Tips Haji VIII

Tips Haji VIII

Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-haji-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/tips-haji-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/tips-haji-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/tips-haji-v/).

Untuk part VI (https://iiumc.com/tips-haji-vi/).

Untuk part VII, (https://iiumc.com/tips-haji-vii/).

Alhamdulillah. Sampailah sudah kita ke tips ke 8 yang mana akan menyentuh cerita2 di Mina. Kepada semua pembaca setia, aku rasa bab Mina ni macam klimaks untuk series haji ni. Ala2 korang tengok drama Nur tv3 tu lah kan, tengah2 kemuncak gitu, time Ustaz Adam bergaduh dengan Nur, Ecah kena pukul dengan Madi. Time2 ni lah.

1- Pergerakan ke Mina

Ni macam aku ada cerita di tips ke 7. Kita akan gerak dari muzdalifah dengan menaiki bas ke Mina. Kebetulan, bas aku nombor 28, jadi, aku gerak dari Muzdalifah tu dalam pukul 7-8 pagi. Kiranya aku subuh di Muzdalifah. Perlu diingat, masa ni jalan sangat jam. Dengan kita dah ‘kepenatan’ (tak tahulah penat buat apa, padahal tidur je kat Muzdalifah), lepas tu nak hadap jam lagi. Ada juga yang dah stress time ni, tapi jangan risau. Naik bas, sambung je tidur. Takyah fikir2 ok.

Pengalaman aku sekadar nak cerita (tak mesti ikut), bas jam punya lah lama, dan jam pula di kawasan khemah2 Mina (Cuma bukan khemah orang malaysia, negara lain). Laluan bas dah bersimpang siur dengan laluan orang ramai. Bas nak gerak susah sebab orang2 yang lalu lalang (jemaah negara lain ). Jadi, kami 1 bas berbincang. Kita nak turun jalan kaki sama ke atau tunggu je bas sampai destinasi impian maktab orang malaysia.

Lepas tanya2 pemandu bas (perlu diingat, pemandu bas bukan orang tempatan ye. Mana nak cari saudian bawa bas, pemandu bas pun macam kita, datang buat haji juga. Cuma mereka ni dari negara2 arab macam mesir, yaman etc. Jadi, memang kena cakap arab la). Lepas kami berbual2 dengan pemandu bas, kita pun maklumkan yang maktab kita dah tak jauh sangat, boleh jalan kaki, instead of menunggu jam dalam bas.

Jadi, adalah sesetengah jemaah pun decide untuk turun dan jalan kaki je. Aku pula dah alang2 berbual dengan driver bus, aku pun tumpang caj henpon aku sekali. Jadi, aku tak turun bas awal sangat. Relaks je. Lepas beberapa minit (30 mins), aku pun turun lah bas tu dan jalan ke khemah sebab bas langsung tak bergerak. Kurang 10 minit berjalan kaki, kami sampai dah maktab. Memang dekat dah pun. Hehe.

So korang nanti let say stuck dlm jam, dan korang dah nampak petugas2 TH kat persekitaran, korang dah boleh turun bas. Insyallah kita dah di area maktab orang malaysia, tinggal jalan sikit je lagi untuk jumpa maktab kita. Tapi if nak duduk dalam bas sampai kita sampai pun boleh. Ikut kemampuan masing2.

2- Petak dalam khemah di maktab

Ingat, sampai2 je Mina. TH akan suruh kita rest dulu. Yelah, kan dah berjuang meredah jam yang berejam tadi. Jadi, masuk khemah kita. Duduk dulu. Rest.

Ok, bab khemah ni menarik sikit. Khemah di Mina ni lebih besar dari khemah di Arafah. 1 khemah besar boleh memuatkan (menyumbatkan) hampir 400-800 orang tau. Dan sama macam di arafah (refer tips 6 atau 7), setiap khemah besar ni dibahagi kepada beberapa plot. Macam petak sawah padi la. Jadi, setiap petak akan ada dalam 19-20 orang. Besar petak ni pula lebih kurang 3m x 2.5m sahaja. Bayangkanlah, dalam keluasan kurang 10m2 nak memasukkan 20 orang. Tu belum kira beg lagi. Haaaa… disinilah another cabaran bermula.

Pengalaman aku : petak aku terdiri dari beberapa orang muda, ada yang gemuk ada yang kurus, ada tinggi dan pendek. Macam2 ada. Tapi, rezeki aku, dapat di petak yang hujung (bukan tengah2), macam rezeki di khemah arafah juga. Kami bincang dan sama2 bersetuju untuk letak bag di luar khemah (petak aku kat hujung kan, letak bag kat pintu masuk la camtu) untuk bagi ruang petak lebih lapang. Sebab perlu diingat, ada jemaah yang bag nye memang banyak, jadi bila letak luar kemah, jadi lapang sikitlah petak tu.

Kami pun sedia ruang kosong sikit dalam setengah kaki sebagai laluan (untuk jemaah yang di petak tengah lalu melintas petak2 lain keluar masuk). Aku bersyukur petak aku yang 19 orang ni muafakat. Orang tua pun nak dengar n bagi kerjasama dengan orang muda, orang muda pun helpful tak ikut degil kepala masing2. kami yang muda2( 2 orang) ni offer susunkan beg semua ahli petak di luar khemah, jadi petak yang 7.5msq tu rasalah lapang sikit. Jadi, ada juga orang dari petak2 lain (petak2 yang bergaduh) last2 tidur di petak kami, hahaha.

– Nak tidur tiada tempat? Yang ni normal. Macam aku cerita, since petak aku dah lapang sikit sebab kami bubuh bag di bahagian luar tepi khemah kan. Jadi, kami pun susun siap2 la siapa tidur mana, nak tidur tak boleh nak melunjur kaki. Setakat kena sepak tu, benda biasa. Awal2 lagi masa sampai mina, kami sepetak dah minta maaf siap2 kalau tersepak, dengkur, terpijak dan lain2. Kita sama2 tak nak ada makan2 hati ni n kalau boleh nak fokus beribadah.

Aku pula senang je, kadang2 aku tengok ada makcik2 tidur tergolek dah terambil ruang secoet untuk aku baring, aku pun duduk je luar khemah, tidur atas wheelchair (siapa punya la ea), aman. Takkanlah aku nak tolak2 makcik tu pula kan. Takyah berebut. Haha. Ada 1 malam memang aku tidur atas wheelchair je. Kaki pula lunjur atas timbunan botol2 air. Dapat melunjur ni nikmat ok.

– Antara ahli petak aku pun ada makcik yang wheelchair bound. Jadi, kami susun tempat dia betul2 di hujung pintu khemah. Jadi,senang dia nak keluar masuk jika nak ke tandas. nampak tak, penting tau untuk sepakat. Aku rasa wheelchair dialah yang aku guna buat lepak tu, haha.

3- Jaga adab dan aurat

Ya ampun. Geram betul aku mengingatkan pakcik2 , atok2 yang suka betul intai khemah perempuan cari isteri dorang. Kenalah ingatkan suami korang yang dalam khemah tu ada isteri orang lain pula. Aku memang sepanjang dalam khemah, tak pernah buka tudung wei. Kejap2 ada je pakcik nak intai. Dah petak aku pun tepi sekali kan. Memang jadi medium mengintai la.

Gunakanlah teknologi, whatsapp atau telefon. Aku pula jenis malas on phone. Jadi,selalunya aku dah siap2 discuss dengan adik aku nak melontar pukul berapa bagai. Jadi, adik aku akan datang depan khemah dan jerit nama aku kuat2. ‘ Gohan!!!’ Aku pun lari le keluar jumpa dia.

Instead of pakcik2 intai2 khemah perempuan, ambil maklum siap2 kat mana petak isteri pakcik2 ye. Masa hari pertama sampai tu, terus hantar isteri ke khemah dan terus ambil tahu. Ambil tahu juga kat mana pintu terdekat untuk petak isteri pakcik2. Yelah, kang nak kirim2 panggil/ pesan ke. Jenuh cari tuannya. Bayangkan ada 600 orang . mana nak passing2 mesej wei.

Contoh kan aku bagi situasi. Petak aku no 20. Jadi nearby petak aku semua nombor 15-25. Lojik lagi la aku jerit tolong panggil ‘ makcik Milah, petak 18’ dia boleh dengar. Korang rasa, kalau makcik Leha, petak 44 nun ,mampu ke dia di hujung sana dengan aku panggil? Jadi suami makcik Leha seharusnya bijak, pergilah ke hujung khemah lagi satu (khemah ada 4 bucu), pergi bahagian khemah yang ada petak 40, panggil nama isteri kat situ, barulah isteri dengar. Get it?

Jangan kata intai khemah perempuan. Intai tandas perempuan pun ada. Ini pengalaman peribadi aku, boleh pakcik ni macam menjengket (panjat tembok), tak reti aku nak explain posisi dia, intai toilet perempuan. Time tu aku tengah syok beratur depan pintu tandas ok. Mujur aku tak singsing siap2 kain ke pinggang. Aku dongak ke langit konon nak menikmati alam sentosa, sekali nampak dia. Apa lagi, kena jerkah le kat situ ‘eh haji, apa intai2 ni?’ Boleh dia jawab ‘ pakcik bukan intai, tengok2 je’ What…….

Ni kome ingat2lah ye, tak perlu nak kepoh2 sangat. Kalau tahu toilet perempuan jammed gila pun, tak yah intai tengok2. Takyah buat perangai nak kepoh nampak accident/jam tepi jalan tu. Ni haji guys, haji!

4- Akhlak dalam khemah di Mina

Haji ni susahke? Kalau tanya aku, aku jawab tidak kalau kita ni sedaya upaya jadi orang berakhlak. Haji ni bukan untuk orang selfish, bukan untuk orang yang nak perfect selesa macam rumah sendiri. Anggap je lah beberapa hari di Mina ni ibarat pergi camping masa sekolah2 dulu kan kena Duduk khemah , nak buang air kena tunggu turn tandas (atau korek sendiri dalam semak2, hehe).

Mina antara masa yang meguji kesabaran kebanyakan orang. Yelah, nak melunjur kaki pun tak boleh, tersepak orang depan, kalau orang depan jenis tak sabar, boleh bergaduh. Sebab tu penting ada plan tidur macam mana. Kaki hala mana, kepala hala mana. Sepakat 1 khemah. Tapi, standard la, mana ada semua orang nak dengan cakap kita. Masing2 ada kepala masing2. Terutama bila jadi orang muda ni, payah juga orang nak dengar. haha

– Jangan pentingkan diri : contoh macam dah pukul 9 malam, semua orang dah ready nak tidur sebab kepenatan, jadi, bila hampir 90% dah bersetuju untuk tutup lampu khemah, kita yang maybe nak baca alquran ni pun, janganlah ikut kepala kita acah2 nak beribadah sampai bergaduh pasal tutup lampu. Dalam kes ni, gunalah torch light sendiri untuk baca alquran. Korang rasa benda ni macam common sense kan? Ha, sampai mina nanti, habis common sense hilang semua. Doa2lah tak jadi selfish sampai pasal lampu pun bermasam muka.

– Since aku bawa baju 2 helai je ( arafah 1 hari + 3 hari mina), maka aku memang basuh baju. Aku bawa tali, untuk sidai baju aku. Selang 1 jam je dah kering. Haha. Tali yang aku pasang dalam khemah pun menjadi pojaan ramai. Ramai tumpang gantung towel, tudung etc. Yelah, kan petak kami kat hujung, dah jadi macam checkpoint dah. Yelah, bayangkan orang yang petak di tengah, kat mana dia nak sidai2 kan. Last2 ramai lah menumpang sidai kat situ. Petak aku macam biasa, ok je. haha

– Janganlah rasa ‘ aku berhak’ dapat itu ,dapat ini. Ingat.semua orang bayar untuk menunaikan haji. Semua berhak. Ada kes kat petak2 lain once, dorang dah dapat port dorang. Dorang dah bentang tikar yang TH bagi, dorang dah tak bagi , malah halau orang yang lambat sikit sampai. Sebagai contoh, setiap petak kan boleh muat 20 orang. TH pula bagi tikar lapik tidur yang kalau kita bentang, boleh bentang 15 tikar je, dah menutup semua lantai petak khemah kita.

Jadi, 5 orang lain yang lambat sampai, tak sempat bentang tikar, jangan kita halau. Selagi nama dia ada dalam list petak tu, dia juga berhak. Benda2 ni boleh bergaduh2 wei. Sedih aku tengok makcik2 yang kena halau. Last2, dorang yang kena halau ni, ada je datang mengadu ke petak aku (petak aku kan petak PBB hahaha), ada juga yang menumpang petak kami (jiran2 kan). Last2 petak aku dari 19 jadi 21 orang bila malam2 tidur. Yang tambah sedih, bila kita nak solat dalam khemah, memang kita kena lapangkan sikit khemah kita. Masa ni, ada je jemaah yang marah ‘ eh ni petak tikar aku, jangan nak masuk ea’.

Jadi, buntu aku tengok makcik2 kemah yang kurang harmoni ni, last2 ,depa ni pun tumpang petak aku je if nak solat. Alaa… solat berapa minit je pun, bagilah ruang sikit. Even duduk kejap baca alquran pun kadang2 ada rakan sepetak dorang halau. Last2, aku cakap, makcik2 yang kena halau ni, duduklah baca alquran di petak group aku .so far , ahli petak aku memang terbaik, tak berkira or bergaduh benda2 tak masuk akal macam ni.

Sebenarnya nak cerita bab2 ni, banyak je. Tapi kang takut terlebih bawang pula. Cuma aku nak highlight, kita semua berhak dalam ruang tu, jangan penting diri, ni bukan pertandingan ‘ siapa cepat dia dapat’ oi! Sama2 tolerate ok. Yang terbaik if susun tikar siap2 macam hala ke kiblat, jadi kalau orang kanan kiri baring pun ,takdelah ganggu orang yang nak solat kan. Cuba korang baring susunan melintang, siap kali nak solat, ada kena kejut 2-3 orang yang tengah baring tu. Mahu perang dunia ke 5 wei.

5- Tidur

Bab tidur ni macam aku explain panjang kat atas. Cuma ni nak highlight, bila gang2 nafar awal dah balik, khemah jadi lapang sangat. Time ni memang bahagia wei. So, ‘kesengsaraan’ berhimpit2 tu 1-2 malam je. Bukan banyak pun. Jadi, dorang balik je, aku pun pindah lah ke petak2 yang dah kosong . hampir 50% kosong kot . time ni dah tak bergaduh rebut ruang tidur, ruang solat dan lain2. Tapi, still harmoni petak aku sebab time makan je, lepak sama2

Aku tahu ada yang share tips kata, takyah tidur di mina berhimpit, ambil je teksi lepas melontar, balik ke hotel di mekah untuk mandi rehat dan lain2. Yang ni aku no komen. Tapi aku tak buat. Korang kena careful n fahami maksud kena berada di mina tu apa, kena ada di sana berapa jam sekurang2nya. If dah faham benda ni, barulah korang nak berulang alik mina-mekah pun, ikut suka hatilah. Aku bukan ustazah nak explain bab2 ni. hehe

6- Tandas

Bab ni penting. Tandas di mina boleh dikatakan sentiasa jam. Pukul berapa pun jam terutama tandas perempuan dan bila nak dekat masuk waktu solat. Untuk petak aku yang harmoni ni, bila ada jemaah yang nak ke tandas (yang berumur), jemaah yang muda2 sikit ni akan tolong survey kan tandas tau. Balik survey, kitorang siap bagi laporan ‘cuaca’ tandas lagi , ribut ke, angin sepoi2 ke. Mostly tandas di mina memang ‘ hujan lebat, atau ribut’ je. Pukul 1-2pagi barulah cuaca angin sepoi2 bahasa tu. Haha.

So, Apa aku buat :

– Aku pergi tandas awal. Contoh, masuk waktu solat pukul 11. Pukul 9 dah pergi. Walaupun awal 2 jam, tapi still kena beratur ok. If lepas tu terkentut (batal wudhuk), aku wudhuk dengan air spray je lah.

– Aku pergi tandas maktab lain. Hahahaha, yang ni kena keberanian sikit. Aku dengan adik aku memang dari awal lagi dah jalan2 sekitar mina, tengok maktab malaysia yang lain2. Aku ambil tahu jadual waktu mereka melontar. Contohnya maktab aku melontar pukul 4pm, maktab lain melontar pukul 2pm, jadi kalau pukul 2 aku nak ke tandas, aku sanggup jalan jauh ke maktab orang lain. Lapang sikit, takdelah nak kena beratur kan. Hahah. Jadual melontar yang TH keluarkan ni untuk dirujuk je, actually kita bebas nak melontar bila2 masa pun. So, ada je lagi ummat dalam maktab tu, bukannya sepi terus.

Lagi best kalau korang tahu maktab gang2 Pakej (yang bukan muassasah tu). Since dorang ni pakej, dorang kena melontar secara rombongan dengan pakej dorang. Yelah, kan dah bayar mahal2 kan. Bila dah semua keluar melontar serentak, memang kosonglah tandas dorang. Nak mandi basuh baju pun boleh. Hehehe. Condition tandas dorang pun sama je macam kita yang muassasah ni, takde special apa pun. Mozek lawa ke, shower besar2 yang macam hujan tu ke, takde. Janganlah korang bayang gang pakej dapat special treatment pula kat mina. Sama je wei. Cuma dorang dapat tilam nipis la banding kita tidur atas tikar. Tapi, berhimpit tu tetap berhimpit. Cuma taklah sesumbat kita.

– Aku pergi tandas awam : ok. Sebenarnya di sekitar mina ni ada banyak tandas awam. Kerajaan saudi buat ni untuk mudahkan jemaah2 yang tak de khemah spesific di mina, so,dorang boleh gunalah . aku setiap kali pergi melontar, aku singgah tandas yang kita akan lalu on the way back dari melontar. Tandas ni macam tertutup sikit, nak masuk kena jumpa petugas arab yang berkawal , cakap je nak pergi tandas. Skrip ‘ uridu an azhab ilal hamam’ ni penting tau. Bahasa arab yang lain tak penting sangat. Nanti, mereka bagi la masuk guna tandas tu.

Boleh kata rutin wajib aku dengan adik aku, balik melontar, singgah sini, kadang2 mandi hemat diri apa yang patut. Toilet ni bersih, selalu kosong. Tiada orang pergi pun .sebab mostly orang balik dari melontar, semua nak balik cepat2 untuk berehat kot. Takpun ramai tak tahu bangunan tu tandas Haha. Jadi aku pula singgah sebentar toilet R&R ni. Memang puas hati.

Selain itu, tandas awam ni banyak je dekat on the way ke muassim, kawasan jual2 makanan kat mina tu, apa semua. Kat sini korang akan jumpa jemaah negara lain tau. So meriah sikit. Tapi tandasnya bertingkat. Kadang2 aku nak guna tandas masa waktu2 solat, memang aku rela berlari keluar maktab aku untuk ke tandas awam ni. Daripada beratur berejam2 depan tandas maktab sendiri. Gituuu.

Selalu juga aku basuh baju kat sini sebab paip nya banyak dan ada ruang untuk basuh baju. Aku memang tak basuh baju di tandas maktab, boleh bergaduh nanti kena sound ‘ orang nak cepat, dia boleh basuh baju’. Tak best la kan, macam zalim pula kalau basuh baju time orang kalut nak solat bagai. If nak basuh baju di tandas maktab, basuh lah waktu2 1 pagi yang tak ramai orang guna.

– Jangan menipu : ada antara jemaah ni, dia akan tiba2 lari ke tandas dan mengadu macam ‘tolonglah bagi masuk dulu, tak tahan sangat dah ni’. Dan biasanya orang akan bagi sebab kesian. Tapi, harap sangat bab ni janganlah menipu. Sebab ada aku tengok makcik2 kat khemah aku share tips ni. Dorang cakap, kita buat je macam tu, supaya orang bagi kita potong que untuk masuk tandas dulu. Kalau betul, memang tak baiklah kan sebab orang lain sanggup beratur berejam ok demi tandas. Ingat, jangan buat ni. Zalim tau pada yang beratur berejam ni.

7- Melontar

Jarak maktab kita ke tempat melontar boleh dikatakan tak jauh. Syukurlah maktab malaysia antara yang terdekat. Dekat tak dekat jugalah tu. Dalam 3km pergi, 3km balik ada aku rasa. Maktab negara lain , lagi jauh ok. hahaaha

Nasihat aku :

– Jangan pakai telekung. Aku pun tak tahu mazhab manalah yang ajar kita ni kena pakai telekung untuk tutup aurat. Telekung dahlah besar dan sesetengah telekung berat ok. Nak jalan berkilo2 meter je dah boleh rimas. Pakai tudung biasa je asalkan tutup aurat. Lagipun nak pergi melontar, bukan nak pergi solat pun. Pakailah baju dengan seluar untuk mudahkan berjalan kaki tu. Abis aku tengok some makcik2 ni singkap telekung sampai ke tengkuk, terselak pula nampak belakang tengkuk. Baik pakai tudung biasa.

– Takyah bawa bag. Aku pun tak tahu kenapa ada nak bawa bag tangan berat2 tu pergi melontar. Pakai je nametag yang TH bagi, bawalah duit 10-20rial (kot kot on the way back melontar nak mengeteh ke), bawa batu dalam uncang yang TH bagi tu, bawa handphone. Nak bawa buku doa pun boleh, tak nak pun takpe. Lain2 tak perlu bawa .serius. nak jalan kaki jauh2, kurangkan sikit beban yang dibawa. Berat oo.

– Makcik2 yang bertongkat ni, afdhol sangat guna tongkat yang boleh transform jadi kerusi tu, nanti sampai je dekat travelator, boleh duduk atas kerusi tongkat tu. Elok je dia gerak nanti. Feeling diva sangat aku tengok. Style ok. Bijak! Jadi kalau mak2 korang jenis pakai tongkat, better belikan tongkat yang boleh transform jadi kerusi ni. Daripada tongkat just tongkat.

– Bawa air spray – ni jika korang melontar tengahari panas2, jadi sepanjang jalan boleh lah spray2 air ke muka sendiri. Jangan risau, sepanjang jalan ada beberapa point yang ada water cooler. Sejuk ok. Tapi time ramai guna, dia mulalah tak sejuk sangat, suhu bilik je. Jadi, aku selalu juga refill air botol dengan air watercooler ni. Kiranya berbotol2 jugalah aku minum kalau melontar tengahari. Nanti petugas2 askar arab ni akan spray air juga kat kita. Aku suka. Rasa macam main hujan. Best, hahaha.

– Melontar malam – nak lebih selesa, tak panas (suhu hampir 50deg tengahari). Boleh lah pilih melontar waktu malam atau subuh. Selalunya banyak makcik2 akan melontar time ni. Jadi, since aku dah melontar tengahari, bila malam makcik2 petak aku pula pergi melontar, dapatlah aku baring tidur 2jam gak la melunjur kaki sebab petak jadi lapang sikit kan. Dorang balik, aku pun bangunlah, kembali mengerekot tidur macam baby dalam rahim ibu. Gituuuuuu.

Sejujurnya, seronok sangat di mina, bangun pagi je, ada yang rajin ambilkan air panas 1 jag terus, buat air dan makan biskut cicah2 lagi. Lepas tu, kalau tiba2 lapar, ada je yang nak buat maggie. Memang harmoni kemah aku. Lepas balik dari mina, aku cari2 juga ahli petak aku, last day sebelum gerak ke madinah (berpisah la konon), aku lawat bilik2 ahli petak aku tu di mekah. Kot2 dah tak jumpa kan. Memang seronok mengenangkan 3 hari berukhwah dengan depa.

Dah setakat ni dulu, aku rasa ni paling panjang aku tulis. Harapnya membantu. Kalau ada nak tanya apa2, boleh lah tanya kat komen. Aku rajin, aku tulislah post untuk menjawab persoalan korang, hehe.

Apa2 pun sama2 kita doakan dapat haji mabrur. Nak dapat haji mabrur, sama2 kita elokkan akhlak kita sebelum pergi sana, moga di sana terpancar akhlak yang elok2 je. Ingat, ikhlas kan diri bukan semata-mata nak gelaran haji/hajah. Kita ni hina, nak pergi mohon ampun atas dosa2 kita. Tiada yang lebih mulia antara kita ni kecuali orang bertaqwa.

Akhirul kalam, aku minta maaf la kalau sepanjang siri penulisan aku yang acah2 ada follower baca ni, kot2 ada tulis yang menyakitkan hati ke ye. Selamat menunaikan haji guys!

– Gohan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit