keluarga berantakan

Ayah aku pernah bercinta dengan seorang perempuan yang sama tempat kerja dengannya. Walhal ketika itu dia dan ibuku sudah mempunyai 4 orang anak. Hubungan itu terjalin selama 9 tahun sehinggalah tahun 2004, kerana ayahku jatuh sakit. Setelah sebelas tahun tidak berhubung, baru2 ini ibu dan ayahku bergaduh besar. Ayahku kantoi menduakan ibu dengan perempuan yang sama. Bila ditanya, ayah kata dia hanya mahu membantu perempuan itu yang baru bercerai dengan suaminya yang ketiga.

Aku pernah berbicara heart to heart dengan ayah, untuk meminta kepastian. Ayah mengaku masih berhubung dengan perempuan itu kerana kasihan. Berdasarkan cerita ayah, perempuan itu ada 3 anak yang masih bersekolah dan segala makan pakai dia tanggung seorang. Gaji sebulannya hanyalah RM 1200 dan jumlah itu tidak cukup untuk mereka sekeluarga. Bekas2 suaminya (3 kali berkahwin) tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai suami.

Ayahku tidaklah membantu dari segi kewangan. Ayah membantu dengan cara mengambil dan menghantar anak2 perempuan itu ke sekolah, tolong baiki kereta jika rosak dan perkara2 yang ayah mampu. Saya kasihan juga mendengar cerita ayah tapi dalam masa yang sama risaukan keluarga. Kasihan dengan ibu, kasihan dengan ayah dan sedikit simpati kepada perempuan itu. Saya tengah fikir macam mana nak selesaikan masalah ni.

– insan keliru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Smua atas niat…klu niat ayh kmu ikhlas tuk menolong perempuan nescaya besar ganjarannya dsna tp jika sebaliknya tggu n lihat sj karma dariNYA….

  2. Dik, ni cerita dr pengalaman akak sendiri.
    Jgn percaya cerita dia. Lelaki akan create dan tokok tambah cerita utk bg cerita tu sedih supaya adik simpati dan bersetuju dgn tindakan dia. Sekarang mmg xbg duit, lama2 nant mesti bg duit.
    Penyelesaian, adik nasihatla ayah utk tinggalkan perempuan itu. Hidup ayah patut utk isteri dan keluarga shj, bkn perempuan lain.

  3. Bincg skli lgi dgn ayah…bg tau ayah..ayah x sygkan ank ke? X sygkan ibu ke? Klau ayah btul2 sygkan ibu dn anak…crite bnde ni elok2 dgn ibu..kite stu fmly tolg die…ni ayah sorg tolg die dh tu x cerita kt istri..mne x jeles..

    Ataupun..lgi elok..ayah crikan die suami…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *