Sebab Friendzone

Assalamualaikum semua. Harap admin post la confession aku ni. Mana tahu sedikit sebanyak membantu lelaki dan wanita diluar sana yang tertanya-tanya kenapa mereka kena friendzone.

Aku berusia lewat 20-an. Ada pengalaman beberapa kali terpaksa friendzone lelaki, bukan suka-suka aku nak friendzone dan aku tak bangga bahkan rasa bersalah lagi ada. Yang aku friendzoned ni yang aku dah kenal lama, dalam beberapa tahun.

Sebelum tu aku bak cerita sikit pasal diri aku. Dulu aku obes, berat 80kg. Kawan sekelas dan kawan sekerja aku siap kutuk fizikal aku. Katanya patut la tak ada lelaki nak dekat aku sebab aku gemuk. Atas faktor masalah kesihatan, aku ambil keputusan untuk turunkan berat aku dan amalkan gaya hidup sihat. Diakhir umur 20-an berat aku tinggal 58kg, aku ambil masa dekat 2 tahun untuk turunkan berat dan ubah penampilan aku. Kehidupan aku pun aktif. Aku aktif buat kegiatan outdoor dan aku akui memang gembira berbanding masa obes dulu.

Berikut sebab musabab aku friendzone lelaki yang setakat ni nak dekat aku:

1) Merokok

Tak payah ulas la yang ni. Dah akhir 20-an masih kuat hisap rokok. Semua pun tahu kenapa perempuan tak nak terima orang kuat merokok ni. Lagipun aku ada asma.

2) Fizikal

Ya. Bukan lelaki je pentingkan fizikal. Perempuan pun sama. Tapi bukan sebab handsome atau tak. Lebih kepada faktor kesihatan. Orang yang aku driendzoned ni kawan-kawan yang aku dah kenal lama. Yang sibuk kutuk aku gemuk. Tapi mereka sendiri pun tak jaga kesihatan. Sendiri pun ada masalah berat dan masalah kulit. Dulunya kutuk aku sekarang, mau aku. Sejujurnya aku tersinggung. Hanya hendakkan aku bila aku dah berjaya ubah penampilan. Mereka ni tak kisah nak ubah penampilan. Balik-balik diratibnya perempuan tak nak dekat dia sebab dia tak hensem. Kalau tak handsome pun tapi berpakaian kemas, jaga kesihatan badan dan kulit, aku tak kisah. Inshallah aku boleh terima.

3) Gaya hidup.

Gaji lebih kurang gaji aku, tapi pakai barangan branded, sekejap-sekejap tukar sportsrim. Kejap-kejap mall hopping. Gaya hidup orang berada sedangkan aku tahu mereka datang dari keluarga sederhana. Aku risau nak buat calon suami, takut aku kena tanggung hutang bila jadi berkahwin nanti.

4) Tak jaga ikhtilat

Walaupun aku jenis aktif diluar rumah, aku tak jaga diri aku bila berhubung dengan yang berlainan jantina. Pergi buat outdoor dengn kawan perempuan. Tidak pernah berduaan dengan lelaki. Hanya berurusan dengan lelaki atas dasar kerja. Tak bertukar pasangan. Kalau pun keluar makan, pergi keluar beramai-ramai.

Yang hendakkan aku semua jenis tak segan silu bertepuk bertampar dengan perempuan. Pergi bercuti dengan perempuan. Jenis hobi try-try perempuan. Jenis yang tak jaga batas pergaulan. Sebelum aku friendzoned kan mereka, aku dah selidik habis siapa keluarga dia, kawan-kawan dia, lifestyle dia. Kalau dah sentiasa bersama dengan perempuan hot, kalau selalu mengorat perempuan sana-sini, haruslah aku friendzone kan.

5) Rebound relationship.

Yang ni aku agak je la. Sebab bila aku selidik, mereka yang nak dekat aku ni baru putus tunang, baru clash dengan girlfriend. Baru seminggu dah try mengayat aku. Mereka cuma sunyi je bukan suka dan sayang pun pada aku. Aku berhak dapat orang yang tulis sayangkan aku bukan nakkan aku sebagai pengganti je.

Bukan suka-suka aku nak friendzone lelaki. Dan aku pasti ramai lagi yang macam aku. Aku bila terima lelaki dalam hidup aku, aku tak main-main. Aku nak dia jadi suami aku. Bukan kes try-try. Sebab tu aku tapis betul-betul. Memang tak ada yang sempurna, aku pun bukan sempurna. Tapi aku jaga diri aku sebaik boleh dan aku harap jodoh aku pun buat benda yang sama.

Kepada yang kena friendzone tu, mungkin boleh check sebab musabab difriendzone tu. Mungkin bukan sebab rupa dan duit je. Mungkin cara hidup kau, cara kau bergaul dengan orang lain mempengaruhi sebab kau kena friendzone.

Doakan aku bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, dan boleh terima kelebihan dan kekurangan aku. Aku doakan yang belum bertemu jodoh juga semoga dipercepatkan jodohnya. Amin.

– Cik Biasa.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *