Hutang vs diri sendiri

Assalamu'alaikum… Salam Ramadhan…

Terima kasih admin sebab approve cerita ni. Aku tak tahu nak start daripada mana tapi yang pasti aku nak cerita pasal hutang. Aku bukannya datang dari keluarga yang senang sangat dan susah sangat. Hidup kami sederhana ja. Tapi Alhamdulillah aku di ajar dari kecil hidup bersederhana. Tak ada nak pakai barang mewah, gadget mewah etc. Kami di ajar untuk bezakan mana satu kehendak dan mana satu keperluan.

Sekarang aku masih lagi pelajar siswazah sepenuh masa. Buat part time jadi research assistant (income tak tetap), guna duit biasiswa untuk survive. Alhamdulillah dengan berkat ilmu kewangan yang tak seberapa aku masih mampu survive tanpa meminta pada sesiapa. Cukup untuk bayar kereta comel, balik kampung tiap minggu (sebab parents aku kurang sihat and since dah dekat dengan family bila lagi nak melawat dorang kan), bayar sewa rumah, takaful, simpanan dsb. Terus terang masa aku banyak dihabiskan dengan balik kampung dan hal universiti. Jarang sekali ada masa untuk bersuka ria tengok wayang, makan sedap kat luar (makan sedap bagi aku adalah bila balik kampung je. Waktu belajar adalah sekali dua aku pergi makan luar), dsb. Hidup aku berjimat cermat. Makan masak sendiri. Nasi dengan telur pun takpe. Asal aku dapat bayar semua keperluan diri aku dan balik kampung tengok family aku.

Tapi disebalik kemampuan aku survive, kawan kawan salah ertikan. Ramai yang suka pm sebab nak pinjam duit. Satu kelemahan aku, aku mudah tersentuh. Padahal orang yang sama minta pinjam tapi liat nak bayar. Kadang kadang aku terfikir, aku yang salah sebab terlampau berlembut hati atau orang lain yang tak faham bahasa aku ni masih pelajar yang hidup kais kais juga. Lebih menyedihkan yang minta duit tu orang yang dah berkerja. Dan ada yang punya imcome lebih tinggi tapi kurang komitmen dari aku. Lagi menyedihkan ada yang pinjam tu sebab yang dia berikan tu menipu aku. Guna family la bla bla untuk grab attention aku. Janji nak bayar sekian sekian hari tapi senyap aje. Jadi pada yang membaca aku mohon nasihat dari kalian.

1. Macam mana nak elakkan diri dari rasa kesian tak bertempat kat orang bila minta duit. Kesian aku tahap kalau nampak peminta sedekah tu kalau aku tak hulur rezeki aku ada, aku akan terfikir-fikir sampai rumah. Dan kalau orang mint pinjam tapi aku tak bagi aku rasa what if kalau dia memang tengah susah. Kesiannya dia. Rasa bersalah teramat.

2. Macam mana nak minta duit dari orang yang pinjam duit kat kita? Ada yang sikit tu aku halalkan. Tapi yang beratus beribu ni aku belum mampu nak halalkan lagi. Jadi please ajar aku jadi orang yang bertegas dengan hak aku. Malu nak minta duit. Lebih lagi bila aku baru berniat nak minta, dia dah start cerita kesusahan hidup dia. Lepas tu mati niat aku nak minta.

Tapi disebalik manusia yang aku jumpa macam ni aku belajar beberapa perkara.

1. Bila kita tolong orang ikhlas, banyak urusan kehidupan kita dimudahkan. Rezeki makin bertambah. Dan kadang rasa biasa tapi rasa cukup je.

2. Aku pernah dengar kat ikim, kalau orang berhutang dengan kita, jangan sedih sebab Allah tengah pegang lagi rezeki kita. Kalau penghutang tak bayar dalam bentuk wang ringgit, mungkin Allah akan hantar rezeki aku yang diberi pada si penghutang dalam bentuk lain. Tapi kalau orang yang berhutang tu banyak sangat macam mana aku nak positif fikir macam ni. Sebab aku pun bersusah payah survive untuk hidup aku.

3. Jangan suka berhutang sampai benda kecil pun nak berhutang. Terlalu banyak berhutang buatkan hidup kita lagi sempit. Ni yang aku nampak pada seorang ni. Dia suka berhutang, dia tak boleh hidup tanpa duit. Aku nampak Allah beri dia rezeki yang banyak, gaji banyak, tapi dia sentiasa rasa tak cukup. Kuat enjoy tapi lupa bayar hutang. Rezeki banyak pun tapi tak diuruskan dengan bijak akan sentiasa rasa tak cukup.

Maaf sebab confession ni meleret-leret. Aku confess bukan nak kata aku bijak urus duit aku atau aku terlampau baik ke apa. Tapi aku rasa dari kebaikan yang ada kadang-kadang jadi mudarat kat aku. Moga kalian dapat manfaat dari cerita aku ni. Jangan jadi macam aku. Sekarang ni aku rasa kena pijak. Tapi setiap kali aku rasa macam tu, aku cuba pujuk hati aku dengan cuba memahami hikmah disebalik orang berhutang dengan aku. Tapi sampai satu tahap aku tak mampu positif lagi kalau orang yang pinjam tu bukannya puluhan ringgit. Tapi ratusan dan ribuan. Tolong aku tentang dua perkara yang aku soalkan tu…

Mohon jangan kecam teruk sangat. Nasihat aku baik-baik na. Hehehe.
Terima kasih semua T_T

– HS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Zaman sekarang ni memang kena kentalkan hati, jangan mudah terpedaya dengan janji manis nak bayar tu, learn to say ‘no’, before think someone else, think about yourself first, jangan sampai awak yang karam. Dunia ni kejam, biarlah dikatakan kita ni kedekut, bukan apa.. Takut kita sendiri yang susah, orang yang pinjam hutang liat nak bayar tu bukan nak fikir sangat pun, dia fikir nak selamatkan diri jugak, bahkan ada yang sanggup hutang nak bayar hutang, diorang ambil kesempatan atas sifat baik, lembut hati. Jadi, sebelum nak selamatkan orang, pastikan diri kita selamat dulu.. Kalau perangai dia pinjam sedikit pun liat nak bayar, apatah lagi jumlah yang banyak? Zaman sekarang, ramai yang meremehkan masalah hutang ni, orang yang syahid kalau ada hutang, tak dapat masuk syurga. Sekadar pendapat.

  2. buat surat perjanjian hitam putih. hutang berapa dan nak bayar bila.letak guarantor sekali. kalau x bayar pada masa yg ditetapkan, nak kena buat apa. benda hutang ni kena jelas. skrg bukan zaman nak kesian2 sangat. semua org pun bersusah payah nak cari duit utk teruskan hidup.kalau awk mmg ada duit lebih utk dipinjamkan dan sanggup halalkan bila dia x byr, baru bg pinjam.

    sekian sahaja nasihat murni dr saya.hehe

  3. Aku ade terbaca kt page peguam Salkukhairi,dia cakap kalau nk lend money,pastikan dia cagar barang,cth kasut,jam etc. Kalau dia betul2 jujur,mesti dia akan dapatkan balik brg dia yg dicagar tu.kalau dia diam je, at least,takde la si pemiutang bputih mata.

  4. hanya beri berapa yg awk sanggup hilang.. sbb bila hutang dgn kwn2 ni ssh nak ada jaminan akan dpt balik. So kalau kwn mintak beratus2, kita cuma mampu halalkan in case dia tak byr puluh2, bg je puluh2.. Lain2 tu pandai2 la dia usaha pinjam ngn org lain lak

  5. 1. Tolong org yg mmg sah2 kita tgk dgn mata sdiri dia mmg tgh susah.. Yg bergaji tggi tp minta duit tu bleh gi mampus!
    2. Kalau yg jenis bebal liat sgt nk bayar hutang, call parents diorg terus! Tuntut hutang kt parents diorg.. Pastu diorg takkan berani nk buat liat kt ko..
    3. Please jgn berhutang.. Hidup perit dgn hutang2 ni! Mcm hamba abdi dibuatnya! Skrg ni dlm proses nk langsaikan hutang banksters.. Tak mau berhutang apa2 lg dh dlm kehidupan ni.. Dh serik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *