Idea Sedekah Berpanjangan

Hi semua. Panggil je saya A. Harini saya cuma nak share dengan korang, beberapa Idea sedekah/ jariah yang kita boleh buat untuk bantu orang lain, untuk bantu makhluk lain and untuk topup juga amalan kita biar berpanjangan walupun nanti kita dah meninggal.

Yang mana baik korang follow lah, yang mana kurang nanti korang share juga dekat bawah bahagian komen ya. Boleh sama sama kita improve. In shaa allah.

1) Al quran – korang boleh wakafkan alquran di tempat tahfiz, surau, masjid yang korang singgah.

2) Sejadah & telekung sama juga, korang boleh biasakan untuk wakafkan satu telekung ke masjid dan surau yang selalu jadi tempat singgah para musafir. Boleh juga jadikan hadiah bila bertemu sahabat lama dan sebagainya.

3) Selipar surau – selipar surau selalu kita dengar mudah hilang kan. Tak salahkan kalau korang cuba belikan selipar dan tinggalkan di area wuduk atau wakaf kan untuk orang yang kehilangan selipar di surau dan masjid.

4) Untuk yang ada bajet lebih, water cooler boleh menjadi salah satu sebab mengalirnya pahala selagi mana orang lain menggunakan nya.

5) Air mineral botol kecil & roti, beli lah dalam beberapa kotak kemudian sedekah kan ke surau/ masjid untuk para jemaah. Ataupun bila isi minyak, bagi sebotol air/ roti pada pam attendant, pekerja pembersihan, peniaga buah buahan di trafik light.

7) Gerobok makanan, yang ni femes kalau dalam kalangan student. Ada yang terpaksa ikat perut dan berlapar ketika belajar.

Tak kisah lah siapa, yang berkemampuan boleh letak makanan di satu gerobok, yang memerlukan akan ambil. Ingat, dalam rezeki kita ni ada hak orang lain juga.

8) Makanan haiwan. Kucing anjing terutamanya yang terbiar pun akan terasa lapar juga. Kita boleh la prepare sedikit makanan kucing, dan letakkan ke dalam dispenser untuk haiwan haiwan ini.

9) Wakaf/ sedekah ke tabung masjid. Selagi mana wang yang kita sedekahkan digunakan untuk penambah baikan prasarana yang ada dimasjid, walaupun hanya untuk membeli seketul bata, selagi itula pahala akan terus mengalir. Untung sangat.

10) Kerusi roda. Belikan untuk warga emas dan pesakit kronik.

11) bBhagikan sedikit duit gaji untuk membeli makanan keperluan seperti telur, beras, kemudian bawa bersama setiap kali kita menziarahi keluarga/ jiran kita yang tidak berkemampuan.

12) Menanam pokok. Bila sampai musim berbuah, boleh agihkan pada jiran dan sesiapa sahaja.

Selamat beramal. Kalau ada tips lain boleh juga korang kongsi. Nanti kita sama sama kumpul pahala & menambah baik apa yang kurang. Terima kasih :)

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *