Reply to memori pahit

Based on pengalaman mak aku.

Mak aku membesar dengan nenek dia. So zaman kecik dia, dia hidup dengan makcik2 dia yg dia anggap as abang and kakak. Nenek dia sgt sayang kan dia. Mak dengan ayah dia bercerai and masing2 kawen lain. So mak aku x rapat sangat dengan mak or ayah dia.

Dulu masa kecik2, aku tak faham sangat apa mak aku rasa. Tapi bila dah besar baru aku faham yang certain mak cik dia tak suka dia. Everytime kalau jumpa mesti ada je salah mak aku. As in mak aku x duduk dgn mak kandung dia so tak selalu sgt lah dia bg duit dkt mak kandung dia. Selalu duit bulanan dia bg dkt nenek dia yg jaga dr kecik. Tp yg mulut2 jahat ni akan cakap mak aku anak x baik la, derhaka la, x berkat hidup la. And ada jugak yg bandingkan mak aku bg duit berapa ratus je, anak2 diorg bagi beribu. Baru betul anak. Masa kecik aku tengok mak aku menangis sbb sedara sendiri buat dia macam tu. Aku kecik and aku x boleh buat apa2 sbb kalau cakap nnt org kata menyampuk org tua punya hal. And mak aku memilih untuk diam. Sbb bg dia biar org buat dia, jgn dia buat org.

Benda ni tak stop dekat makcik2 je. Even akak dia sendiri tak suka mak aku sbb apa aku x tau. Dulu masa akak dia susah, mak aku jugak tempat dia cari nak mengadu nasib. Tapi lepas dah kaya raya, terus lupa adik. Aku rasa pelik. Ada jugak org yang tak sayang adik beradik. Mak aku kecik hati lagi. Selalu dia tanya aku kenapa akak dia benci dia. Padahal susah2 dia pun tak pernah call adik beradik sedara mara untuk minta sedekah. Nenek aku pulak backup mak long aku tu. Sbb maklong aku kaya. Bagi duit ribu riban. Mak aku kerja biasa je. Bukak bisness kecik2 untuk tampung sara hidup. Sebab tu aku tak suka nenek aku and aku tak faham kenapa orang sayang kan nenek diorang. Orang nampak kaya tapi orang tak nampak mak aku bangun 4 5 pagi buat kuih nak jual. Tido pukul 1 2 pagi nak tunggu kuih masak. Yang diorang tau mengata.

Baru2 ni mak aku cerita dia pergi kenduri sepupu dia. Time tu semua sedara mara kumpul. Masa tengah gather, tetiba ada sorg ni bersuara, " kau kalau kedekut resepi kuih2 kau dgn sedara mara, x panjang rezeki kau" . Kalau korang, kene sedebik macam tu depan semua org apa korang rasa. Mak aku rasa sedih gila dia cakap. Aku pulak jauh sbb stdy . Apa yg diorang nak sebenarnya. Mak aku dapat semua resepi tu dgn pergi belajar beribu ribu habis. And diorang senang je cakap macam tu. Kalau org yg buat bisness jual2 cake ni diorg akan faham kenapa resepi2 diorg susah nak di share. Sbb diorg dapat dengan berbayar. Nak bayar kene kerja siang malam. Bukan buka2 internet, buat pastu jadi. No semua bnd ada try and error and semua tu bermodal.. and mak aku masih diam. Nangis dekat ayah aku, dekat anak2 dia.

Pernah mak aku bawak kuih2 dia masa kenduri saudara mara. The same thing happen diorg cakap "dah kaya, tapi berlagak" . Apa yg dia nak aku x tau. Miskin kena kutuk, kaya pun kena kutuk. Agaknya kalau mak aku berjalan atas muka bumi ni tanpa buat apa2 pun boleh jadi masalah utk dia. Kalau ikut perasaan, aku dah sound dah dkt situ. Tp ikut logik akal, kalau layan aku sama macam dia. Tp hati aku memang panass je rasa. Mak kau sendiri kena bosoh2 kan depan mata kau. Sepanjang kenduri tu mak aku tak sentuh pun makanan sbb sedih. sedara yg ada pertalian darah buat dia macam tu. Belah ayah aku ok je. Semua sayang mak aku. Kalau raya atau diorg balik kampung mesti nak singgah rumah kitorg. Siap cakap mak aku kakak ipar kesayangan diorang.

Untuk aku, i have to do something. Aku x boleh nak tgk mak aku macam tu je org pijak. Bila susah org cari, merayu, minta sedekah. Bila senang, buat mak aku macam sampah. Apa yang aku buat, setiap kali bila sedara mara semua kumpul and diorg start bawak mulut pasal mak aku, aku sound je depan2. Aku tak kira dia ada sakit jantung ke, dia tua ke apa. Aku tau kurang ajar. Tp jenis2 org macam ni lagi diam lagi dia menjadi2. Aku nak diorg tau yg mak aku bukan org yg dia boleh pijak2 macam tu je. And of course, kitorg adik beradik berusaha keras nak tunjuk yg kitorg family berjaya hasil didikan mak aku (and ayah too). Now aku insyAllah future doktor, adik aku skrg pun stdy overseas. Yg 3rd alhamdulillah. People will never stop talking and judging, and kau yang kena bangun utk diri sendiri. Aku, aku kena jd tegas untuk mak aku.

Untuk confessor yg ada pengalaman pahit, take your time utk bangun dari zaman2 suram tu. Time heals almost everything. Takde orang boleh ubah hidup kita melainkan kita sendiri. Macam mak aku, skrg dia dh berani sikit utk bersuara apa yang dia rasa betul and apa yang dia rasa salah. Kalau orang2 tu tak suka, let them be. Kita ada keluarga sendiri and tu lagi berharga dari suara2 busuk tu

– Anak yang garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Nice jd garang..kdg2 x nk pun jd garang tp kdg2 keadaan memaksa utk menghadapi org mcmtu.. Be strong and don’t let your mother being bullied..yg penting jaga keluarga kite, bukan mulut dieorg yg bg nafkah,mkn Dan minum…x pyh pedulikn Sgt org ckp..

  2. gud job!! aku suka org mcm ni..tegas..tau nak buat apa… bukan hanya dok luah perasaan…pastu diam x tau nak buat apa… nangis… kita kena tolg diri sendiri…bukan org lain..kipidap!!! bagus kena backup mak… asik nak suruh sabar je… org mcm tu x leh setakat sabar..kena gak stand up for urself ….didoakan sis terus berjaya demi kebahagiaann ibu dan ayah!

  3. Mgkn jln cite nye ngn aku lain..tp part UNTUK CONFESSOR YG ADA PENGALAMAN PAHIT, TAKE YOUR TIME UTK BANGUN DARI ZAMAN2 SURAM TU alhamdulillah….lps kwen aku ade suami yg blh jg aku dgn baik..n aku nk say goodbye to sume memori pahit tu bersama dgn makhluk2 nye..moga kite x bersua lg…………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *