Tak Adil

Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku ini disiarkan. Aku tak pandai nak luahkan kepada orang. Sebab aku nak jaga aib family. Tapi kalau tak diluahkan, aku rasa makin sakit hati.

Aku mempunyai keluarga yang kecil. Aku ada 4 orang adik beradik. Aku anak bongsu. Yang sulung abang, no 2 kakak dan no 3 abang.

Abang dan kakak aku dah kahwin. Tinggal masih belum kahwin aku dan abang no 3. Abang aku sudah ada 2 orang anak. Lelaki dan perempuan. Kakak aku pulak masih belum ada rezeki lagi.

Mak aku selalu pesan supaya sentiasa jaga hati kakak ipar aku. Sebab kakak ipar aku sudi masuk dalam keluarga aku. Yelah, family aku sederhana. Kalau dulu memang family aku susah. Ayah aku kerja kerajaan biasa.

Balik kerja tolong mak aku berniaga malam pulak. Untuk tampung perbelanjaan harian. Kakak ipar aku keluarga yang senang. Tak pernah susah. Aku dan family sehabis daya nak jaga hati kakak ipar aku tu. Tapi sekarang ni kakak ipar aku makin melampau.

Abang aku kahwin dengan kakak ipar aku atas suka sama suka. Kalau aku dan family boleh terima kekurangan dia, kenapa dia macam tak boleh nak terima kekurangan family aku.

Aku sampai rasa abang aku tu kena tunduk dengan bini. Seolah olah abang aku tak ada kuasa sebagai suami. Setiap keputusan mesti kakak ipar aku tanya dengan family dia.

Abang aku duduk rumah sendiri. Jauh sikit dari family aku dan family kakak ipar. Tapi masih dalam negeri yang sama. Cumanya berlainan daerah.

Setiap kali abang aku ajak kakak ipar tidur rumah, mesti kakak ipar mengelak. Tapi kalau dia bermalam di rumah mak ayah dia tak ada alasan pun.

Bila family abang aku bermalam di rumah, mak aku buat kakak ipar aku macam permaisuri. Tak payah masak, tak payah kemas rumah, tak payah cuci kain dan pinggan.

Aku jadi rasa geram. Mak aku bukan kuli dia. Mak aku pulak buat macam tu sebab dia nak main dengan cucu. Dia rindukan cucu dan anak dia yang susah sangat nak jumpa. Sebab tu mak aku sanggup buat apa saja.

Abang aku gaji boleh tahan. Abang la selalu bagi duit ngan mak dan ayah. Kakak dan abang Am aku pun selalu bagi jugak. Aku yang dah bekerja ni pun abang aku selalu bagi.

Walaupun aku tak nak terima, tapi abang aku selalu cakap buat belanja sebab aku jaga mak ayah. Mak ayah aku bukan lah mintak sangat duit anak-anak.

Kalau anak-anak bagi, mak ayah aku ambil dan masuk dalam tabung haji. Dan disebabkan abang aku selalu bagi, kakak ipar aku merungut. Cakap abang aku selalu tak cukup duit.

Kakak ipar aku tu selalu mengadu ngan aku. Bila dia mengadu macam tu, aku rasa tak sedap hati la dengar. Bukan kita orang mintak pun. Dah abang aku bagi

. Selama aku hidup dengan abang aku, abang aku memang sejenis abang yang bertanggungjawab. Tak pernah pun abang aku culas untuk bagi nafkah dengan anak dan bini dia.

Buktinya sebab aku pernah tinggal dengan abang aku sebulan lebih. Masa tu, mak ayah aku tinggal dengan kakak disebabkan kakak keguguran kali pertama.

Pada mulanya aku percaya kakak ipar aku cakap abang aku tak cukup duit. Jadi setiap kali abang aku bagi duit, aku bagi balik ngan kakak ipar aku. Yelah sebab aku kesian.

Tapi bila aku dah duduk sebulan lebih di rumah abang, aku rasa apa yang kakak ipar aku cakap tu semua nya tipu. Dah lah di rumah mak ayah aku kakak ipar aku dilayan macam raja.

Di rumah sendiri pun kakak ipar aku dilayan macam raja. Oh ya, lupa aku nak cakap. Kakak ipar aku tak bekerja. Dia jadi surirumah sepenuh masa.

Abang aku siap hire pembantu rumah yang datang hari2 kerumah. Tugas pembantu rumah tu cuci kain baju, kemas rumah dan iron baju keja abang aku.

Aku jadi benci dengan perangai kakak ipar aku macam tu. Aku dan family dah cuba yang terbaik untuk layan dia dengan baik. Cuba nak faham situasi dia.

Tapi kesudahan nya dia buat kami ni macam sampah. Terutama mak aku. Yang terpaksa menageh kasih sayang anak dan cucu.

Yang aku tak boleh nak terima bila family kakak ipar aku selalu masuk campur urusan keluarga abang aku. Sampai kan abang aku tak boleh nak buat keputusan. Aku betul betul kesian ngan abang aku.

Tapi setiap kali abang aku buat keputusan, kakak ipar aku merajuk dan balik rumah family dia. Pastu mulalah family dia salahkan abang aku.

Setiap kali kakak ipar aku berpantang, memang mak aku yang uruskan. Takpernah pun mak kakak ipar aku nak cakap nanti kakak ipar aku akan berpantang di rumah mak dia.

Mak aku la jadi kuli kakak ipar. Dari mula berpantang sampai habis berpantang. Bila dah habis berpantang, terus cepat-cepat nak balik rumah mak dia. Macam tu jugak raya.

Setiap kali malam raya, susah nak tengok kakak ipar aku ada di rumah. Dia akan berada di rumah mak dia. Sampai mak aku cakap dia ingin nak bersama cucu di malam raya.

Pernah abang aku bertegas nak berada di rumah kita orang pada malam raya. Raya tahun 2018 kalau aku tak silap. Kakak ipar aku ikut jugak.. Tapi dia tak suka lah.

Lepas habis berbuka, tiba-tiba abang kakak ipar aku datang rumah cakap nak ambil adik dia. kita orang sefamily terkejut la. Lepas tu abang aku izinkan.

Tahun 2019 abang aku ikut kakak ipar bermalam raya di rumah family kakak ipar. Tahun lepas abang aku ajak kakak ipar bermalam raya di rumah, tapi takde nya kakak ipar aku nak ikut.

Abang aku dengan anak sulung dia di rumah kita orang di malam raya, kakak ipar aku & anak no 2 dia bermalam raya di rumah family kakak ipar aku.

Aku sampai fikir jijik sangat ke family aku ni?? Sampai kakak ipar buat kita orang macam ni. Sedih sebab nya kakak ipar aku nak berkahwin dengan abang dan hanya terima abang aku saja tapi taknak terima keluarga.

Sedangkan kita orang terima dia seikhlas hati. Abang aku dah sedaya upaya nak pimpin keluarga dia. Tapi selalu ada campur tangan ketiga. Mungkin orang akan cakap abang aku dayus ke apa.

Tapi aku dan family jadi saksi memang abang aku dah sebaik mungkin jaga family dia,didik family dia. Tapi disebabkan campur tangan orang ketiga iaitu family kakak ipar aku, abang aku jadi pak turut.

Nasihat aku, bagi sesiapa yang nak berumahtangga, kalau kau dah terima seseorang dalam hidup kau, janganlah terima hanya pilihan hati kau saja. Tapi terimalah family dia dengan hati yang terbuka.

Dan disebabkan melihat abang aku, abang no 3 aku takut nak kahwin. Dan aku harap sekiranya aku bertemu jodoh nanti, aku nak jadi macam kakak dan mak aku. Yang taat dengan suami.

Mohon korang yang membaca doakan kakak aku semoga diberikan zuriat.

Walaupun kakak aku dah 5 tahun kahwin, dan belum diberikan zuriat,tapi kakak dan abang ipar aku bahagia saja. Family abang ipar aku takde pun nak masuk campur urusan family dia.

– Nami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *