Assalamualaikum admin & readers.
Sebelum Kak Ngah bercerita perihal Kak Long, jom kita sama-sama doa semoga Kak Long diberi semangat yang tak berbelah bagi seperti semangat yang dipunyai wanita terhebat, setabah Asiah.
Amin.
Kak Long ni merupakan kakak sulung Kak Ngah. Satu-satunya kakak sedarah sedaging yang Kak Ngah ada. Kak Ngah sayang Kak Long seperti sayangkan nyawa sendiri. Bagaikan cubit peha kiri peha kanan terasa juga.
Kak Long cantik. Cantik melayu. Cantik dalam darjah tersendiri. Bak Seniwati Latifah Omar. Masya Allah, hanya Dia yang layak menerima pujian. Cantiknya berkali kali ganda cantiknya dari Kak Ngah. Tapi nasib sering tidak menyebelahi dirinya.
Kak Long bijak. Ketika SPM diumumkan, dia antara yang cemerlang. Bila mendapat panggilan ke universiti, Kak Long sorokkan surat uni. Kami menyangkakan dia gagal ke uni tapi sebaliknya dia mahu berkorban sekolah dikampung untuk membantu ibu sementelah yang lain masih kecil dan abang sulung masih belajar di universiti.
Setelah result STPM Kak Long diumumkan, resultnya masih cemerlang, namun dia tangguhkan kemasukan ke uni dan nak kerja dulu. Walaupun mak ayah menentang, Kak Long yang dalam lembutnya, ada keras hatinya membulatkan tekad.
Kak Ngah kecik lagi masa tu. Masih main konda kondi. Gagal faham situasi dan kehendak Kak Long. Tapi bila Kak Long dah seronok kerja, walaupun dengan gaji kecik, Kak Long jadi lupa sambung study.
Masa Kak Ngah dapat offer ke Matrix, Kak Long masih kerja ditempat lama. Dan dia masih sendiri. Tiada lamaran yang datang. Orang lain sibuk bercouple, Kak Long sibuk cari duit. Sehinggalah satu petang, ada satu lamaran datang dan mak terima tanpa berfikir panjang. Tambahan pula, mereka masih ada bau-bau bacang dengan mak. Keja di KL. Pegawai katanya.
Selepas kawen, Kak Long resign keja dan ikut husband ke KL. Bertahun di KL, Kak Long ada sesekali menelefon mak. Dengan Kak Ngah, memang jarang. Bole dikira dengan jari. Dalam hati Kak Ngah, siap tuduh Kak Long dah sombong. Tapi ada jugak dengar ura-ura mengatakan hubby Kak Long cuma keja pengawal, bukan pegawai. Apa-apa ajerlah, janji Kak Long bahagia. Bagi kami, pangkat kedudukan ni cuma harta dunia.
Bila Kak Long decide untuk balik menetap dikampung beberapa tahun kemudian, Kak Ngah memang terkejut tengok Kak Long. Kurus dan pucat. Serinya dah hilang entah ke mana. Rupa-rupanya Kak Long pulang bersebab. Hubby nya dah diberhentikan kerja.
Setelah berbulan menetap dikampung dan buntu carik kerja, Kak Long bukak warung tepi jalan, menjual nasi bungkus. Dengan menanggung anak tiga orang dan suami yang malas kerja, Kak Ngah rasa Kak Long adalah Superwoman terhebat abad ini.
Bangun seawal 3 pagi, siapkan barang jualan, dan pagi nya Kak Long terpaksa hantar anak-anak kesekolah, bukan satu tanggungjawab enteng rasanya. Tengaharinya untuk jemput pulang dari sekolah, Kak Long pulun juga.
Sebelah petang pula, Kak Long bukak gerai lagi untuk jual makanan bergoreng. Kalau anak anak ada aktiviti KO disekolah, Kak Long jugak yang menjemput menghantarnya. Malam pulak, Kak Long terpaksa bersengkang mata menyiapkan barang jualan untuk keesokan harinya. Begitu rutin Kak Long setiap hari. Kak Long bagaikan tak pernah letih. Tak kenal erti penat. Masa 24 jam sehari Kak Long bagaikan tak mencukupi. Suaminya ada, bagaikan tiada.
Kak Long pandai menyorok cerita. Bila kami tanya, Kak Long cuma menggeleng kepala. Semuanya baik-baik saja padanya.
Bila ada lamaran datang untuk Kak Ngah, katanya istikharah dulu. Jangan biarkan peristiwa lama berulang kembali katanya.
Bagi Kak Long, suami adalah raja baginya. Bila janji diikat, dan di lafaz aqad, rasa cinta bersemi, rasa kasih bersimpul mati. Tiada ruang derhaka, tiada tempat nusyuz bermaharajalela. Pada Kak Ngah, yang cetek ilmu agama ni, suami yang taat pada tuhannya, yang cukup ilmu akhirat dunianya, barulah boleh dianggap raja. Yang wajib ditaati ratu dan rakyatnya. Selain itu, tittle nya cuma raja boneka. Raja pada nama.
Kak Long, betul Kak Long setia. Tapi bukan ini caranya. Kalau Kak Long mahukan syurga, ini juga bukan jalannya.
Kak Ngah tak tau ajal Kak Ngah bila. Izrail sedang menunggu dimana-mana. Sebelum Kak Ngah menutup mata, please, tolonglah hidup bahagia. Bahagiakan diri Kak Long seadanya.
– Kak Ngah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit