Pandemik COVID-19: Positif Dan Negatif Kita Adalah Pilihan

Assalamualaikum buat pembaca IIUM Confession..

Sebelum ini penulisan saya pernah di approved di dinding conffesion IIUM Confession ni, kali ni penulisan yang saya rasa lain sikit untuk menulis bagi berkongsi pendapat..

Jika admin approve kan alhamdulilah jika tidak, tak mengapa kerana saya menulis atas pendapat yang berbeza dan menulis adalah jiwa saya walaupun pengajian saya tidak melibatkan penulisan tapi ku dapat melihat pelbagai karenah masyarakat..

Okey sebelum nak masuk kepada apa yang saya ingin sampaikan, sebelum tu saya memohon maaf seandaikan coretan saya berlainan pendapat pada semua,

Setiap orang ada hak untuk bersuara dan mengutarakan pendapat tapi kenapa saya mengutarakan disini kerana saya malas nak melibatkan kenalan dan orang yang mengenali membaca nya. (Jika ada masa saya selitkan kenapa dalam penulisan saya, insha Allah)

Ok letgooo kita berkongsi pendapat sama2 dan sama2 fikir untuk musabah diri kita..

Sedia maklum negara kita dah masuk tahun kedua dalam membendung pandemik covid19 kan, semua orang dah penat!

(Saya pun penat nak hadap kelas online memanjang tapi sekarang dah habis teori tunggu kebenaran untuk praktikal diluluskan) semua orang terkesan kan semasa PANDEMIK ni,

Bukan saja Malaysia, bukan saja masyarakat, ibu ayah kita dan kita tapi seluruh DUNIA dan pelbagai peringkat umur, pelbagai jenis sektor pekerjaan, dan sebagainya.

Masa saya tengah menaip untuk memberi pandangan saya, negara kita sekarang ni telah diuji lagi dengan peningkatan kes 2000+ sehari, banyak kluster baru di tempat kerja dan sekolah dah muncul (dan ada sekolah juga tutup di kelantan), kluster kenduri dan macam2 lagi.

Menurut pakar, pandemik ni memakan masa mungkin 3-5 tahun (wallahualam ALLAH YANG MAHA MENGETAHUINYA)

Pandemik pada gelombang ketiga ni lebih mencabar bagi masyarakat malaysia kerana masing2 dah penat dengan SOP,

Berlaku double standard dengan vvip, ahli politik, artis, intafamous dan sebagainya dengan rakyat jelata yang tiada pangkat, tiada nama, tiada harta, dan “tiada kabel”. Ye betul saya juga terkesan dan kesian melihat mereka walaupun kita bukan berada tempatnya.

Saya sama sekali tidak memihak kepada mereka tapi saya agak hairan kenapa banyak cerita palsu yang perlu dibuat untuk mengeruhkan keadaan?

Saya melihat ada anak jiran saya dibenarkan balik untuk menjenguk ibubapa dia orang yang uzur, dan bukan setakat jiran saya tapi banyak yang saya jumpa, mungkin yang mem’upload’kan dengan menulis kapsyen yang memihak kepadanya,

Jika kita mempunyai bukti yang kukuh kita juga dibenarkan rentas daerah, dan ada kes yang viral ibu or ayahnya meninggal dunia mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bukti untuk pulang

*FAKTA MEDICAL*

Jika seseorang meninggal dunia dan pernah mendapat rawatan atas penyakit yang dihadapi di hospital tersebut doktor akan keluarkan burial permit untuk kematian pesakit,

Jika pesakit tidak pernah mendapat apa2 rawatan tentang penyakitnya pihak polis akan keluarkan burial permit kematian dan posmortem harus dilakukan (untuk mengetahui punca kematian).

*FAKTA MEDICAL TAMAT*

Anda ingat cepat ke pihak hospital dan pihak polis dan keluarkan sesuatu bukti yang melibatkan nyawa? Ia harus diperiksa dengan betul supaya tidak tersalah.

Satu lagi penyakit rakyat malaysia ni iaitu tak ada sikap yang boleh bersabar, kita nak sakit bila pergi hospital kerajaan nak cepat, nak beli makanan kfc dan sebagainya nak cepat kalau lambat or tersilap melenting marah,

Tak masuk lagi foodpanda yang lambat dan sebagainya.. Kalau isu kondem orang masyarakat kita lah juaranya, isu dia elok orang lain tak kita lah juaranya, isu body shaming orang kita juga lah juaranya..

Negara lain sistem dan teknologi dia orang hebat dan maju tengok lah negara dia orang! Membantu sama2 memajukan negara sendiri! Cukai dia orang pun tinggi tak pelik dia orang banyak kelebihan dari kita, kita nak kondem kerajaan dengan bandingkan luar negara tak padan!

Beli barang RM10.30, yang 30 sen nak kurang atau lagi teruk nak RM8/9 dengan penjual yang sebaya mak ayah kita, tu tak termasuk lagi pungpang2 cakap yang pemimpin ni tak elok semua tapi kau sendiri penerima bantuan yang lagi teruk tak kerja.. Hurmm..

Sebab tu saya cakap positif or negatif adalah pilihan..

Kita sebagai rakyat marhaen kena banyakkan membaca dan tahu info2 luar negara dan info negara kita supaya tidak ketinggalan dan kita tidak mudah percaya bulat2 apa yang khabar angin, apa keyboard worrior tuliskan dan banyak lagi lah.

Okey kita masuk bab yang tengah heboh dibincangkan dan viral sekarang ni isu masjid ditutup untuk solat fardahu dan terawih,

Sumpah saya salah seorang yang rasa sedih dan rindu sebabnya dah 3 tahun balik tak sempat nak solat terawih dekat masjid lepas tu tahun lepas covid tahun ni baru merasai 4/5 hari dah kena tutup masjid tu..

Tapi bila fikirkan sudut positifnya bersebab.. Jika allah tak izin idea mereka para pemimpin untuk dipersetujui bukan ke tidak akan berlaku juga?

Jika kita fikir kan Allah nak bagi kita iktibar, iktibar atas apa yang pernah berlaku pada negara kita pada awal pkp 1.0 yang golongan tabligh (di petaling jaya) teruk dikecam, agama islam dihina sebab ni lah, cuba fikir tak kan lah nak bagi pisang berbuh dua kali?

Masa isu ni pun berapa kerat saja tolong backup? Berapa kerat saja bela islam tapi bab ni laju semua bela dan jadi keyboard worrior!

Lepas tu yang hadir kat masjid tu bukan siapa-siapa mak ayah kita lah, umur mereka ni kalau dapat apa2 virus mereka dah kurang imun untuk melawan, risiko mereka meninggal sangat2 tinggi lepas tu nak salah kan pihak tertentu tak tutup awal?

Nak salahkan tak ambil peduli? Lepas tu nak bandingkan dengan majlis2 perkahwinan vvip, artis dan intafamous?

Kenapa mereka tak dikenakan tindakan sebabnya mereka tiada pihak yang khas untuk dipantau, pihak polis? Kalau halal haram dapat suapan sehingga banyak yang dipecat dan didedahkan nama..

Bagi rakyat dan masyarakat yang selalu bertanya dari mana kes dan angka ini meningkat dan terus meningkat, ia adalah hasil sikap degil kita semua yang kadang2 lupa dan alpa..

Saya ada join satu group telegram daerah saya tinggal, ramai member didalam telegram mengatakan dari mana kes tersebut timbul dan ia adalah tipu muslihat kementerian kesihatan malaysia,

Saya sangat2 geram ingin mengatakan bahawasanya yang positif adalah kes semalam adalah dari pesakit dialisis dimana ayah saya juga mendapatkan rawatan disana

(Alhamdulilah ayah ada keuzuran pada hari dialisisnya dan ayah saya seorang pesakit yang tidak perlu kuarantin dan swab atas sebab kontaks rapat)

Buat yang kondem angka tersebut meningkat kerana pada jam 12 tengahari semua data akan dikeluarkan,

Jika hari ni ramai yang swab dan dah berapa orang menjadi kontaks rapat dan rantaian nya bukan ke esok keputusan akan dikeluarkan ataupun 2/3 hari bergantung pada tempat masing2?

Banyak kan lah membaca buku, pandangan ahli ulamak, agama, tafsir alquran untuk relate kan dengam musibah yang menimpa dunia, masyarakat dan diri kita..

Banyak lagi pandangan nak dikongsikan memandangkan esok sahur kan so sampai disini saja perkongsian.. Kalau ia diapprove kan setiap komen dan pendapat anda saya akan baca dan berlapang dada menerimanya..

Tolong kesiankan kepada frontliner kita dimana mereka berada, dan saya doakan buat saudara dan saudari yang lama tak balik menjenguk ibubapa, adik beradik sedara mara insha Allah suatu hari akan tiba masanya..

Buat kakak dan abang saya yang tidak boleh balik jaga diri buat saudara mara yang dah lama tak bersua muka salam rindu dan buat kalian yang membaca semoga ada cahaya dan jalan keluarnya disamping dipermudahkan segala urusan kita, AAMIIN YRA..

– NUR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *