satu hari tu saya terima. Itupun setelah saya consult *siap consult, haha* dengan kawan saya yang banyak pengalaman dengan lelaki. Saya minta kawan saya observe this guy sebelum saya terima ajakannya. Dan kawan saya cakap lelaki ni okay. Positive. So saya terima.

And no. Lelaki ni bukan lelaki baik baik. Bayangkan dia bawa saya pergi jalan jalan dalam kawasan gelap. Oh, kami naik kereta manual. Dan saya pula tak henti henti fikir, kalau dia buat apa apa dekat saya macamana saya nak lari. Kawasan sunyi, gelap, manusia pun macam tak wujud, dalam kereta, aircond on, maksudnya tingkap tak bukak, kereta pulak manual, so saya panic. Saya tak pandai bawak kereta manual. Auto boleh lah. Tingkap pulak tak bukak, macamana saya nak lompat keluar.

Boleh pulak lelaki tu tanya saya pernah kissing tak. Saya pun cakap tak. Lepastu saya diam. Dia panggil panggil nama saya tapi saya tak respond. Takut lah katakan. Then nasib baik dia macam tau saya takut dan keluar dari tempat tu. Fuh. Kalau jumpa yang lagi terok dari yang ni, mampus saya.

Tapi saya risau jugak dikatakan lesbian kerana tidak pernah menerima mana mana lelaki. Apatah lagi saya pernah sekali keluar dengan seorang tomboy, yang nafsunya kepada perempuan. Saya terima ajakannya untuk keluar makan kerana kawannya yang lain turut serta. Namun bila dia berlagak seolah olah lelaki terhadap saya, padahal sama sama perempuan, saya berasa geli. Ajakannya untuk keluar seterusnya memang saya tolak dengan pelbagai alasan. Chat merapunya juga saya biarkan saja.

Jadi nafsu saya terbukti tidak songsang. Saya normal. Masih sukakan lelaki. Cuma masalahnya sekarang saya tidak tahu mengapa. Saya rasa saya ada androphobia but not too severe. Saya masih boleh bercakap dengan lelaki, tapi bila soal hati saya angkat bendera putih awal awal. Agak seram bila didekati lelaki, tapi masih menyukai kaum mereka. Entah apa penyakit saya ni. Boleh share cara nak hilangkan sakit pelik ni?

– Maya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *