Student local dan student overseas

Terima kasih admin kalau approve . Hehe ?

Dulu pernah kecoh pasal student local tak puas hati dengan student overseas . Katanya student overseas ni asyik travel je , diorang pulak stres bagai nak gila dengan assignment .

Masa aku baca benda tu aku senyum je . Yelah , nak marah buat apa . Diorang tak tahu cerita sebenar . Cerita di sebalik travel student overseas . Diorang tak tahu hempas pulas nya student overseas ni nak habiskan exam sebab nak balik malaysia . Sakitnya hati tahan rindu kat mak ayah . Bila stres exam nak dekat , nangis2 sebab tak cukup masa nak study nak tido bukan dapat balik hujung minggu pun peluk mak ayah . Yang nampak cuma bahagianya kitorang pergi jalan sana sini . Hehe . Yela , takkan nak tunjuk cela sendiri . Nak tunjuk orang mestilah tunjuk benda yang best . Every person has a chapter that they don't read out loud .

Aku pernah jugak lah jadi student local . Alhamdulillah Allah bagi peluang rasa dua2 . Stres jugak nak siapkan assignment nak exam . Tapi selalu sedapkan hati , takpe minggu ni kan nak balik kampung jumpa mak ayah .
Tapi bila dah kat negara orang , lain pulak pujuknya , study je lagi , nanti kalau tak pass exam tak boleh happy2 balik malaysia .

Pernahlah aku ni overconfident . Masa tu tengah tension study test tak pass2 . Pastu tetiba terpujuk diri sendiri , takpe nanti hujung minggu balikla jumpa mak ayah . Entah macam mana teringat balik yang aku ni duduk jauh . Kalau nak balik tu memang makan masa 2 hari . Apa lagi lencun lah buku aku .  Kitorang ni pergi travel bukan pakai duit mak ayah & kerajaan semata . Aku budak private . Bila nak pergi travel tu hah retilah aku nak menjual makanan tiap2 minggu . Travel tu kira macam hadiah lah bila kitorang pass exam .

Tipulah kalau cakap yang kitorang ni tak jeles tengok student local dapat study kat negara sendiri . Jeles tahap aku pun tak tahu nak describe macam mana dah . Lecturer ajar dalam bahasa yang senang faham . Dapat makan makanan sedap2 . Boleh dengar azan setiap kali waktu solat . Senang nak solat bila keluar jalan2 . Nak buang air semua senanglah sebab tandas ada air paip . Paling best dapat jumpa mak ayah selalu . Even bukan seminggu sekali tapi daripada setahun sekali kan ? Tapi satu jela kena jeles , internet kat sini laju dan murah . Haha . K

Ada sekali tu , aku ingat lagi bila student Russia meninggal dalam kebakaran . Dekat artikel berita tu adalah orang komen , Alhamdulillah semua komen baik2 kecuali sorang ni dia komen ' hah baguslah tu mati . Pegi negara orang pun bukan belajar melac*r je keje' . Hm . Tak tahulah apa pandangan dia terhadap student overseas ni . Semoga Allah lembutkan hatinya inshaAllah .

Takde beza pun sebenarnya kita ni . Yang membeza2 kan tu sebenarnya nafsu . Sebaik2 jihad adalah jihad melawan nafsu kan . Harapnya terlerai lah sangkaan2 sinis terhadap student overseas . No hate ? luar negara ke dalam negara ke , sama2 kita tajdid niat belajar kerana Allah dan semoga Allah permudahkan urusan kita untuk membahagiakan ibu dan ayah . Assalamualaikum w.b.t ?
salam ramadhan .

3.44 am

– Khairul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sep sikit bro~✋✋✋✋ tak dinafikan internet memang laju kat sini…tapi mase kelas lecturers potpet2 ckp korean, exam pon dalam korean mintak soalan exam dalam english taknak bagi dengan alasan kelas diajar dalam korean exam pon kene korean..end up buku kami hanya mampu dibasahi dengan air mata jek…oh btw kami takde study week pon..doakan kami final minggu nih!

  2. Sbenarnya mmg rasa jeles dgn student yg blaja dlm negara…sbb student sini makan sedap, kitorg kena masak di rumah tiap hari. Boleh faham dgn jelas kalau lecturer ajar dlm bahasa kita sendiri tu mmg betul. Yg plg tak dpt terima kalau blja di negara non muslim ialah tandas takde air paip utk basuh (takut tak sah semayang je klau guna kertas/tisu) contoh mcm di Airport Bangkok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *