Autisme II

Assalamualaikum semua.

Confession kedua dari aku tentang anak syurgaku. Boleh rujuk https://iiumc.com/autisme/ untuk baca confession sebelum ni. Tujuan buat confession kali kedua ni sebab bulan April ni adalah bulan kesedaran autisme sedunia. :)

Alhamdulillah skrg ni anak aku tu aku masukkan ke pdk (pemulihan dalam komuniti) setiap hari Isnin – Khamis pukul 8 pagi – 12 tengahari. Betullah kata org, kena banyak sabar sebenarnya kalau ada anak istimewa ni. Masa confession pertama aku tu disiarkan, anak aku masih aku hantar ke taska, jadinya takde masalah sangat. Akhir tahun 2016 lagi aku dah tanya sana sini untuk nak masukkan anak aku ke tadika sebab kalau ikut tahun, tahun 2017 ni anak aku dah masuk 5y dah. Kena jugak aku sekolahkan supaya tidaklah nanti terlalu last minit pulak aku nak sekolahkan dia lebih lebih lagi dia adalah anak istimewa.

Mula mula aku try pergi tadika Kemas ambik borang dan aku ada nyatakan masalah anak aku. Sikit pun aku tak bohong tak rahsiakan dari pengetahuan cikgu tu. Cikgu terima dan boleh cuba sebulan dulu mcm mana keadaan dia dekat situ. 1 Januari 2017 hari pertama dia sekolah. Dia sangat ok sikit pun tak nangis, takde nak ikut aku balik ke apa. Aku say bye dia pun bye bye kan aku jugak. Semuanya ok je dan aku hantar dia setiap hari ke tadika. Cikgu cuma cakap dia aktif tak duduk diam. Tapi masih boleh dengar arahan sikit. Sampai dah hampir sebulan kat tadika kemas, tiba tiba cikgu cakap pegawai dari jkm (jab kemajuan masyarakat) datang inspection dan menolak kehadiran anak aku kat situ. Sikit pun tak nak bagi peluang. Tapi takpe aku husnudzon maybe betul jugak sbb cikgu tadika tak berapa tahu nak handle budak budak berkeperluan khas mcm anak aku. Masa cikgu cakap mcm tu aku senyum je dan cakap takpe sbb dah boleh jangka benda ni akan berlaku. Jadinya awal awal aku dah siap siap tanya tadika pasti pulak.

Februari 2017 aku masukkan dia ke pasti pulak. Sebelum tu aku dah tanya 3 tempat tadika pasti. Dan ye aku tak berselindung ttg anak aku. A to Z aku cerita sikit pun aku tak sorok. Cikgu pasti pun kata boleh cuba, inshaAllah semoga ada keajaiban nanti. Tapi masa first day aku hantar anak aku tu aku dah rasa mungkin anak aku pun takkan kekal dekat sini. Bukan mendoakan tapi mcm dah terasa mcm tu hehehe. And yes, tak sampai 2 jam aku hantar, cikgu dah call aku suruh ambik anak aku. Yuran yang dah dibayar semua dipulangkan kecuali uniform yang dah dibeli tu tak boleh dipulangkan. Hahaha tergantung je uniform tu kat dalam almari. Cikgu pasti tu cakap anak aku tak duduk diam jugak berjalan ke sana sini je takut cikgu tak dapat tumpukan perhatian pada pembelajaran. Ye aku faham dan aku tak marah pun sbb aku yang terlalu nak mencuba masukkan anak aku. #JanganKecamAku

Lepas tu sebulan anak aku kat rumah je dengan mak aku sbb aku kan bekerja. Aku mtk tolong mak aku sementara aku carikan nak hantar dia ke mana. Cari punya cari, 1 je tempat yang aku rasa boleh terima dia, ye dekat pdk. Bulan 3 hari tu dia masuk pdk. So far dia seronok je kalau aku hantar, cikgu cikgu kat pdk pun elok layanan, nampak sayangnya dekat anak anak syurga yang ada dekat pdk tu. Ye, pdk tu bukan kanak kanak je, semua peringkat umur ada.

Dekat pdk ni anak aku banyak di ajar urus diri. Contohnya toilet train, makan sendiri, latih motor halus supaya lebih lembut lagi. Seriously makin dia membesar aku mmg risau. Risau tentang persekolahan dia of course. Sebab aku ada tanya tanya jugak lah, kalau anak aku belum pandai urus diri, sekolah pendidikan khas pun tak boleh terima. Sekurang kurangnya pastikan dia pandai urus diri baru sekolah pendidikan khas boleh terima. Bukan aku tak yakin pada anak aku untuk masuk kelas aliran perdana tapi aku rasa better dia di tangan yang sepatutnya yang lebih mahir lebih faham untuk handle anak anak syurga mcm dia.

Dia masih lagi pergi terapi private dan terapi hospital. Aku tak pernah miss hantar dia pergi terapi. Setiap bulan mmg aku ambik leave nak hantar dia terapi. Itu salah satu tanggungjawab aku untuk dia. Sikit pun aku takkan rasa terbeban, inshaAllah. Kami suami isteri ikhlas membesarkan dia untuk jadi kebanggaan kami suatu hari nanti.

Perkembangan anak aku skrg ni dah ada banyak words jugak dia boleh sebut dah. Banyak jugak arahan yang dia dah boleh faham. Aku dah boleh faham jugak kalau dia nakkan sesuatu. Mana yang aku larang dia buat dia mmg takkan buat. Anak aku ni nak kata hyper pun tidak sbb doktor pakar paed kata dia bukan hyper, cuma aktif mcm kanak kanak biasa je. Setiap kali ada temujanji dengan doktor paed mmg akan ada je pelbagai soalan aku ajukan.

Sampai skrg aku masih lagi baca dan baca dan baca dan study study study lagi dan lagi tentang autisme ni. Aku cuma berdoa sebelum anak aku mencecah umur 7 tahun, aku berharap supaya dia dah pandai urus diri, dah pandai kencing berak dekat tandas sendiri, dah pandai bukak & pakai baju seluar sendiri, dah pandai tuang air dalam cawan sendiri, dah pandai suap makan dalam mulut sendiri (yang ni alhamdulillah dah pandai tapi lebih pada malas, suka org suap je hihi)

Ramai org masih tak faham tentang kewujudan anak anak autisme ni sebab fizikal mereka mmg nampak normal mcm anak anak lain. Selalu terjadi bila aku bawak anak aku jalan jalan pergi mall ke, orang sekeliling pandang lain mcm je dengan gelagat anak aku. Contoh kalau kita tengok oku yang syndrome, automatik kita tahu dia syndrome kan? Kita pun automatik rase kesian dan simpati kan? Tapi tak sama kalau tengok anak autisme sbb mereka nampak normal dari segi fizikal. Kadang kadang tanpa tahu keadaan sebenar, dituduh pulak kita tak pandai jaga anak. Dikata lagi anak kita nakal anak kita degil. Sedangkan anak kita tu pun sama istimewa mcm anak syndrome, cuma yang membezakan mereka dari segi fizikal.

Mungkin ada ibubapa lain yang lagi berat ujiannya. Mungkin ada ibubapa lain yang lagi hebat dugaannya. Aku bukan mengeluh aku bukan menyesal aku bukan kecewa aku bukan meraih simpati….. Tapi aku rasa ibubapa yang punya anak istimewa seperti kami memerlukan sokongan dari org sekeliling kami untuk kami dapat mengharungi liku liku mendatang bersama anak syurga kami dengan senyuman dan bukan dengan tangisan yang terjadi dari pandangan sinis dan kata kata yang menusuk hati kami. Beratnya tuduhan bila dikata tak pandai didik anak tak pandai asuh anak. Robeknya perasaan bila dikata anak kita nakal dan melarang anak mereka berkawan dengan anak kita. Hinanya terasa bila dikata anak syurga kita adalah kifarah dari dosa silam. Allah berat sungguh tuduhan tu. Janganlah kita melukakan perasaan org kalau kita tak berada dalam situasinya.

Sempena bulan kesedaran autisme sedunia ni, aku berharap masyarakat akan lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian individu autisme di dalam kelompok kita. Jom sama sama sebarkan kesedaran tentang autisme #AutismeAwarenessMonth

– Ibu Anak Autisme

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit