Terjebak Dalam Ajaran Salah

Assalamualaikum semua. Nama saya Rini. Saya akan bercerita sebuah kisah perjalanan hidup saya yang pernah terjebak dengan ajaran yang agak menyimpang daripada ajaran islam yang biasa. Saya datang ke Kuala Lumpur (KL) untuk belajar dan seterusnya bekerja juga disini. Banyak cabarannya hidup ditempat yang kita tidak biasa tanpa keluarga dan kawan2 yang kita kenali.

Setelah 3 tahun belajar di kota ini maka saya pun ditakdirkan bekerja di sini. Di sini saya sendirian yang bermaksud tiada saudara atau kawan yang dikenali. Segalanya baharu untuk saya. Maka terjadilah satu peristiwa di mana saya mengenali seorg teman yang baik, peramah dan sudi menjadi kawan dalam tempoh perkenalan yang singkat. Saya berkenalan dengannya dalam satu kursus yang sama.

Tanpa disedari pada kali pertama pertemuan, sahabat ini telah banyak bertanya tentang diri saya dan saya memberi tanpa rasa syak wasangka. Rupanya itu adalah langkah pertama dalam ajaran ini iaitu silaturrahim jadi salam persahabatanlah kami. Itulah titik pertama permulaan saya terjebak dlm dunia ini. Ajaran ini menjadikan alquran sebagai sumber utama iaitu segala kefahaman mengenai pelaksanaan kumpulan ini mengambil alquran sebagai panduan.

Dipendekkan cerita, saya pun bersama berjihad dalam kumpulan ini atas nama perjuangan islam. Walau bagaimanapun pelbagai ujian yang diberikan oleh pihak yang mengetuai ajaran ini untuk membuktikan kesetian dan kefahaman saya. Pelbagai pengorbanan juga perlu dilakukan terutama daripada sudut kewangan dan jihad diri. Itulah yang selalu ditarbiyah oleh ketua kami tentang jihad harta dan diri untuk dinaikkan darjat.

Pelbagai bentuk kepayahan yang saya dan rakan2 dalam memperjuangkan jihad ini. Saya jauhkan diri daripada keluarga, berhutang sana sini, jauhkan diri daripada teman-teman kerana tidak sealiran, berselisih pendapat dgn kawan-kawan kerana merasakan diri yang penuh dengan ilmu. Dan kemuncak kepada semua ini adalah kehilangan emak, kehancuran keluarga dan hutang yang banyak tetapi saya tetap bersyukur kerana saya tidak berhenti kerja (ada rakan-rakan yang berhenti kerja untuk jihad).

Daripada segala macam ujian ini, benarlah kata Allah dia akan kurangkan buah-buahan, makanan dan pelbagai lagi untuk kita rasa tiada tempat yang lebih baik untuk berpaut melainkan kpd Dia. Dan saya juga bersyukur kawan-kawan sekerja selalu menasihati saya untuk keluar daripada semua ini. Ya saya hilang emak, keluarga saya tunggang langgang, menanggung hutang yang amat banyak (pelaksanaan ini memerlukan kita mengorbankan sejumlah wang untuk tujuan jihad) tapi Allah hadirkan kawan-kawan yang macam saudara dengan saya. Masih ada yang sayang.

Sebenarnya diam tak diam saya melalui kemelut dalam ajaran ini menghampiri 11 tahun. Dalam ajaran ini, saya telah diletakkan ke beberapa buah kumpulan yang sering berpecah (ada yang menarik diri@bina kumpulan lain) tetapi ajaibnya saya bertahan dan setia untuk tempoh yang lama. Hihi, bayangkanlah berapa banyak hutang yang telah saya buat dan akan saya tanggung selama bertahun-tahun. Menyedekahkan wang gaji saya untuk kepentingan perjuangan walaupun tak tahu kemana sebenarnya wang itu pergi.

Ajaran ini menitik beratkan jihad untuk kumpulan. Setiap bulan kumpulan ini mendapat dana daripada umatnya yang sanggup mendana sekurang-kurangnya rm200 sebulan. Kini saya bebas daripada ajaran itu, saya smbung belajar lagi dan mula mencari kehidupan seperti insan lain tetapi segala pelajaran yang pernah saya dapat daripada pengalaman ini akan menjadi ilmu yang paling indah dalam hidup saya dan saya tak kan pernah menyesal malahan bersyukur kerana Allah masih sayang. Terima kasih Allah.

Nasihat saya kepada sesiapa pun yang membaca cerita ini akan mengambil iktibar terutama yang masih muda supaya berhati-hati dalam berkwn. Selidik dulu, jangan terus percaya tetapi jika dah terjebak jangan menyesal. Cari jalan keluar, usahakan diri untuk lepaskan segalanya dengan mencari guru yang betul. Berani untuk pergi (kerana saya sangat sayang dengan jihad) bila diri dah sedar.

Berdoa selalu dengan Allah supaya apa yang kita lakukan itu benar dan jika salah mohon bantuan Dia. Ingatkan diri waktu kita senang cuma Dia yang kita ada juga masa kita susah cuma Dia yang kita ada. Jangan disesalkan apa yang telah berlaku kerana ia mungkin takdir untuk kita semakin dekat dengan Dia. Mari kita positif dan ber Alhamdulilah.

– Rini

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *