Diari Pencundang

Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan dari aku. Nama aku A (nama gelaran). Seorang graduan daripada universiti awam di Selangor.

Setiap orang ada masa susah dan masa senang masing-masing. Masa susah dan senang kita berbeza-beza setiap orang. Setiap orang juga akan diuji. Tidak akan lepas dari ujian. Yang membezakan kita adalah jenis ujian tersebut.

Dan di sini aku cuma nak berkongsi ujian masa susah aku (yang aku masih belum lepasi lagi). Aku cuma nak berkongsi. Aku cuma nak luah. Aku cuma nak ringankan beban di bahu. Dan ketika aku menaip ni pon, bola mataku berkaca. Aku hanya pinta dari kalian supaya doakan aku. Doakan aku lepasi masa susah aku ni dengan sabar.

Aku rindu masa belajar. Tidak perlu sakit kepala memikirkan masa depan. Tidak menyusahkan keluarga (aku pemegang biasiswa). Tamat sahaja belajar, bermulalah proses kehidupan yang sebenar.

Bermulalah alam pekerjaan. Aku graduan 1 subjek ni yang memang menjamin pekerjaan. Tapi aku nak tukar bidang. Aku tak minat bidang ni. Aku belajar bidang ni hanya untuk ilmu. Aku berani ambil risiko untuk tukar bidang dan alhamdulillah aku tak menyesal. How are we going to do things that we doesnt like for the rest of our years?

Tapi zaman sekarang ni sangat susah nak cari pekerjaan. Dah dekat 4 bulan aku menganggur mencari pekerjaan tak jumpa-jumpa. Aku malu dengan mak ayah aku. Aku nak jugak merasa bagi duit setiap bulan pada mereka. Aku nak jugak bantu perbaiki kehidupan mereka. Tqpi apakan daya….

Bukan aku tak cuba! Aku cuba! Macam2 kerja aku minta. Kerani pon tak lepas. Berhabis wang ringgit menghadiri temuduga di KL, tapi hampa. Aku kecewa dengan hidup aku sendiri. Aku malu dengan diri aku sendiri. Tak memberi manfaat. Dah besar pon menyusahkan.

Apa guna sijil diploma/ degree/ master kalau kerja pon tak ada? Ilmu? Ye betul! Aku belajar ni pon untuk ilmu. Jangan disempitkan maksud ilmu tu. Ilmu itu luas. Belajar dalam bekerja itubpon merupakan ilmu.

Result SPM/ STPM dah keluar. Aku nak advice sikit. Tak perlu pon belajar sampai menara gading. Lagi bagus, JIKA kau (adik-adikku) telah dapat dan/ atau ada lubang/ peluang pekerjaan, masuk lah terus kerja. At least kau dah secure pekerjaan. Gaji boleh meningkat. Pangkat boleh naik. Boleh dapat peluang sambung belajar lagi ketika kerja. Yang penting secure kan pekerjaan.

Zaman sekarang ni ya Allah, tuhan je tahuuuu. Nak kerja kerajaan? Tunggu permohonan dipanggil berzaman. Dah dapat pulak ditolak sebab apa? Sebab tiada cable!

Doakan aku kuat! Dapat kerja cepat. Dan dapat berbakti pada ibu bapa dan keluarga!

– A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *