Salam. Hai. Aku harap admin sudi approved kan confession aku ni.
ni sekadar aku nak berkongsi kenangan manis dan kegembiraan di alam persekolahan. Memandangkan sekarang musim spm.
Aku menetap di selangor. Bersekolah di perak. Sekolah asrama agama.
Dulu makcik aku penah sekolah sini. Dia kata ade outing. Dia pun ceritalah kat aku outing tu ape dan aku pun terpengaruh lantas teruja. Jadi aku buat keputusan nak masuk asrama sebab nak outing. Masa outing aku nak beli keropok banyak2. Itu je yg dalam kepala aku.
masa dah lepas upsr aku bgtau bapak aku kata aku dah buat keputusan nak masuk asrama. Bapak aku pun mcm heran tengok aku. Aku kata iya. Bapak aku bagi masa seminggu suruh pikir. Aku mmg tetap pendirian yg aku mmg nak sekolah asrama. Jd lepas seminggu bapak aku tanya balik dan jawapan aku masih sama nak duduk asrama. Tp bapak aku tak tau la misi aku nak outing beli keropok banyak2.
Sebabnya aku terlampau suka makan keropok terutamanya potato chips. Zaman tu kira sedap gila tu. Mak bapak aku bagi je makan keropok. Tapi banyak2 tak bagi la. Aku pulak kalau makan keropok melampau lampau.
jadi semua urusan masuk asrama diuruskan. Sedara aku sorg nak ikut aku duduk asrama. Tp aku tak bgtau lagi agenda aku nak beli keropok banyak2 tu dekat dia. Aku yakin dia pun akan happy jugak la.
so. Pada hari pendaftaran. Lps selesai urusan pendaftaran. Aku dengan tenangnye tanpa setitik air mata pun rilek lambai mak bapak aku nak balik kl time tu. Aku pujuk diri dengan keropok yang bakal aku beli. Yang sepupu aku ni tak berenti lagi nangis2. Mak dia pun tak balik lagi. Aku lepak la dengan dyorg jap. Sekolah aku dulu orientasi 44 hari parent tak boleh jumpa.
Tak lama lepas tu mak sedara aku pun balik. Tinggallah kami berdua menjalani hari2 kami.
Kami pun naik la bilik. Rilek la loker cadar semua mak dah pasang. So aku pun rilek baring atas katil sementara nak tunggu taklimat. Aku tengok sedara aku tengah kemas2 barang dia lagi. Aku pegi kat dia. Perghhhh atas loker dia siap ade frame gambar dia dengan mak ayah dia. Pasu bunga kecik. Dengan teko kaca dan 2 cawan. Dalam teko tu siap ade air dah. Dia bubuh air gas kaler hijau tu. Makkk aiii. Mcm pegi bercuti pulak aku rasa.
pastu sedara aku kata satu cawan tu untuk aku. Aku pun tuang air. Minum je la. Pastu kami kene siap2 nak solat dan taklimat.
Masa taklimat biasa la. Mcm2 pesanan diberikan. Dan satu perkara yang menarik perhatian aku ialah bab outing. Dengar punya dengar punya dengar. Sekali tiba2 pihak sekolah kata outing yang pihak sekolah uruskan tidak akan diteruskan. Sesiapa yang nak outing hanya dengan waris sahaja. Ko rase. Mmg down la aku. Tu mak bapak aku kat kl tu. Nak outing paaadiaaa. Aku masuk asrama sebab nak outing sendiri. Cissss. Jem la aku. Tapi takpe la. Dah masuk sekolah. Bantai je la.
Bila malam time nak tido. Aku ni senang tido. Masa nak lelap tu dengar orang menagis. Sepupu aku kat sebelah menangis la pulak. Aku pun pandai pegi tanya dia “weyyy hang menangis ke?” Dia kata “tak la mata aku pedih”. Hahahahahaha… mmg ar cliche. Aku tau la dia menangis. aku pun sedih gak. Outing xde. Tapi lepas seminggu tu aku pun ade menangis jugak rindu kat mak abah kan.
Yang paling tak boleh bla nye aku dengan sepupu aku ni. Kalau kat kampung suka mandi sama2. Pastu kat asrama pun kami buat mcm tu jugak. kami masuk 2 orang 1 toilet mandi sama2 sambil sembang2 gosip2 gelak2. Have fun. Shampoo2. Kat luar org dah ketuk2 dah. Diaorang kata jangan mandi dalam tandas la woiiii. Kat luar penuh kot. Kitaorg pun masuk la tandas. Siap share toilet lagi. Aku cakap kat sedara aku xpe kita 2 org mmg la lama.
Lps tu dah siap2 pakai baju semua. Ktorg keluar la. Pastu senior ngan kwn2 aku mcm pelik pulak tengok kitaorg keluar toilet 2 org. Diaorang kata “eh masuk 2 org ke”. Aku pun sambil senyum cakap haah.
pastu naik bilik kene kelam kabut nak riadah la. Nak makan la. Leceh la buat kerja kalut2 ni. Lpstu sblm maghrib tu aku amik bedak kat loker pastu aku air dalam teko sepupu aku dah penuh semut.
Sepupu aku sekolah 3 minggu je dan meninggalkan aku menjalani hari2 dekat asrama sendirian. Dia pindah sekolah lain sebab tak tahan.
ha… Masa mula2 nak daftar tu sedara aku siap pesan lagi. Hang jangan kawan dengan orang lain tau. Kawan dengan aku je. Last2 dia yang tinggalkan aku. Dia pun tak tau agenda aku nak beli keropok tu.
Arghhhhhhhh. Rindu sekolah.
– abil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit