Cantik Itu

Assalamualaikum pembaca sekalian. Saya pepe. And fyi, saya berkulit hitam manis. Manis ke? Ya manis.(aku puji sbb tkda orang puji). Tapi tahukah anda majoriti rakyat malaysia tidak akan merasa saya manis disebabkan pada mereka cantik itu putih gebu sesuci kain kafan dan kurus. Jangan judge aku dulu. Aku bukan dengki. Yes mereka memang cantik. Definition cantik ni luas la baby. Jangan duk kutuk kutuk la kami yg gelap sikit ni semata mata sbb awak rasa putih tu cantik. Let me tell you something.
1.Cantik itu bila awak tahu jaga pandangan dan kehormatan. Sentiasa nampak sopan dan terpuji. Awak mekap dapdapdapdap(sound effect) berejam pun tak guna kalau tkda rasa malu. Tgk yang hensem amboii bertepuk tampar engkauu. Yang tak hensem tkpayah cakap pasal kau dah friendzone. Benda ni ada disebut dalam al Quran. Kalau tknak ikut, nak ikut apa lagi sayang?
2.Cantik itu bila awak berpakaian bawa identiti wanita mukminah sejati. Bukan hanya bila #ootd tudung bawal bulus atas dada. Bukan hanya bila pakai skinny spek bulat(untuk yg rabun anda terkecuali). Bukan aku suruh kau pakai niqab. Cukup tutup yang wajib. Kalau mampu, upgrade lagi. Slow slow lah dear. Abaikan puak “kau nak mati ke tiba2 pakai longgar?” “Eh eh dah terima hidayah” “ustazah datang” dsb. Ingatlah bahawa kau baik pun kena kecam kau jahat lagila. Kalau otw nk jadi baik lagila, hm dia punya kecam macam kau kacau anak bini diorang.
3. Cantik itu bila awak menjauhi tabarruj yang mengganggu fitrah lelaki. Kakak, memang lelaki ni kalau awak nampak mata dua biji pun ada je yg bernafsu. Tp tak bermakna awak boleh pakai sesuka hati. Benda ni dua dua pihak. Jadi jaga pihak awak. Yang lelaki, apalah daya adinda hendak menahan. Mekap sikit sikit jangan bagi nampak layuuu dan apa yang penting! bukan kerjasama tapi.. jangan tabarruj.
4. Cantik itu bila awak sentiasa bersih dan berbau segar. Berbau segar ya bukan berwangian wangian semerbak. Ini tak aku lalu pehhh macam kapur barus. Kuat sangat baunya. Dan jagalah kebersihan hawa sekalian. Apalah guna kalau cantik pukul 2 baru nk bangun halia lengkuas tiada mampu kau beza. Apa guna kalau pakai bertutup litup tapi jauh sebatu aku dah dpt hidu kau.
5. Cantik itu bila awak tak tiru lelaki dari segi berpakaian, bercakap dan pembawaan diri. Sopan, bukan cover ayu. Tp part ni aku pun berusaha lagi. Tp serius. Sopanlah. Sopanlah. Sopanlah.
6. Cantik itu bila awak tak bergaul bebas dengan ajnabi. Kecantikan tidak dipertonton kerana ingatlah bahawa anda bukanlah tayangan dgn label u yang boleh ditonton tak kira usia. Stop being so desperate looking for men’s attention. Serius. Mula2 kawan lepastu ah! tidak! aku jatuh cinta then couple dan zina mata dan hati pun bermula. Aku pun pernah alami benda ni. Berukhuwah la dulu dgn wanita dahulu. Aku skrg tkde rapat dgn mana2 lelaki dan saya amatlah bahagia. Tak dapat dinafikan ramai perempuan yang sangatlah hanat mulutnya, tp bila kau usaha jd baik, Allah tunjuk jalan.
7. Cantik itu bila pembawaan diri sopan, tegas dan bersahaja. Santaiiii ja. Aku ada kenal kakak sorang ni. Pehh cantik menawan tudung labuh nampak ayu tapi sayang. Asyik terpekik sana terpekik sini bila menegur. Tegas itu bukanlah dgn meninggikan suara bie. Tegas itu bila kau pertahankan yang benar dan berani menegur yang salah. Teguran yang berhikmah ya. Kalau public dan cakap kuat2 itu bukan tegur, itu hina orang buka aib.
8. Cantik itu bila awak jadi diri sendiri. Tak try hard nk fit in society. Ini tidak, tak mampu pun kalut paksa parents belikan mekap handbag kasut. Yes aku pun macam tu jugak dulu. Tp lepas tu aku menyesal sbb aku terperap kat rumah dan benda tu berakhir di celah almari. Jadi diri sendiri la kawan. Kalau tak suka cakap tak suka. Jangan paksa diri jadi fake semata mata nk ikut trend.Contohnya, wah bestnya pakai android tp semua kawan kawan saya ada ip. Tkleh jadi ni, ibu saya nk ip!(baca macam iklan)

Pepe tk kisah kalau nk kata pepe hodoh disebabkan pepe tkda kriteria di atas. Tp kalau pasal warna kulit…pehh berasap pun ya. Kulit hitam manis ni genetik ayah aku tau dak. Akhir kata, maaf kalau ada yang salah tp this is how i feel dan page ni utk luahan kan kan. Correct me if im wrong.

– Pepe the frog

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit