Stress Seorang Surirumah

Assalammualaikum semua,
Nama aku minah. Maaf sekiranya apa yang aku luahkan ni menyinggung sensitivity sesetengah orang. Apa yang aku nak luahkan ini adalah perasaan aku, yang saban masa berperang dengan emosi dalam diri.

Aku merupakan seorang suri rumah, memiliki anak 2 orang yang mana 2-2 adalah lelaki. Yg sulung 3 tahun dan yang ke2 1tahun. Selalu aku ditegur, boleh dah ni mengandung lagi, anak no2 nak adik lagi ni. Tahu kah engkau, aku cukup struggle membesarkan anak2 aku ni. Kadang2 aku terkesan walaupun aku cuba tidak mempedulikan kata makcik2 bawang. Walaupun aku hanya suri rumah tapi urusan kerja harian membuatkan aku penat, dengan anak2 melasak. Kadang2 aku meluahkan pada suami, aku kepenatan. Tapi suamiku selalu berkata, bersyukur la. Orang lain xde anak. Kena pegi kerja hari2. Bukan tu yg aku minta. Aku Cuma nak dia faham, aku kepenatan, berilah aku masa untuk diri sendiri. Tolang jagakan anak2 ke. Kawasan persekitaran rumah aku xde jiran sebab rumah kampong, aku tak ada kawan nak berbual. Tak ada orang nak meluahkan.

Suami aku kerja 8-5. Bila balik jarang membantu aku dengan kerja dirumah, dengan alas an aku suri rumah. Patut aku buat semua nya. Aku stress, aku mengalami kemurungan kadangkala tu. Bila aku luahkan kata aku tak bersyukur. Ada satu ketika aku rasa nak tinggalkan anak2 aku, dan aku lari. Tapi kadangkala aku rasa aku masih waras. Kesian anak2, tapi kadang tu aku penat. Bila aku buat ujian stress di web, tahap stress aku 65%. Aku kadang2 susah hati juga, takut anak2 aku terkena tempias kemarahan aku. Bila anak meragam, kadang aku tak sempat nak kemas kain, rumah. Tapi suami aku kadang cakap duduk rumah pun apa kerja takkan tak sempat buat? Wei, aku sendiri pun penat, kalau kau tolong taka pa juga. Ni basuh pinggan pun susah. Apa lagi nak tolong basuh kain, jaga anak?stress nya aku.

Aku tak tahu nk bercakap dgn siapa. Sbb suami aku sendiri tak cuba menyelami perasaan aku. Anak2 aku dalam usia yang kuat melasak sedang ini. Si adik selalu menangis nak berdukung je, dengan si abang yang melasak sana sini. Nak keluar ke pasaraya untuk kurangkan tekanan, rumah aku pedalaman juga. Bila dah keluar ke pasaraya, seringkali suami aku kata beli barang cepat2, tak payah nak round sana sini, mana aku tak stress? Aku rindu suasana rumah family aku, family aku tinggal di tengah kota, walaupun jem sana sini, aku gembira bila balik rumah parent aku. Mungkin sebab aku dah biasa dibesarkan di sana. Rumah parent dekat dengan pasaraya, walaupun hanya berjalan tengok barang, aku gembira menolak troli sana sini. Tapi nak balik kerap rumah parent, suami aku tak berapa bagi, selalunya sebulan 1kali je aku balik rumah parent.

Aku harap makcik2 perempuan2 kat luar tu tak payah la cakap, bila nak tambah adik, bila nak mengandung lagi. Ingat sesetengah orang suka ke? Nak jaga yg sedia ada pun kemain sukar. Setiap individu tak sama ye. Bukan tak bersyukur, Cuma nak jaga kesihatan dari segi mental dan emosi. Lama2 boleh gila pula. Para suami pun tak payah la nak kata nak anak satu team bola, sedangkan membantu jaga anak pun payah. Yang sedia ada pun tak terjaga. Aku harap aku mampu melawan perasaan stress aku, aku selalu berdoa agar aku sentiasa bersabar.

Terima kasih membaca coretan aku dan mendengar luahan yang tak seberapa ni.

– Minah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit