Ditipu Kerana Song Hye Kyo

Salam aku harap confession aku jadi pengajaran dekat kalian semua.. I’m not iium student but one of loyal followers di page ni.. Semoga kisah aku ini jadi pengajaran dekat kalian and pleaseee aku harap uols tak jadi mangsa macam aku. Kalau rasa berguna share lah dekat kawan- kawan supaya tak terkena.

Okay alkisahnya semalam time aku scroll fb aku ternampak satu iklan ni.. Dia guna gambar song hye kyo and song jong ki.. Haa uols yang minat drama korea Decendant of Sun mesti kenal dorang ni. Dekat ads tuh dia claims cakap hye kyo marah jong ki sebab jong ki reveals her anti aging secret sebab guna satu product ni B***a V** sedangkan dia duta Laneige. So he caused trouble to her nak jawab dengan pihak Laneige and public.

Serius if uols tengok iklan tuh sangat tricky. Dia screenshoot instagram hye kyo, gambar hye kyo buat mimik muka marah dekat jong ki and ada caption (dalam english) cakap hye kyo memang dah guna product B***a V** ni dah lama. Memang nampak real sangat tapi memang salah aku tak research awal2 dekat insta hye kyo betul ke dia cakap macam tuh.. Yes this is my fault beb!

So aku pon click lah link dekat iklan tuh.. Then dia bawak dekat satu website ni y macam official website for B***a V**. Dia cakap laa product ni quality bagus, clinical proven dari USA, banyak celebrity dah guna, ada tunjuk gambar mata eyebag before and after used eye cream B***a V** memang hilang eye bag dia and kulit nampak muda bila guna moisturizer n eye cream dorang ni.

Memang kalau orang perempuan tengok akan terpengaruh jugak. Sebb ramai kan yang ada masalah eyes bag then dia tekankan pulak pasal anti- aging. siapa yang tak nak kulit muka baby face macam song hye kyo kan? Dah tua tapi muka cantik jer awet muda… Memang the best laa dia punya marketing!

Owh ya lagi satu dia cakap product ni tak mahal pon and memang misi dorang nak provide product yang berkualiti tapi harga affordable! Nah lagi 1 trick dorang.. Makin terpengaruh lah aku kann.. Bila tengok harga apa yang aku faham 4 item dalam pack tuh bernilai rm 129 something.. Walaweyhh lagilah aku rasa why not give it a try tak mahal ponn..

Click lah order button.. Lepas isi shipping address tuh then payment pulak.. Cara payment dia guna credit/ debit card visa, mastercard, paypal, american express. Once again silap aku memang tak fikir panjang terus masuk je detail kad debit aku sebab dalam kepala cakap rm 129 jerr okay laa tak mahal.. Boleh beli..

Mula2 cakap failed tapi aku click and click last2 dia cakap berjaya. Oh ya shipping cost free and dia tak tunjuk pon summary total akhir pembelian semua tuh.. Tau2 jer dah berjaya.. So aku mati2 ingat hanya rm 129 sahaja sebab harga itu je yang dia tunjuk.

Petang siket aku tergerak nak check mesej. MashaAllah! Memang terkejut beruk, bila bank inform kad aku dah dicharge sebanyak rm 597.. Rm 597 tau bukan rm 5.97…almost rm 600!! Aku terus check account tengok dia belum tolak lagi. memang call terus orang bank suruh block kad aku serta merta!

Orang bank cakap payment akan dicollect dalam masa 14 hari. But for the safe way block kad or mintak orang tuh refund duit aku. Time ni aku memang tak sedap hati. Aku google cari dekat instagram song hye kyo betul ke dia ada cakap macam dlm iklan tuh. And u know what gambar tuh memang wujud tapi tak ada langsung caption y cakap hye kyo guna produk B***a V**!! Damn aku tertipu!

Google lagi then terjumpa blog sis namee roslan title terkena juga akhirnya.. Cerita dia lebih kurang macam aku cuma husband dia beli pill kurus garcinia cambodia dari Australia.. Modus operandi yang sama utk produk keyton jugak. Bila baca2 komen memang scammer tuh songlap duit around rm 600 jugak but sis namee tersedar bila bank hantar mesej kad debit dia dicharge sekian sekian amount sedangkan dia tak shopping apa2 pon beberapa bulan selepas tuh.

Back to story aku, hmm serius aku memang dah tawar hati dengan produk B****a V** ni. Aku contact juga customer service y ada dekat website tuh cakap nak cancle order and nak mintak refund duit aku. And aku tanya ni dekat malaysia ke kat mana? (speaking english) dia cakap dari USA but customer service yang cakap dengan aku tuh slang dia macam perempun india@pakistan gituh.

Entahlah acah2 macam betul je kan then bila aku tanya nak cancle order and refund duit. Dia cakap tak boleh cancle order sebab dah masuk dalam sistem tapi dia kasi diskaun 50% tak silap ( sajerr je ni nak sedapkan hati aku). Then aku tanya lagi bila parcel aku akan post out? Dia cakap within 21 days sebb overseas kan so take time.

Owh ya , aku tanya jugak kenapa charge sampai rm 597? Dia cakap harga yang aku nampak yang rm 129 something itu actually untuk satu item. So darab dengan 4 item termasuk shipping cost jadilah rm 597.. Shighh memang aku dah tertipu laa sebab tak ada langsung okay total summary rm 597 ni..memang tak ada langsung dan dia guna perkataan per “stage” bukan per “item”. Nampak tak permainan dia. Resit memang tak ada dekat email aku. Yang ada notification cakap order aku dah berjaya itu jer.

Dia cakap parcel akan deliver dekat aku within 21 days .Then if aku tak nak produk tuh aku boleh return dekat satu alamat ni.. Alamat return ni dekat singapore tau and dorang akan refund duit aku tapi 85% je laa.. Hmm Kos dekat aku lagi, bukan murah nak pos barang ke singapore. Lagi 1, sampai ker? Aku pernah post skincare ke singapore and untill now customer aku tak terima. Sbb sana sangat strict kalau nak bawak masuk beauty/ healtcare product ni.

Entahlaa nampak macam real je macam boleh percaya tpi kalau testimoni dah menipu then ko nak cayer lagi ke? Zaman sekarang macam2 cara orang nak kebas duit tau. Kalau betul pon ada barang entah apa laa yang aku dapat. Yess memang silap aku tak pikir betul2. Now account y aku guna kad tuh dah block.. Aku tak tahu laa dia berjaya amek duit aku ke tak. Aku kena follow up dgn bank after this.

Aku harap sangat scammer tuh tak dapat duit aku. Yang aku terkilan sangat actually duit tuh aku memang nak kasi dekat parent aku.. Memang dah awal2 niat utk duit bulanan dorang. Tapi bila jadi macam ni aku memang terkilan gila …rasa b***h pon iye jugak sebb time degree dulu aku pernah presentation pasal online scammer ni cuma memang tak pernah kena sebelum ni. Drpda aku sedekah dekat scammer tak guna tuh baik aku sedekah dekat parent aku kan. Hmmmm

Kalau lah aku tau nak jadi macam ni memang awal2 lagi aku keluarkan duit tuh siap2 kasi dekat parent. Haisyh benda dah jadi kalau Allah kata kun fayakun apalah daya aku nak halangnya. Tu laa lain kali kalau nak kasi parent dah niat terus pap kasi! Jangan lengah2.. Inilah padahnya..doakan ya semoga ada miracle, scammer tak dapat duit aku.

-insan terkilan-

– Insan terkilan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit