Assalamualaikum semua. Aku rasa aku antara orang yang paling bertuah tahun 2021 ini. Masuk sahaja tahun 2021, alhamdulillah aku ditawarkan kerja di sebuah rumah anak yatim.
Aku bersyukur sangat sebab di saat ramai orang kehilangan kerja aku ditawarkan kerja. Aku ditawarkan kerja sebagai pembantu tadbir.
Kisahnya bermula aku baru habis belajar, sehari sebelum aku terbang balik tu, kebetulan aku dapat panggilan temuduga di sebuah rumah anak yatim. Jadi esoknya aku terus pergi interview.
Penat tak payah cakaplah waktu aku interview, memang jobscope aku hanya sebatas pembantu tadbir. Mula jam 8 pagi balik jam 5 petang.
Aku duduk di asrama di sediakan. Tapi aku ditempatkan di asrama lelaki. Alasannya minta bantu untuk tengokkan budak lelaki kat situ.
Aku mula-mula tak kisah setakat nak melayan anak-anak yatim ini. Aku mula-mula macam kekok juga sebab aku takde adik beradik lelaki.
Kadang-kadang aku rasa leceh juga pakai semua kena tutup aurat lengkap. Aku ok untuk bulan pertama. Sebab dia cakap tengok je bila ada masa. Macam kerja volunteer la begitu.
Jadi ada masa aku tak jaga pun budak tu masa makan atau tengok tv sebab dah penat dekat office. Tapi bila meeting jadi isu pula, aku tak jalankan tugas dengan baik. Alasannya tak tengok budak.
Aku pun pelik, sebab kerja hakiki aku hanya sebagai pembantu tadbir. Aku siap tanya lagi penyelia. Saya bukan jadi warden kan? Dia jawab ya.
Dekat surat tawaran pun hanya sebagai pembantu tadbir. Tapi kerja aku seolah-olah jadi warden. Bangun jam 5 pagi tidur jam 12 malam. Kadang-kadang aku drag masa jam 2 pagi sebab kerja office banyak tak siap, esok bos nak tengok.
Kadang-kadang waktu aku cuti kalau aku ada dekat asrama dipanggil juga pergi meeting, alasannya ‘awak bukan buat apa pun dekat asrama’.
Dahlah kerja nak dekat 24 jam. 5 jam sahaja rehat. Boleh bayangkan tak? Gaji berapa je Aku kadang-kadang penat rasa macam nak pengsan.
Ada juga anak-anak yatim ni yang sudi bantu, malam-malam kunci pagar asrama. Alhamdulillah mereka tak buat hal sangat.
Yang aku tawar hati bila ada yang fully warden, tapi cakap aku tak buat apa-apa. Sedih sangat. Dia anggap aku duduk dekat office, ada aircond, goyang kaki.
Aku punya tugas dekat office berat sikit, selain kerja pentadbiran, aku uruskan bahagian media sosial dan multimedia, dan ada jualkan buku untuk tambah dana pertubuhan.
Orang tengok memang senang tapi berapa banyak kerja aku dah buat. Mereka selalu nak bagi saya kerja atau tarik meeting alasannya bujang, duduk asrama tak buat apa.
Bila bos datang dekat office dia cakap aku tak buat kerja pula. Padahal benda sekecil-kecil perkara bab kutu, tuala hilang, pengurusan masa anak-anak yatim aku yang buat.
Warden lagi satu tu tak tahu lah, tahu membebel je. Ya Allah…
Aku pun tengah bertahan sebelum dapat kerja lain. Aku bukan tak ikhlas. Aku suka sahaja budak-budak tapi disebabkan waktu kerja yang begitu dengan tekanan dari pihak atasan. Buat aku tak tahan.
Aku percaya kesusahan pada hari ini akan membuahkan kejayaan pada masa akan datang.
– Si Sabariah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit